Translate

Total Pageviews

Friday, February 19, 2010

Apa nak Dikata?

Jelas sekali ini adalah posting aku yang kedua bagi tahun ini.

Bukan aku malas tetapi dihimpit dengan pelbagai tugasan yang emmaksa aku untuk mengehadkan peranan aku mengetuk apa juga bahan yang layak diketuk disini, yang sekaligus menghilangkannya menjelang dinihari.

Akhirnya bila mana aku mula untuk berhadapan dengan PC, pastinya tidak ada lagi perkara yang hendak diceritakan, atau aku sudah tidak bernafsu lagi untuk melakukan demikian.

Ok.. apa yang aku harus lakukan kini, mungkin bercerita apa yang sudah berlaku sepanjang bulan Januari dan Februari, dengan seringkas mungkin, dengan ambil isu yang paling penting.

Hakikatnya, permulaan tahun ini tidaklah seindah yang aku inginkan.

Segala yang diharapkan tampak kabur kerana aku masih lagi terkapai-kapai dalam pelbagai perkara yang barangkali belum boleh aku luahkan isi perutnya disini.

Hakikat juga apabila beban kerja kini sudah berubah, sedikit sebanyak mula menggangu emosi.. ada yang terpendam, dan perlu diluah..cuma masa yang belum menepati seleranya. Bila kena pada cara dan gaya, pasti aku akan usahakan untuk melakukan yang terbaik kerana sudah emnjadi prinsip aku untuk melaksanakan satu-satu amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Menjelang bulan Februari ini, ada perkara menarik yang boleh dikongsi sebenarnya.\

Adik aku bakal menjadi isteri yang sah kepada seorang jejaka yang sudah meminangnya lebih setahun lalu.

Aku sebenarnya sudah tidak sabar untuk melangsungkan perkahwinan adikku ini, sebab sudah menjadi beban sebenarnya menyimpan anak dara, tanpa dikahwinkan pada masanya, selepas dia dipinang, bukan?

Kini, setelah lebih setahun menunggu, pada 6 Mac 2010, adik aku itu dijangka bakal melangsungkan perkahwinannya.

Kenduri di rumahku pada Ahad, 7 Mac.

Gembira memang tak terkata.

Bukan apa, kalau sudah selesai perkara yang satu ini, sungguh-sungguh kurang beban sebagai seorang abang dan pada masa sama beban menjaga anak yang ditanggung ibuku kini, juga dapat dikurangkan.

Tapi banyak yang masih perlu diuruskan--sari, gelang, rantai, subang, hiasan lain....

Dan aku sendiri bakal menatarias adiku pada majlis itu nanti.

Sebenarnya aku tidak menjangka ianya akan terjadi, tapi itulah.. bila segalanya perlu diurus sendiri, baik aku zahirkan saja apa yang aku kehendaki pada masanya, agar aku tidak kecewa melihat penampilan adikku itu...

Mungkin itulah isu paling hangat yang aku boleh luahkan buat ketika ini.. jam ketika ini sudahpun melepasi pukul 5 pagi.. dan aku masih dipejabat.

Baru tadi sekitar jam 2.30 pagi aku siapkan berita berkaitan mesyuarat Dewan Tertinggi BN....dan selepas siap, rasanya ingin dulu bersiar-siar di laman siber.. dan disini aku ketika ini.. dan sudah saja siap mengetuk, aku mahu pulang dan berehat, kerana aku bercuti hari ini.. hehehehehe... :)

Hey, rakan..mahu saja aku menjemput anda ke kenduri adikku di Parit Buntar Perak pada 7 Mac nanti.. datng ya!!! jangan malu-malu... :)

Arios!

No comments: