Translate

Total Pageviews

Friday, June 19, 2009

BAPA

Barangkali ramai yang sedang berkata-kata dan mencanang seribu satu perkara berhubung insan bernama bapa dalam hidup mereka.



Aku tidak mahu ketinggalan bercerita perkara sama.



Aku seorang yang sangat degil dan suka bertegang urat dengan bapaku.



malu untuk menyatakan bahawa bapaku dan aku, tidak pernah bersetuju pada mana-mana perkara.



Aku rasakan diri aku selalu saja salah. Tidak pernah ada perkara yang betul aku lakukan.



Aku ini orang yang degil bila sudah membuat keputusan.



Dan bapaku pantang pada orang yang menjawab setiap arahannya.



Aku selalu saja menaikkan darahnya...kesian dia, sampai ada darah tinggilah.



Boleh diklasifikasikan anak derhaka jugalah aku ini.



Tapi segalanya berubah bila aku menamatkan pengajian tingkatan 6.



Sebaik selepas itu, aku memohon izin bekerja di Pulau Pinang atas undangan bekas bos aku, Romzy.



Permintaan aku dipersetujui, dan aku menjadi pelik.



Selalunya apa juga yang aku minta tidak pernah dibolehkan.



Dan dalam ketika itu juga aku mulai faham kenapa bapaku menghalang aku melakukan perkara-perkara yang kurang dipersetujuinya.



Dia tidak mahu aku melakukan kesalahan yang mungkin pernah dilakukannya.



Dan aku mulai sedar se sedar sedarnya.



Aku mulai menjaga tutur dan kata aku.



Namun, itu mungkin petunjuk yang jelas yang bapa aku bakal meninggalkan aku, dan dunia.



Beliau pergi tanpa pernah beri kami petunjuk.



Segalanya berlaku pada kadar segera.



Dan kala aku baru faham apa itu kasih bapa, beliau pergi meninggalkan aku dan keluarga.

Kini aku sedar bertapa besar nilai pengorbanan di sebalik teguran berbisa yang sering berkunjung tiba.

Tidak mahu menyesali pemergiannya, aku mahu pastikan bahwa aku akan meningkatkan diri ini setapak demi setapak bagi memastikan aku dalam keadaan, kedudukan yang membanggakan bapa aku.

Biar orang tahu aku anak Rajamoney.. biar aku banggakan nama yang satu itu... biar orang tahu istimewanya nama itu.. biar orang tahu nama yang aku sertakan setiap kali dalam laporan berita aku, menjadi doa paling berharga buat aku..

Dan bagi anda yang ada bapa, dan kurang setuju dengan pandangannya, jangan begitu.

Lumrah manusia, banyak kesalahan. Mungkin ianya salah kita dan mungkin juga ianya salah bapa kita.

Jangan hukum bapa kita dengan menyebar cerita tentang keburukkannya. Jangan aibkan darah dan daging yang menyebabkan kita wujud hari ini.

Aku mengaku aku tidak sempurna, dan aku tidak mahu rakan-rakan aku menjadi seperti aku.

Harapan ku... semua bapa di dunia dibahagiakanNya seadanya.

Biar semua bapa di dunia punya masa untuk menarik nafas lega kerana anaknya berjaya..

Sekian.. dari seorang ank buat semua bapa..

SELAMAT HARI BAPA

2 comments:

Abby said...

Buat aku terharu, tersentuh membacanya...
Moga pada yg masih punya bapa, lebih menghargai kehadiran seorang AYAH...

somebody said...

saya suka ini post.. :]