Aku dilayangkan dengan perkhabaran akan wujudnya sebuah majalah baru. Hasil tulisannya oleh kalangan rakan seangkatan di zaman aku masih di IPT lagi.
Teruja dengan permintaan melalui laman FB, yang mahu aku melihat dan membaca majalah tersebut..langkah disusun, membuka laman sesawang tersebut.
Tersentak. Seseorang yang aku tidak sangka menjadi nakhoda mengemudi majalah itu.
Aku sangat terkejut, kerana memikir dari segi layaknya dia atau tidak.
Mungkin sudah suratannya, rezekinya berada disitu mengepalai majalah itu, membuatkan aku tersenyum.
Dan aku terus sahaja menjalinkan mata dan gerakku ke setiap sudut penulisan.
Ada perasaan semacam kurang ummmppphhh....melihat kepada nama penyelarasnya, aku kecewa, kerana ianya ditulis, disusun oleh nakhodanya itu sendiri.
Nah tidak ada gunanya aku melayan lagi artikel itu. Tidak menarik minat aku. Terlalu banyak TYPO, dan kesalahan struktur ayat. Aku sebagai seorang wartawan tidak dapat membaca isi sebenar cerita yang ingin disampaikan. Membosankan.
Penyampaiannya terlalu lemah.
Terus sahaja otak aku melangkah ke laman yang meninggalkan catatan oleh nakhodanya itu.
Baru aku tahu, nota itu sendiri penuh dengan sampah. Maaf.
Menjadi penulis bukan mudah, inikan pula menakhodai mereka.
Ku harap kesalahan kecil itu, dapat diperbetulkan..agar majikan, bekas pensyarah serta rakan senagkatan tidak terkesan dengan kekurangan itu.
Berada dalam satu kedudukan tinggi bukan tempat untuk bermegah semata, kerana disitulah orang dapat melihat dengan jelas segala kekurangan kamu itu.
Harapan setinggi gunung agar majalah ini akan terus maju.Begitu juga dengan 'tuan editor'nya.
Harapkan yang baik-baik saja.
Ariosssss
Popular Posts
-
Kalau tengok balik gambar-gambar ni, rasa sayu jer hati... yer lah.. masing-masing dah ada hala tuju. Bila saja namanya kerja, na...
-
Mungkin tajuk yang aku lampirkan kurang menarik, memandangkan ramai pihak yang sudah maklum apakah itu sambutan Thaipusam. Tetapi hakikatny...
-
tanggal dhb jun.. skali lagi aku masuk kerja part time kat romzy studio jitra. macam selalunya sepanjang hampir 7 tahun aku bekerja sambilan...
-
Malang sungguh nasib pihak pengurusan kerajaan. Masakan tidak, dengan status negara maju menjelang tahun 2020 yang dipukul canang dengan b...
-
Ini adalah gambar-gambar yang dirakam ketika aku membuat liputan di Istana Changkat, milik kerajaan negeri Perak. Aku dah ...
-
Gambar ini dari sebuah lagi 'folder' disumbangkan kak Mages-'Reader' tamil desk. Gambar yan...
-
Diatas adalah gambar-gambar yang aku pinjam dari beberapa blog. Apa yang jelas, sebuah perhimpunan kecil yang diadakan seperti kebiasaan,...
-
Aku betul-betul teruja bila dapat bekerja di BERNAMA.. tak tahu kenapa.. aku cukup bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang wartawan di s...
-
Umum sudah mengetahui perkembangan terkini kes Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan hilang dan dipercayai dibunuh denga...
-
Tanggal 2 september, sekitar jam 11.45 malam, aku menerima panggilan dari rakanku di Bernama TV Kuala Lumpur, Kamalavacini Ramanathan, y...
0 comments:
Post a Comment