Dalam bulan ini, ada dua majlis perkahwinan melibatkan dua individu yang aku kira agak rapat dengan aku.
Seorang adalah Kid, 'abang angkat' kepada rakanku, Ryzal, yang kemudiannya menjadi rakan aku secara tidak langsung, membuatkan keluarganya juga diibaratkan keluarga aku juga.
Dan seorang lagi adalah sepupu aku. Anak kepada satu-satunya pakcik (abang kepada ibuku).
Biar aku ceritakan dulu perjalanan majlis Kid dulu.
Aku sebenarnya tidak berkesempatan untuk ke Majlis resepsinya di PWTC dan Johor atas urusan yang tidak dapat dielakkan dan urusan kerja.
Aku hanya berkesempatan ke majlis nikahnya yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Majlis berjalan dalam keadaan yang sangat meriah.
Malam itu aku tidur di rumah Kid di Taman Melawati, (tak tidur pun sebenarnya)...aku banyak meluangkan masa bergurau senda dengan Kak Lela (Kakak Kid), dan Mak Ciknya.
Aku juga berkesempatan menabur sedikit jasa menemankan Kid mengambil barang hantaran di Gombak, dan menginaikan jarinya.
Dan keesokkannya aku diminta menjadi tukang angkat dulang (atas sebab-sebab tak cukup korum).. dan dihulur baju yang sedondon dengan tukang angkat dulang yang lain.. peach colour..
Sekali lafaz, Kid sah bergelar suami kepada Nisa.
Tahniah...dan itu saja sebenarnya yang aku dapat coretkan.. tidak banyak yang aku sempat kongsi pada hari paling bersejarah buat Kid ini.. ada sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat memakbulkan hasrat ahli keluarganya yang mahu aku ke majlis resepsi berkongsi kemeriahan sambutan itu..
Dibawah ini adalah sebahagian dari gambar yang aku muatkan sebagai menceritakan dengan lebih jelas perjalanan majlis tersebut.
Gambar ini dirakam ketika dalam perjalanan ke Janda Baik.. aku bawa dulang yang diletakkan handphone..
Suasana di rumah Nisa sebaik menyambut ketibaan rombongan Kid.
Menantikan majlis ijab kabul..
Sempat ambil gambar inai yang aku pakai sempena meraikan pernikahan Kid.. lama aku tak pakai inai.. tak ingat bila kali terakhir sebelum aku memakai inai kali ini..
Ryzal bersama aku, juga menunggu seperti aku...
Jom ambik gambar sekali... mula-mula tak nak, tapi sekali ambik gambar, posing dia melebih-lebih..heheh
Sedap lauk majlis nikah di rumah Nisa..
Aku dan adik Kid..
Anak saudara Kid versi remaja..
tengok gambar yang diambil..
Dan satu lagi majlis adalah majlis perkahwinan sepupu aku.
Setelah lama tiada sebarang majlis kenduri dalam keluarga aku, majlis ini merupakan 'panggilan' untuk semua ahli keluarga untuk berkumpul.
namun, malangnya, majlis yang diadakan pada hari Khamis, bukan pada hari cuti, menyebabkan ramai juga ahli keluarga yang gagal hadir.
Namun, majlis itu tidak kurang meriahnya.
Menariknya, ada hikmah aku kesana.. huhu. aku menjadi pengapit pengantin untuk separuh masa pertama perkahwinan dilangsungkan.
Ok.. untuk makluman, pengapit pengantin lelaki selalunya @ lazimnya adalah terdiri dikalangan adik / abang pengantin perempuan kerana ada ritual-ritual keagamaan yang memerlukan pengapit mendahului setiap perkara (lead the bridegroom).
Dan memandangkan pada masa majlis dimulakan, pengapit lelaki belum lagi sampai, dan aku kebetulan, mengikut pertalian kelaurga juga boleh menyandang gelaran 'adik ipar' kepada sepupu aku, maka, makcik aku minta aku gantikan tempat pengapit.
Mahu aku gelabah sekejap.. hehe.. terasa macam aku pulak pengantin bila semua ritual dimulakan dengan aku yang 'lead' atau dahulu.. malu pun iye jugak...tapi separuh masa pertama sajalah.. separuh masa kedua, dari pengantin lelaki menukar pakaian, diambil alih pengapit sebenar.
Dan dibawah ini sebahagian dari gambar yang aku rakamkan pada majlis tersebut.
Patung Dewa Ganesan yang terhias indah..
Pelamin..
Balamurugan Weds Kalavathy
Keadaan yang sibuk di separuh masa pertama.. masa ni aku tak dipanggil naik ke pelamin lagi...
Bukti aku menjadi pengapit...aku serahkan cincin rumput ini kepada pengapit sebenar selepas ambil gambar ini..
No comments:
Post a Comment