Translate

Total Pageviews

Friday, November 28, 2008

RAFIDAH AZIZ VS SHAHRIZAT JALIL-CORAT CORET

VERSUS

Sekadar hendak berkongsi rasa tentang perkembangan politik tanah air. Aku tidaklah pakar dalam soal 'berpolitik' dan selok beloknya.. Jadi ini lebih kepada pandangan seorang yang memerhatikan perkembangan dalaman sayap kanan parti UMNO ini dari kaca mata rakyat Malaysia.
Semua orang tahu, dan semua orang sudah bercakap tentang situasi yang sedang berlaku ketika ini. Tan Sri Rafidah Aziz sangatlah 'berapi' dengan tindakan naibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil ketika ini untuk mencabar beliau dalam pemilihan akan datang.. bulan Mac.
Semuanya bermula dengan pelan peralihan kuasa yang diumumkan Pak Lah.. dijangkakan pada 2010..tetapi memahami desakan dalaman dan luar dari parti, Pak Lah terpaksa akur dan melepaskan jawatan beliau pada Mac tahun hadapan.. seterusnya membawa kepada penundaan tarikh pemilihan yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan juga ke Mac.
Maka disinilah bermulanya perang dingin antara penyokong Rafidah dan Shahrizat. Meski ditentang pencalonannya sebagai ketua wanita UMNO, penyokong Shahrizat tetap dengan pendirian untuk mencalonkan beliau. Dengan itu, Shahrizat secara 'terpaksa', perlu menerima bahawa penyokongnya sudahpun memberikan cukup pencalonan untuk beliau bertanding jawatan itu...
Apa yang Rafidah lakukan? Tiada apa, selain senyap dengan masih berpegang kuat kepada pelan peralihan kuasa pada Jun 2009. Semua orang tahu dan faham tentang senario yang melanda pergerakan ini selepas peralihan kuasa. Shahrizat akan menjadi seorang pemangku..dan keadaan ini tidak disenangi penyokong wanita nombor dua sayap itu.
Akhirnya, selepas berkali-kali didesak...dibincang serta diberi pandangan pelbagai pihak didada-dada akhbar dan media.. maka Datuk Seri Shahrizat mengambil pendekatan mengumumkan akan bertanding jawtan tersebut-Ketua Wanita UMNO-kontroversi bermula!
PERSOALANNYA!!?
Apa yang bakal terjadi...? Apa yang saya terangkan tadi adalah fakta.. ini hanyalah sekadar jangkaan dari pemerhatian dari insan kerdil yang baru-baru belajar untuk mengenali dunia politik dan putar belitnya.
Wanita UMNO bakal berpecah kepada dua kroni. Kroni ini akan memperjuangkan habis2an ketua mereka.. tidak kisah Rafidah atau Shahrizat. Bertanding tetap bertanding..Pantang maut sebelum ajal orang kata.. well, ini adalah hakikat yang pasti.. wanita sekarang-umno terutamanya sudah didik untuk menjadi kuat, berdikari dan belajar membuat keputusan...
Namun, apa natijahnya selepas dari pemilihan.. kroni ini akan mengalami masalah besar untuk disatupadukan..dan kenapa?
Pertama.. ketika ini, kalangan penyokong Rafidah sudah sangat rapat dengan wanita itu yang berdekad lamanya dipuncak.. dia kuat.. dia gagah!!! Singa kata orang... jadi jika Rafidah kalah, maka, penyokong singa ini akan kecut..terbuang dan terasa tersisih..yelah, bila yang kuat dan hebat kalah..pengikutnya pasti malu walau tidak disindir, walau tidak diperli...
Kedua, Shahrizat-kalau wanita yang seorang ini kalah, penyokongnya pasti masih dengan pendirian bahawa singa yang berjaya mengekalkan kerusinya, gila kuasa.. tidak mahu menurunkan takhta dan mahu mati berpangkat.
Ini adalah isu2 yang sudah pun diperkatakan di bawah.. di akar umbi..
Isu lain-Rafidah sudah bersedia untuk melepaskan jawatan, tetapi masih berdegil dengan tempoh 3 bulan?
Jawapan sudah Rafidah berikan, dalam tempoh 3 bulan itulah di mahu membangunkan sayap itu supaya Shahrizat mempunyai jalan yang lancar...bila disoal apakah Shahrizat tidak cukup bersedia...Jawapan-di Lembah Pantai pun boleh kalah..macam mana nak disifatkan berjaya memimpin?
Hurm...pandai Rafidah mencari titik kelemahan Shahrizat. Jadi, apakah mungkin jika ketika ini, Shahrizat seorang Ahli parlimen, Rafidah sanggup melepaskan jawatan beliau kepada Shahrizat menjelang Mac?
Jika jawatan yang menjadi persoalan, siapa Rafidah sekarang? Hanya seorang MP-yang penamaan calonnya sendiri dipertikaian ketika pilihanraya umum lalu..
Dan siapa Shahrizat ketika ini? Seorang penasihat kepada PM yang bertaraf Menteri...
Apakah yang Rafidah nak lakukan lagi dalam Wanita?
Kenapa liat sangat nak lepaskan jawatan?
Sampai bila nak pegang jawatan itu?
Kenapa Shahrizat mahu di 'overshadow' Rafidah selama ni?
Shahrizat taat atau takut?
Kenapa..kenapa dan kenapa?
Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan ini, apa yang aku dapat simpulkan disini..wanita UMNO perlu melihat masa depan parti dan bukannya pemimpin.
Kalau kekuatan Rafidah adalah masa depan parti.. maka disitulah pilihannya, kalau pembaharuan Shahrizat adalah masa depan parti..dan disitu juga adalah pilihannya.
Jadi pilihanya pada apa yang akan dilakukan dan bukan siapakah orangnya...kerana ketika ini sudah ada sentimen berkata buruk tentang peribadi kedua-dua calon ini 'berasap' dipelbagai peringkat.
Wanita kenalah buat pilihan dengan bijak!
kalau tidak, jangan nanti, menang sorak..kampung tergadai.

No comments: