Translate

Total Pageviews

Monday, May 25, 2009

PANAS!!!--CERITA TENTANG KONVO!

Boleh bikin panas satu badan sekarang nie, bila aku dapat tahu bahawa perbincangan tentang konvo Malaysia Insitut of Integratif Media (MIIM) masih belum diadakan.

Untuk makluman rakan-rakan, saya--Kumaran Rajamoney, DIJ-2283-102005, telah beberapa kali menghubungi pihak MIIM untuk mendapatkan maklumat tentang perjalanan pengaturan majlis gradusi MIIM, bagi pelajar sesi pengambilan aku, dan junior aku yang sepatutnya.

Untuk memperjelaskan keadaan, pelajar semester aku, yang mengambil jurusan diploma Pengajian Media (DMS dan Diploma Produksi Multimedia (DMP) sudah tamat penagajian mereka lebih satu tahun.

Dan aku sendiri kini hampir satu tahun TAMAT pengajian di MIIM.

Ini bermakna, secara keseluruhan MIIM sudah hampir lebih setahun tidak mengadakan konvo atau Majlis graduasi.

Dan sebenarnya majlis ini sudah sepatutnya berlangsung pada sekitar Mac atau April (paling lambat).

Dan atas budi bicara tanpa hitam putih, majlis konvo sewajarnya diadakan selewat2nya pada bulan Mei atau Jun.

Dan melewati bulan Mei, masih tiada sebarang maklumat tentang konvo, dan menjadikan ada kalangan rakan, termasuk EMA (DIB 102005) menelefon pihak MIIM untuk mendapatkan maklumbalas.

Dan maklumbalas yang diterima adalah tiada sebarang bentuk perbincangan rasmi diadakan dan 'mulut-mulut' yang tidak bertauliah menyebarkan maklumat tentang konvo dan tarikh, serta bulan yang tidak sah!

meragui keadaan ini, saya sendiri, setelah beberapa kali menghubungi Puan Mus, Timbalan Ketua Bahagian Akademik, mendapat maklumat bahawa, En Yusri--KE @ CE MIIM memerlukan masa untuk membincangkan tentang perkara tersebut.

Apa yang dibincangkan aku tidak faham lagi. sepatutnya pada ketika ini, keadaannya bukan lagi isu perbincangan, sebaliknya waktu menjalankan kerja.

Aku pelik kenapa selepas hampir 3 bulan aku bertemu dengan En Yusri, baru kini perjumpaan, pertemuan dan perbincangan mahu diadakan dengan pihak En Latif!

This is too much..

So, rakan2.. sebarkan maklumat ini kepada semua yang ada.

Ini bukan sekadar soal segulung Diploma.

ini soal maruah!

Kita dijanjikan dengan majlis graduasi semasa mendaftar.

Kita dijanjikan dengan LAN @ MQA--yang masih tergantung statusnya!

Kita dijanjikan dengan pelbagai perkara dan semuanya ini tinggal janji.

Kita perlu beri tekanan kepada pihak pengurusan, YUSRI dan Latif tertuamanya.

Mereka tidak menghormati kita.

Ini bukan lagi soal pelajar dan pengurusan, ini soal Konsumer dan 'penjual perkhidmatan'.

Kita berhak mendapatkan apa yang perlu dengan kadar yang terbaik mengikut kadar yang kita bayar iaiatu LEBIH 18,000 Ringgit Malaysia...!!!!!

Aku akan lakukan yang terbaik bagi pihak diri aku.

Dan aku tidak lagi mampu untuk membawa suara rakan-rakan, kerana aku tiada jawatan, kedudukan yang selayaknya seperti dulu.

Namun, aku tetap akan cuba bantu sedaya mungkin..atas kapasiti membantu rakan.

Diharap rakan-rakan dapat menyebarkan maklumat ini, bersatu dalam menekan pengurusan MIIM.

Ikhlas--Kumaran!

7 comments:

Firewabbit said...

apa kata kumpulkan a few ppl, kenalan yg dekat2 shj dan yg mampu untuk bersuara di ofis.


set a date and time. let me know. i wanna come.

MR.KUMAR said...

Ya.. i think thats the right thing to do.. i'll try to do something!

MR.KUMAR said...

Ya.. i think thats the right thing to do.. i'll try to do something!

Yuzz Yusop said...

ade yg ckp bulan 3 taun depan. gilo!

Firewabbit said...

sudah set date ke belom? papa call aku. aku mau dtg.

born to be like this said...

eh, bgtau aku skali...

edaolala said...

bro im ur junior. Saya baru je stop dari miim. Baru sem1. Then a lot of thing saya ragu2 about miim dats y saya pindah. Btw, awal2 lagi saya dengan kawan dah jumpe encik yusri. Then memang betol la lepas baca blog bro kumar then now i realize yang pasal konvo tak pernah ada tu memang true. Lepastuh, pendapat saya tah2 encik yusri makan duit sebab tu encik latif tak pernah taw apa2. Saya nak maki die pagi tadi dengan kawan2 ramai2 plan nak benti but sedih sebab dia dah tuka no. Pdahal baru mgu lepas mak kawan saya kol die n marah2 die. Benci !