Boleh bikin panas satu badan sekarang nie, bila aku dapat tahu bahawa perbincangan tentang konvo Malaysia Insitut of Integratif Media (MIIM) masih belum diadakan.
Untuk makluman rakan-rakan, saya--Kumaran Rajamoney, DIJ-2283-102005, telah beberapa kali menghubungi pihak MIIM untuk mendapatkan maklumat tentang perjalanan pengaturan majlis gradusi MIIM, bagi pelajar sesi pengambilan aku, dan junior aku yang sepatutnya.
Untuk memperjelaskan keadaan, pelajar semester aku, yang mengambil jurusan diploma Pengajian Media (DMS dan Diploma Produksi Multimedia (DMP) sudah tamat penagajian mereka lebih satu tahun.
Dan aku sendiri kini hampir satu tahun TAMAT pengajian di MIIM.
Ini bermakna, secara keseluruhan MIIM sudah hampir lebih setahun tidak mengadakan konvo atau Majlis graduasi.
Dan sebenarnya majlis ini sudah sepatutnya berlangsung pada sekitar Mac atau April (paling lambat).
Dan atas budi bicara tanpa hitam putih, majlis konvo sewajarnya diadakan selewat2nya pada bulan Mei atau Jun.
Dan melewati bulan Mei, masih tiada sebarang maklumat tentang konvo, dan menjadikan ada kalangan rakan, termasuk EMA (DIB 102005) menelefon pihak MIIM untuk mendapatkan maklumbalas.
Dan maklumbalas yang diterima adalah tiada sebarang bentuk perbincangan rasmi diadakan dan 'mulut-mulut' yang tidak bertauliah menyebarkan maklumat tentang konvo dan tarikh, serta bulan yang tidak sah!
meragui keadaan ini, saya sendiri, setelah beberapa kali menghubungi Puan Mus, Timbalan Ketua Bahagian Akademik, mendapat maklumat bahawa, En Yusri--KE @ CE MIIM memerlukan masa untuk membincangkan tentang perkara tersebut.
Apa yang dibincangkan aku tidak faham lagi. sepatutnya pada ketika ini, keadaannya bukan lagi isu perbincangan, sebaliknya waktu menjalankan kerja.
Aku pelik kenapa selepas hampir 3 bulan aku bertemu dengan En Yusri, baru kini perjumpaan, pertemuan dan perbincangan mahu diadakan dengan pihak En Latif!
This is too much..
So, rakan2.. sebarkan maklumat ini kepada semua yang ada.
Ini bukan sekadar soal segulung Diploma.
ini soal maruah!
Kita dijanjikan dengan majlis graduasi semasa mendaftar.
Kita dijanjikan dengan LAN @ MQA--yang masih tergantung statusnya!
Kita dijanjikan dengan pelbagai perkara dan semuanya ini tinggal janji.
Kita perlu beri tekanan kepada pihak pengurusan, YUSRI dan Latif tertuamanya.
Mereka tidak menghormati kita.
Ini bukan lagi soal pelajar dan pengurusan, ini soal Konsumer dan 'penjual perkhidmatan'.
Kita berhak mendapatkan apa yang perlu dengan kadar yang terbaik mengikut kadar yang kita bayar iaiatu LEBIH 18,000 Ringgit Malaysia...!!!!!
Aku akan lakukan yang terbaik bagi pihak diri aku.
Dan aku tidak lagi mampu untuk membawa suara rakan-rakan, kerana aku tiada jawatan, kedudukan yang selayaknya seperti dulu.
Namun, aku tetap akan cuba bantu sedaya mungkin..atas kapasiti membantu rakan.
Diharap rakan-rakan dapat menyebarkan maklumat ini, bersatu dalam menekan pengurusan MIIM.
Ikhlas--Kumaran!
Translate
Total Pageviews
Monday, May 25, 2009
Friday, May 15, 2009
MASA SIBUK @ AKU YANG SIBUK
Aku tidak faham apakah aku yang sibuk, atau masa begitu mencemburui aku. Banyak yang ingin aku nyatakan, sampaikan serta kongsi melalui laman blog aku ini.
Namun malangnya, masa dan kesibukan, tuntutan kerja serta pelbagai lagi perkara menyekat aku dari meninggalkan segala apa yang boleh aku lakukan di sini.
Namun atas dasar bukan sekadar memiliki blog, aku akan meninggalkan sebarang bentuk pendekatan yang terboleh disini pada masa-masa terluang.
Nantikan dengan kesabaran yang seadanya.
:)

Sunday, May 3, 2009
SETAHUN SUDAH BERLALU
Sudah setahun rupanya aku mempunyai laman blog ini.
Boleh dikatakan aku kurang sedar bahawa itu tempoh sebenar aku mencoret pelbagai cerita, suka duka dan gembira serta sengsara aku disini.
Tidak kurang segala bentuk pandangan tentang situasi semasa serta apa yang aku lalui sebagai seorang wartawan penyiaran ketika ini.
Harapnya, laman blog ini akan sentiasa menerima coretan cerita dari aku, dan apa yang aku akan pastikan adalah, mereka yang singgah di laman blog aku ini akan peroleh sesuatu untuk direnungkan.. atau paling tidak, sebagai laluan mudah mengenali siapa Kumaran Rajamoney.
Terima kasih kepada semua pembaca, yang aku ketahi, dan yang tidak akuketahui kewujudan anda.
Komen yang dicoretkan oleh sesetengah dari anda pula sudah pasti akan sentiasa saya ambil tahu. :)

Wednesday, April 29, 2009
PAS BOIKOT PILIHANRAYA DUN PENANTI???
Baru sekjap tadi tangan aku menekan-nekan kekunci komputer ke laman sesawang Malaysiakini.com.
Laporan yang sangat menarik ku rasa.
PAS kawasan Permatang pauh membekukan semua jentera pilihanrayanya.
Kenapa?
Boikot?? Ini yang juga dipersoalkan oleh Malaysiakini. Namun jawapannya tidak.
Kata jurucakap PAS, langkah yang diambil adalah kehendak akar umbi. Dan katanya PKR sudah mempunyai jentera yang kuat terutamanya di Permatang Pauh.
Maka apakah PAS merasakan tidak perlu memainkan peranan yang besar dalam memenangkan calon PKR.
Atau apakah inisatu taktik untuk menggesa Barisan Nasional @ UMNO untuk bertarung??
MUNGKIN.. politik menyajikan pelbagai bentuk pendekatan yang kadangkala jijik...
Apa dan kenapa? Akan kita tahu kelak..
P/S--
Pertandingan berpenjuru dapat dilihat muncul dalam pemilihan PAS. Kenapa?? Demokrasi dalam parti ye.. bukan kerana mereka sudah nampak kuasa mengatasi perjuangan.. :)

Monday, April 27, 2009
BIAR GAMBAR BERCERITA
Malas rasanya untuk menaip satu persatu perkataan untuk menceritakan apa yang aku lalui sepanjang aku tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini.
Tetapi sebagai menyerikan laman ini, dan sekaligus tidak mahu sekadar ada blog untuk bermegah tanpa cerita, aku muatkan kepingan gambar di alam maya ini, untuk memberikan rumusan tentang perjalanan hidup aku.
:)
Gambar ini dirakam di Pavilion. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki aku ke pusat membeli belah ber'profil' tinggi ini. Pertama kali ketika ingin bertemu Sarah, setelah setahun 'berpisah'. Dan, kali ini, kali kedua, atas ajakan Rizal Alfie dan Phir.
Gambar ini dirakam ketika mengadakan lawatan bersama Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Selangor. Ini adalah kolam ikan Talapia milik anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Malangnya, meskipun diberikan nama 'kemajuan', perbadanan ini tidak mampu memajukan perniagaan ini yang diswastakan. Inisiatif baru diambil, dengan Pengurus Besar PKPS ditukar. Apakah mampu memberikan kesan sebalinya selepas ini?

Gambar dirakam ketika berkunjung ke Majlis sambutan Minggu Sekateri. Aku mewakili BTV, sebagai 'jemputan' majlis ini. Ini kerana BTV adalah penyiar rasmi bagi majlis ini yang dianjurkan Hotel Istana bersama Lord's Tailor. Terima Kasih Lord's Tailor!

Gambar yang dirakam ketika berkunjung ke 30 buah kuil di seluruh Wilayah Persekutuan bersama Timbalan Menterinya, Datuk M.Saravanan. Banyak masalah rupanya kuil-kuil di WP. Banyak yang ditinggalkan dan terbiar, namun, tidak boleh sewenang-wenangnya dirobohkan DBKL. Ini kerana, ianya adalah isu sensatif dan bagi kerajaan, isu tersebut dikhuatiri akan dipolitikkan. :)
Proton Exora. Sangat menarik. Harga berpatutan. CEOnya, Dato Syed Zainal berkata, keluaran MPV pertamanya ini adalah 100% kerja tangan rakyat tempatan. Jadi, apalah salahnya kita sokong keluaran tempatan, terutamanya yang kaya raya tu. Sokong produk buatan Malaysia.

Bunga yang aku dapat dari Pertubuhan Wanita India Malaysia (MAIMA). Sangat cantik. jadi sayang nak buang, aku gubah semula bila ianya kering, dan tempatkan di tepi monitor komputerku. Thanks MAIMA!

Gambar ini dirakam ketika aku berkunjung ke Sayap baru Insitut Jantung Negara (IJN). Kami diberitahu perkembangan terkini mengenainya. Dan, gambar ini sengaja diambil sebagai koleksi. Hiasannya menggunakan kaca yang perbagai warna dan sangat cantik....
Tetapi sebagai menyerikan laman ini, dan sekaligus tidak mahu sekadar ada blog untuk bermegah tanpa cerita, aku muatkan kepingan gambar di alam maya ini, untuk memberikan rumusan tentang perjalanan hidup aku.
:)
Sekian catatan buat masa ini. Akan aku titipkan lagi coretan jika ada idea dan mood.
Jika tiada mood pada masa yang tepat, atau madah yang hendah dibentang, maka, akan ada lagi gambar yang memberikan cerita.
Friday, April 24, 2009
PINDAH RUMAH
Finally, aku dah pindah rumah.
Sebenarnya sekembalinya aku dari Sungai Petani, aku sudah menetap di rumah baru aku--which was my house when i was studyin.
Aku masuk cuci kaki dulu.. angkut beg yang aku bawa masa aku ke Sungai Petani.
Then, aku dapat cuti, so, aku balik ke rumah di Setapak, kemas apa yang patut dan aku angkut semua barang aku yang penting.
Sebenarnya barang aku masih ada lagi dirumah itu, sebabnya, aku tak punya masa nak angkut semua barang aku itu. Jadi, mungkin esok aku akan mengangkut kesemua barangan aku itu.
Dan secara rasminya aku akan kembali menjadi penghuni Apartment Jasmin sepenuhnya.
Well, aku baru saja membeli TV, namun, malangnya aku belum ada masa untuk betul-betul melekat pada TV.
Yelah, sibuk... kalau ada pun kat rumah, entah apa yang nak tengok. So, as for the moment, biarlah kawan-kawan aku enjoy dulu dengan siaran TV tu, manalah tahu..esok lusa ada rancangan yang aku dah minat, yang aku dah tau timing dia.. sah-sah kawan-kawan aku tuh tak dapat nak tengok.. HAK HAK HAK...
Sebenarnya, banyak yang mudah sekarang sejak pindah balik. Kedai-kedai banyak, dan tempat yang aku dah Familiar, so, mudah lah urusan hidup aku.. tak der la penat aku nak jalan 1 kilometer nak ambik bas, then 'jam' sejam lebih, agak-agak nak sampai office, dah dekat 2 jam aku di jalan. Dah serupa aku nak ke Ipoh.
Sekarang, perjalanan tak sampai sejam..ambik bas, turun kat LRT Putra, terus ke KLCC, ambik bas lagi satu.. dah sampai depan IJN. sekejap je..walaupun banyak kerja, sekurang-kurangnya aku jimat masa.. dan ketika ini, aku masih menggunakan 'cash' money... tapi hujung bulan ini akan aku beli 'travel ticket' Rapid KL..
So, im into a new world lah sekarang.. (acctually dunia lama--rumah lama tapi dengan suasana yang lebih baru)

Friday, April 17, 2009
KEBEBASAN--KETELUSAN MEDIA, WUJUDKAH?
Inilah persoalan yang barangkali sentiasa bermain di minda setiap seorang pengamal media.
Aku sebagai seorang wartawan penyiaran sangat pasti bahawa perkara kebebasan dan ketelusan ini tidak wujud. NO....
But, at Bernama TV, sekurang-kurangnya i feel that whenever we think that theres something sangat kontreversi, berita itu seboleh mungkin akan dikurangkan impak kontreversinya, atau di drop terus, tidak kira ianya melibatkan kerajaan atau pembangkang.
Evenb though i realise that most of the news we carry here is dominated by the government, but there is always space for the other party--Pakatan Rakyat to fit in.
We do carry those stories that we feel is important to the 'rakyat' and always report a news the way we get it.. and try our level best not to create any 'stories' that is not stated in any interview.
BTW, thats Bernama TV.
Memandangkan aku sering terfikir akan ketelusan media wujud, sekureang-kurangnya di pihak pembangkang, yang melaporkan berita dengan seadanya tanpa mereka-reka cerita (yelah--kalau berita tentang mereka direka, mereka marah kata tak betul--so i though they wont do anything like that).
Dan aku agak terkejut bila mendapati berita yang dilaporkan sebuah akhbar milik parti dalam Pakatan Rakyat memberikan laporan merujuk kepada seorang mamat yang sangat aku kenali.
Dalam berita itu, dinyatakan satu kenyataan yang merujuk kepada mamat yang aku kenali ini (gambar disertakan).
Aku agak terkejut, bila mendapti, lelaki melayu itu diberikan nama bukan melayu, dan ditipu tempat kelahiran dan asalnya, serta pekerjaannya.. untuk memberikan atau mereka cerita bahawa sambutan yang diterima BN di Batang air akan berkurangan selepas ini.
Aku yang baru hendak mendekati agenda dan perjuangan parti ini (sekadar mengambil tahu sebenarnya) terus punya persepsi bahawa, BETUL!!!! Semua Parti politik adalah sama.. JANGAN PERCAYA BAHAWA PARTI YANG PERJUANGKAN NASIB RAKYAT SEBENARNYA PERJUANGKANNNYA.. aku rasalah kan.. mana-mana parti pun ada agenda nya tersendiri.. bohong pemimpinnya nak tolong rakyat!!
So, aku akan terus duduk atas pagar..tengok 'makhluk' ciptaan tuhan dikiri dan kanan terkinja2..
ALAHAI POLITIK.....

Subscribe to:
Posts (Atom)