Translate

Total Pageviews

Tuesday, September 14, 2010

KES DATUK SOSILAWATI LAWIYA

Umum sudah mengetahui perkembangan terkini kes Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan hilang dan dipercayai dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan 'syaitan bertopengkan manusia'.

Dan memandangkan suspek adalah kalangan kaum India dan mangsanya Melayu, maka jangkaan perkara ini diperbesarkan sebagai isu perkauman dan kemudiannya dipolitikkan.

Jangkaan itu tepat apabila rata-rata blog yang dilayari, catatan di media sudah memulakan cakap-cakap yang mengaitkan pembunuhan itu dengan isu perkauman.

Agak sedih sebenarnya melihat keadaan yang seperti ini. Sangat menyakitkan hati apabila hanya kerana seekor dua kerbau ini yang terpalit lumpur habis semua dilibatkan.

Sedih kerana hanya kerana seekor dua manusia yang mungkin 'neraka pun tak terima' ini, kaumnya perlu menebalkaan muka berdepan dengan masyarakat yang lain.

Sejujurnya, aku tidak akan menyalahkan orang yang melahirkan persepsi negatif terhadap masyarakat India. Aku sebagai sebahagian dari kelompok kaumnya terpaksa terima dan redha dengan hakikat bahawa manusia yang sebegini sudah menyebabkan satu bentuk standard pemikiran diletakkan terhadap masyarakat India.

Tidak dapat diterima akal apabila mereka ini sanggup memperlakukan keempat-empat mangsa ini dengan cukup kejam sehinggakan memikirkan mereka dibunuh pun sudah cukup menyeramkan.

Tidaka dapat dibayangkan azab yang perlu ditanggung oleh empat manusia yang aku sifatkan naif dalam kejadian ini.

Berkesempatan ke kediaman Datuk Sosilawati sebaik menerima perkhabaran pembunuhannya, sempat aku dan rakan media yang lain merisik-risik karektor Datuk Sosilawati dengan jiran-jiraannya.

Tiada yang berkata buruk tentangnya. Malah ada yang memaklumkan Datuk Sosilawati orangnya sangat ramah dan merendah diri.

Malah, jika ada jemputan kenduri kendara kalangan jirannya di Taman Harmonis, pasti beliau akan meluangkan masa. Andai tidak kenal dengan jirannya itu sekalipun, akan beliau hadir hanya kerana menghormati jemputan, dan kemudiaannya 'mencari' tuan rumah.

Dan bagi seorang rakan rapat yang pernah menemuramah beliau, sifat murah dengan sedekah, dikatakan antara kelebihan beliau.

Katanya, andai ada yang meminta dan memerlukan Datuk Sosilawati pasti akan hulurkan. Malah wartawan yang hadir ke kediamannya juga akan mendapat cenderamata dari beliau.

Jika ditolak kerana segan, tanpaberbangga diri, katanya, itu antara caranya berkongsi rezeki yang diperolehnya, kerana beliau faham kesukaran dan kepayahan. Menjadi seorang penoreh getah, pastinya telah mendidik beliau untuk belajar bersederhana dan berkonsgi kekayaan dengan keluarganya.

Mendapat tahu manusia sebaik ini dibuh dengan kkejam, pastinya cukup menyayat hati dan pembunuhnya diharuskan dikenakan hukuman yang setimpal.

Cuma sekarang kita perlu tunggu dan lihat apakah perkembangan lanjut kes ini, dengan tumpuan disasarkaan agar pelaku kesalahan di kenakan tindakan undang-undang yang paling berat.

No comments: