Translate

Total Pageviews

Thursday, June 30, 2011

BALIK ESTET!

Itu antara isu yang hangat diperkatakan apabila Presiden MIC, Datuk G.Palanivel membuat kenyataan meminta pertimbangan golongan kurang berkemampuan atau miskin bandar dikalangan masyarakat India.

Apa yang diminta adalah, jika tidak mampu untuk meneruskan hidup di bandar, balik ke estet.Itu kenyataan awal yang telah disuarakan oleh beliau, seperti yang dilaporkan media-contohnya, SINI.

Bagaimanapun pelbagai kritikan pedas ditimbulkan oleh pelbagai pihak (masyarakat India) khususnya, atas cadangan tersebut. Ia termasuk laporan akhbar oleh Malay Mail, SINI. Tidak dapat dinafikan, kritikan turut disuarakan kalangan rakan sekerja, dan saudara mara.

Dan entah bagaimana, laporan ini pula dipukul canang disemua media termasuk media baru, SINI.

Tidak mahu hipokrit, saya sebenarnya secara dasar bersetuju dengan cadangan itu. APA bodohkah saya sehinggakan setuju dengan cadangan yang dibantah oleh segenap lapisan masyarakat???

Mungkin Ya, mungkin juga tidak. Kita bebas berfikir, dan membuat keputusan dalam hal ini.
Lagipun, saya dah tulis kan, yang saya bersetuju dengan cadangan ini secara dasarnya.

Begini, saya amat tertarik dengan maklumat yang diberikan yakni, kepada sesiapa yang tidak mampu untuk menyara kehidupan, dibandar-bandar besar, maka kembalilah ke estet untuk merasai kehidupan yang lebih selesa.

Apalagi dengan danya segala kemudahan asas disediakan disesebuah estet, milik GLC.

Tapi saya di 'brain wash'. Kata seorang- ianya seperti memusingkan semula sejarah, mengembalikan masyarakat india ke estet.

Tetapi, entah kenapa, pemikiran dan rasionalisasi otak saya ini masih kukuh memperthankan pandangan Datuk G.Palanivel itu.

Bukan kerana saya penyokong beliau, jauh sekali bagi seorang yang sebolehnya mahu menjadi non-partisan ini.

namun, saya melihat cadangan ini diambil terlalu negatif, tanpa memikir secara terbuka. Kebanyakkan pandangan dilontarkan seolah-olah estet adalah tempat yang tidak seharusnya disuruh masyrakat india kembali.

Estet umpama lubuk kemiskinan yang akan mengekalkan kedudukan masyarakat india sebagai golongan terpinggir.

Mungkin hakikatnya benar, dan itu juga yang menjadi bantahan banyak pihak.

Namun, bagi saya sendiri, estet harus berubah wajah.

Ianya perlu dihakmilikkan kepada masyarakat India, sama seperti banyak tempat yang kini dihakmilikkan oleh kaum-kaum lain di negara ini. Mana mungkin kita boleh menghakmilikkkan sesuatu tempat jika kepadatan penduduknya tidaklah setinggi mana.

Estet harus diubah menjadi satu penempatan masyarakat India yang serba moden, dengan kemudahan yang pelbagai, sama seperti apa yang disediakan kepada kalangan masyarakat FELDA.

Suara sesuatu kaum akan lebih kuat bila bersatu. Dan kesatuan ini boleh digambarkan melalui undi. Undi majoriti sesuatu kaum adalah lebih bernilai jika dibandingkan dengan taburan yang tidak tersusun, terutamanya dibandar-bandar yang akhirnya menjadikan masyarakat india yang sedia minoriti, menjadi lebih minoriti.

Tuesday, June 28, 2011

BELANJA RM49 JUTA UNTUK APA??

Ini laporan yang sungguh buat aku terkebil-kebil selama beberapa jam RUJUK DISINI (sampai sekarang sebenarnya).

Aku masih tidak faham apa yang perlu diperkatakan lagi dalam soal perbelanjaan ini.

Pertama, apa yang membuatkan kos sewa rumah tersebut mencecah sehingga RM32,972,115.55 setahun? Jika kita pecah-pecahan nilainya, purata sewa bulanan bagi kedua-dua kediaman ini adalah RM 2,747,679. Maknanya, setiap satu rumah disewa pada kos lebih RM1 juta sebulan. Dengan kadar sewa yang sebegitu tinggi, saya anggap ianya meliputi kos2 lain.

Sewajarnya kos-kos lain, seperti baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun sudah tidak diperlukan. Mudah bukan?

Baik, kalaupun baik pulih perlu dilakukan, apa gila 'penyewa' yang menanggung perbelanjaan tersebut. Aku sudah menyewa 3 buah kediaman dalam tempoh 7 tahun ini. Tiada satu pun tuan rumah yang meminta aku menanggung kos ubah suai. Kalau sekadar cat, tukar hiasan dalaman, mana mungkin kosnya sehingga lebih 3 juta ringgit!

Beralih ke kos bil air dan elektik. Ini aku memang WOW awal-awal. Sepanjang hayat aku menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini sekalipun, aku percaya kos tersebut tidak mungkin aku mampu capai, walau suku. Apatah lagi, tiada kegunaan maksimum mana pun air dan eletrik memandangkan kedua-dua PM dan TPM (setahu aku) tinggal di kediaman peribadi masing-masing.

Dan umum juga tahu bangunan kediaman rasmi ini seringkali digunakan untuk tujuan rasmi dan bukan untuk kegunaan harian. Jadi, sangatlah menggugat imanku untuk mengetahui wang yang sebegini besar digunakan bagi menyara dua buah keluarga yang tidak sebesar mana.

Maaf. Walau seribu kebaikan dilakukan pun, andai perkara ini dijadikan ukuran sebagai pengganti, aku sangat pasti, aku akan membuat pertimbangan berdasarkan kepada kekhilafan ini.

Ianya agak jelas, dan nyata untuk dimaafkan begitu sahaja, melainkan ada 'keajaiban' diluar jangkaan berlaku.

Full Stop.

BICARA SOAL BERSIH!

Makluman-aku tidak menyokong mana-mana parti politik, dan menulis perkara ini sebagai pemerhati politik tanahair. Mungkin aku belum cukup pakar, tapi ini pandangan aku, dan sebagai seorang pengundi berdaftar, aku berhak bersuara, meski ia tidak disenangi sesetengah pihak. Hormati pandangan aku sepertimana aku hormat pandangan anda. Terima Kasih! :)

BERSIH

Perkataan yang dilihat memonopoli setiap ruang dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia pada hari ini. Dari percakapan, laporan media, perbincangan di laman interkastif, semuanya bicara mengenai pengendalian perhimpunan yang diberi nama BERSIH ini, dengan tambahan 2.0, atau secara lengkapnya BERSIH 2.0 (membawa kepada maksud penganjuran kedua).

Aku bukanlah penyokong kerajaan (Terpaksa disebut agar tidak disalah erti), namun, penganjuran perhimpunan ini tidak aku setujui. Bukan kerana aku berpandangan bahawa apa yang sedang berlaku dalam sistem pemerintahan pada hari ini baik-baik belaka, cuma pemikiran aku sentiasa berpandangan bahawa jalan raya bukan tempat yang perlu digunakan dalam soal menyelesaikan masalah.

Hujah saya, ada apa dengan penganjuran BERSIH 2.0 ini? Apakah tuntutan yang dimahukan mereka yang menganjurkan perhimpunan 'GALA' yang dilihat akan memberikan tekanan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) agar beberapa tuntutan NGO pengendali BERSIH 2.0 ini direalisasikan.

Apakah tuntutan ini? Berikut adalah tuntutan tersebut.

1. bersihkan senarai undi
2. menreformasi undi pos
3. guna dakwat kekal
4. masa kempen minima 21 hari
5. akses media yang bebas dan adil
6. kukuhkan institusi awam
7. hentikan rasuah
8. hentikan politik kotor

Sesungguhnya aku tidak faham (mungkin akalku belum cukup hebat atau pakar), untuk memahami apakah tuntutan ini boleh direalisasikan dengan adanya demo jalanan.

Pertama, ada jawapan yang diberikan oleh Pengerusi SPR yang menimbulkan persoalan tersebut.
RUJUK DISINI.

Membaca keterangan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mencadangkan satu dialog diadakan penganjur BERSIH 2.0 bersama dengan pihaknya bagi mencari solusi terbaik, berbanding demo jalanan. Namun ianya ditolak, dan demo dilihat sebagai lebih kepada penyelesai masalah yang diutarakan.

Tambah mengusutkan keadaan adalah hadirnya nama-nama tokoh pembangkang yang dilihat mendominasi promosi penganjuran BERSIH ini, termasuk dengan memberikan ucapan terbuka tanpa sokongan mereka.

Bantahan pula disuarakan oleh pihak PERKASA dan UMNO sebagai menampakkan proses ke jalanan ini seolah-olah tidak boleh didominasi oleh hanya satu pihak. (sekali dengar seperti pertembungan baju Merah, baju Kuning di Thailand).

Ini jelas menunjukkan bahawa tuntutan ini meskipun dibuat secara dasarnya oleh pergerakan yang disebut sebagai NGO, namun, ianya di dokong oleh pergerakan politik.

Jelas, meski penafian dilakukan, keadaanya terang lagi bersuluh!

Apalagi apabila pemimpin pembangkang, termasuk ketuanya, Anwar Ibrahim dilihat memberikan kata-kata yang menampakkan BERSIH 2.0 digerakkan pihaknya. Meskipun Pengerusi BERSIH 2.0 'menolak' cadangan Anwar,RUJUK SINI sedikit sebanyak penganjuran BERSIH tercalar imejnya kerana 'bayangan' campurtangan Anwar, dan beberapa pemimpin pembangkang dilihat wujud.

Justeru, secara peribadi aku lihat ianya adalah agenda politik yang samada digerakkan (atau dimanipulasi) pembangkang bagi mengekalkan momentum sokongan rakyat selepas kejayaan jelas BERSIH pertama dalam membantu memberikan kemenangan luar jangkaan kepada parti-parti pembangkang.

Sebagai seorang yang berpandangan ahli politik seringkali memanipulasi rakyat jelata (dikedua-dua belah), terfikir juga, kenapa kalangan pemimpin BERSIH 2.0 ini tidak mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dengan Tuanku SPB Yang Di-Pertuan Agong secara tersusun, tanpa perlu melibatkan rakyat jelata.

Apatah lagi, jika mereka tidak mampu menjanjikan keselamatan (secara mutlak) sepanjang demo itu diadakan. Apakah mereka yakin, 'Perhimpunan Aman' yang mereka sebut-sebutkan itu, mampu untuk direalisasikan.

Apakah kepimpinan BERSIH dapat memastikan ratus ribu (mungkin jutaan) penyokong mereka yang berada dijalanan, tidak akan bertindak diluar batas norma, dan melakukan tindakan provokatif, yang akhirnya mengakibatkan Polis bertindak?

Sejujurnya, biaar aku luahkan pandangan aku tentang apa yang akan terjadi.
1 Penganjur akan berkumpul
2 akan berarak dengan kumpulan yang besar
3 akan ada provokasi dari kedua pihak-polis dan peserta
4 arahan bersurai akan dikeluarkan, akan ada yang bantah
5 gas pemedih mata dan sermburan air menjadi solusi
6 Media kerajaan mengutuk tindakan demo
7 Media luarnegara akan lapor keganasan polis

Kesimpulan-kerugian kepada semua pihak.

Aku sangat yakin ini adalah perkara yang kebarangkaliannya sangat besar untuk terjadi. Ini kerana, sejarah dari tahun 90an hingga perhimpunan 'aman' lain menunjukkan akhirnya ia bukan dalam keadaan aman.

Apa lagi, akan ada kumpulan provoksi (yang aku rasa tidak sewajarnya wujud), hadir pada hari sama menentang perhimpunan tersebut.


Apapun, catatan aku ini, sesedar aku tidak mampu untuk mengubah mentaliti mereka yang sudah nekad untuk berada dijalanan pada 9 Julai.

Doaku cuma-agar apa jua hasrat perhimpunan tersebut, semoga rakyat jelata tidak menjadi mangsa!

Wednesday, June 8, 2011

KERJA KAHWIN

Sepanjang minggu 2, 3, 4, dan 5 Jun, nescaya ramai kalangan kita sedar yang banyak sebenarnya kenduri kahwin mengambil tempat disekalian tempat disetiap pelusuk negara.

Dan ketika inilah, kalangan mereka yang hebat dalam kerja kahwin mengambil kesempatan 'membuat' duit.

Aku tidak ketinggalan sebenarnya. Bukan bermakna aku ingin bercerita tentang aku dapat/berjaya membuat duit, tetapi sekadar ingin berkongsi sedikit sebanyak gambar apakah yang berjaya aku lakukan..

Mana tahu, akan jadi pintu rezeki buatku.

Dan ini gambar-gambar yang aku maksudkan.









Sunday, May 22, 2011

BANYAK YANG NAK DIUPDATE

Setelah sekian lama. Inilah mukadimah yang seringkali akan aku titipkan apabila mengemaskini laman blog ini. Apakan daya, itulah hakikatnya, kerana, aku mengambil masa yang cukup lama mencari ruang dan peluang serta emosi yang betul untuk mengemaskini maklumat, pandangan, serta keadaan terkini disekeliling aku.

Seringkali aku punya cerita yang ingin dikongsi, tetapi tampil terlalu sibuk untuk melakukannnya. Dan bila aku sedang bersenang-senang, aku tetap tiada upaya untuk melakukan kemaskini kerana ketika itu, dek kerana banyak maklumat yang ingin disampaikan sudah kabur tersimpan sekian lama. Dengan erti kata lain, sudah luput tarikh!

Tetapi isu terkini, pandangan terkini dan perkembangan terkini adalah, aku akan ke Kuala Lumpur setelah sekian lama (lama ke?) meninggalkannya. Sejujurnya, dikala aku dimaklumkan yang aku mungkin dipindahkan ke Pulau Pinang, hanya tuhan saja yang tahu betapa girangnya hati ini menerima perkhabaran tersebut.

Manakan tidak,aku akan pulang paling hampir dengan ibu tersayang, sekadar sejam perjalanan kalau memandu. Ini membolehkan aku kerap pulang ke kampung menjenguk beliau.

Namun, hakikatnya itu sajalah yang paling menggembirakan jika bercakap tentang perpindahan ini. Aku boleh dikatakan terlalu sunyi, sunyi kerana tidak punya kawan2 yang aku sudah kumpul, jaga dan simpan di KL sejak menjejakkan kaki kesana pada 2005.

Kini, berada di bumi Pulau Pinang, hanya beberapa kerat saja kawan yang aku ada, dan itu pun, belum ada ruang dah peluang menjadi akrab seperti mana aku ada kak Effa, Kak Rose, Izul, Zana, Kyrel, serta beberapa lagi wartawan penyiaran.

Malah, hadirku disini, juga meninggal jauh adik2 aku, Ida, Tasha dan Zul..yang kekal bermastautin di KL.

Dan kesannya, aku boleh sifatkan, diriku ini agak tertekan dek kerana kesunyian. Bagaimanapun, perkhabaran gembira, Zul bakal menamatkan zaman bujang amat menggembirakan hati. Perancangan ke Kuala Lumpur sudah dibuat seawal bulan 3. Kini detik dan waktunya semakin hampir. Aku akan ke KL untuk meraikan persandingan adik aku yang seorang itu.

Tidak sabar rasanya berjumpa kesemua rakan2 MIIM, serta rakan2 wartawan yang pasti, akan turut sama meraikan kemeriahan.

Hadir aku di Kota KL juga bakal membolehkan aku meluangkan masa dengan Kawan baik aku yang seorang lagi-Kamala.

Malah, ibuku juga akan turut serta kali ini. Yang tuhanku, gembiranya aku, tuhan saja yang tahu! hahaha.

So, apa yang bakal terjadi di KL itulah yang bakal menceriakan lagi laman blog aku ini. Sungulnya aku, sungullah blog ini. Ceria aku,..cerialah blog ini.

Apalagi! nantikan ceritaku di KL tidak lama lagi!:)

Wednesday, March 9, 2011

KELEMAHAN SISTEM MAKLUMAT DALAM AGENSI KERAJAAN

Malang sungguh nasib pihak pengurusan kerajaan.

Masakan tidak, dengan status negara maju menjelang tahun 2020 yang dipukul canang dengan begitu hebat sekali, perkara paling penting dalam organisasi sesebuah insitusi kerajaan masih terlalu lemah.

Apa yang saya cuba maksudkan. Mudah..mencari maklumat berkaitan seseorang individu yang kehilangan rekodnya oleh pihak berwajib pastinya sukar. Anda perlu mempunyai setiap maklumat yang diperlukan juka anda mahu berurusan dengannya.

Beginilah, mudah kalau saya lampirkan contoh kepada persoalan yang saya bangkitkan ini.

Sekitar tahun 2002. Ibu saya yang masih berstatus Penduduk Tetap (meskipun lahir di Tanah Melayu- enam hari sebelum kemerdekaan negara) memohon statusnya ditukarkan kepada Warganegara. Pelabagai prosedur diminta untuk dipatuhi, termasuk menyediakan pendaftaran perkahwinan, borang permohonan, surat beranak anak-anak dan pelbagai lagi dokumen penting sebagai bukti menampakkan ibu saya bermastatutin di negara ini (malah tidak pernah keluar ke mana-mana negara lain).

Permohonan diklasifiksasikan permohonan selepas berkahwin dengan bapa saya (dan bukannya sebagai seorang yang lahir di Malaya).

Akur saja asalkan status diubah, menjadi malang apabila bapa saya meninggal sekitar tahun 2005, permohonan tersebut ditangguhkan. Namun, maklumat mengenainya tidak disampaikan.

Tertunggu-tunggu, tempoh menjangkau ke tahun ke 8 selepas permohonan. Justeru, saya mengambil keputusan 'memeriksa' status proses tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara (negeri Perak) yang merupakan lokasi pemprosesan dilakukan.

Malangnya, data tidak boleh diakses petugas. ALASAN-memerlukan nombor resit yang disertakan ketika permohonan. APAKAH!? Nombor resit!?

Terus saya soalan ini keluar-"Tak boleh check kalau tak ada nombor resit ke? saya rasa mak saya taerhilang resit tu".

Jawapan yang diberikan agak mengecewakan, resit itulah satu-satunya bahan rujukan.

Tidak puas hati, panggilan tersebut saya arahkan ke Putrajaya. Pun, jawapan yang sama. Timbul soalan dibenak fikiran..JPN menggunakan nombor resit untuk tujuan rekod? Kenapa tidak digunakan nombor MYKAD?

Justeru, kecewa dengan keadaan tersebut, tindakan diambil untuk membuat permohonan semula.

Dan kebetulan kempen MYDAFTAR menjadi platform terbaik permohonan dibuat.

SITUASI KEDUA pula baru berlaku.

Aku mengambil polisi insuranss. Seperti kebiasaanya, pelbagai prosedur perlu dipatuhi dalam memastikan maklumat tepat disampaikan.

Antara yang diperlukan rekod aku dimasukkan ke wad pada tahun 2000. Aku menghadapi masalah sakit dada-yang kemudian dikenalpasti sakit dibahagian isi akibat tekanan. Tekanan apa pun aku tak tahulah.

Apapun apa yang dikehendaki adalah rekod perubatan lampau itu.

Agen insuran hadir di Hospital Taiping bagi memeroleh salinannya.

Malangnya, kad kuning yang pernah digunakan untuk tujuan pemeriksaan diminta untuk tujuan rujukan. Apa ni?? takkanlah semua rekod memerlukan salinan itu dan ini..tiadakah sistem maklumat berpusat pakai nama dan nombor Mykad!

Entahlah. Aku tidak faham kenapa situasi ini terjadi. Tapi apa yang pasti, sistem ini perlu ditambahbaik segera sebelum negara mencapai status negara maju.

Kerana jika 'gejala' ini berterusan, maka tiada gunanya negara berstatus negara maju kerana kita masih daif dari segi pengurusan maklumat rakyatnya.

Apatah lagi dengan kehebatan kita mempunyai Mykad yang mampu mentadbirurus maklumat secara yang terbaik.

Mampukah!?

Sunday, February 13, 2011

MALAYSIA MENCORAK PERADABAN DUNIA?



 
Gambar diatas dirakam ketika kami mendengar bait-bait kata oleh Profesor Bersekutu Dr Mokhtar Saidin-Pengarah Pusat Kajian Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM).

Apa yang sedang diperkatakan?

MALAYSIA MENERUSI TAPAK BUKIT BUNUH, LENGGONG BAKAL MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA ARKEOLOGI DUNIA.

KENAPA?


Pengkaji dari USM telah menemui sebuah kompleks kebudayaan yang merupakan satu-satunya tapaj Paleolitik dunia yang berfungsi sebagai bengkel membuat peralatan berasaskan batu secara berterusan, yang digunakan dari semasa ke semasa serta mempunyai pentarikhan kronometrik.

Secara ringkasnya, penemuan di Bukit Bunuh membuktikan wujudnya sebuah tapak kebudayaan yang berusia lebih 1.83 juta tahun lalu.

Bukti-bukti saintifik juga mengesahkan ia digunakan juga pada 30-40 ribu tahun lalu. Hal ini menunjukkan bahawa kompleks ini digunakan secara berterusan sejak dahulu lagi.

MENGAPA BUKIT BUNUH???


Bukit Bunuh menjadi pilihan penempatan awal antara lainnya kerana ia menyediakan sumber alam yang diperlukan untuk menyediakan peralatan batu serta mempunyai persekitaran kuno yang mempunyai sumber air (Tasik Kuno), flora dan fauna yang juga diperlukan.

IMPAK KEPADA ARKELOGI DUNIA DAN SEJARAH MANUSIA AWAL

Penemuan pertama di peringkat dunia ini bakal menukar teori nomadik tentang kebudayaan paleolitik yang menyatakan bahawa mereka hidup berpindah-randah.

-penemuan bukti di Bukit Bunuh menunjukkan masyarakatnya tidak nomadik kerana keperluan asas yang diperlukan sebagai manusia adalah melebihi daripada keperluan dan bukti yang ditemui menunjukkan Bukit Bunuh dihuni secara berterusan.

Juga mencabar beberapa pengetahuan asas yang ada dalam kebudayaan Paleolitik dunia tentang pergerakkan manusia awal dunia, kemunculan alat batu kapak genggam, teknologi Paleolitik dan lain-lain

-Bukit Bunuh menyumbang terus kepada arkeologi dunia tentang kebudayaan Paleolitik.

Penemuan ini juga membuktikan wujudnya hentakan meteor dikawasan tersebut yang mengubah struktur asal kawasan tersebut.

Kesemua kajian ini sudah direkodkan dan dihantar kepada UNESCO.

UNESCO dijangka melawat lokasi Julai ini, dan mengumumkan Lenggong sebagai Tapak Warisan Sejarah Dunia menjelang Julai 2012.

GAMBAR SEKITAR LAWATAN KE LOKASI PENEMUAN





Sekian!
Tapi tunggu dulu!!!


DAN KAMI DIJAMU MASAKAN ALA KAMPUNG SEBAIK PULANG DARI LAWATAN :)