Translate

Total Pageviews

Thursday, July 2, 2009

KATHAKALI

KATHAKALI
*Maaf Saudara Uthaya! saya telah 'mencuri' gambar ini dari laman blog saudara bagi tujuan penceritaan dibawah. Bukan apa, saya mahu pembaca tahu apa itu Kathakali dengan lebih jelas*


Buku Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia oleh Saudara Uthaya Shankar SB ini pastinya berjaya memerangkap aku untuk tidak tidur malam buat beberapa hari.

Aku sudah lama tidak kembali membelek karya-karya cerpen sejak meninggalkan zaman persekolahanku dulu.

Suratan atau kebetulan, karya ini aku ketahui melalui blog saudara Uthaya Sankar sendiri, yang dipautkan dengan laman Facebook.

Dan entah suratan atau kebetulan juga, aku punya sifat suka membaca sesuatu karya dari kulit ke kulit--sudah dididik oleh Hajah Salmah, guru Bahasa Malaysia aku (kini Pegetua Sek.Men. Keb Bagan Serai) , bertujuan memberikan maklumat 100% dari sesebuah buku. Katanya, ilmu kadang-kadang ada pada kulit buku, bukan hanya isi tulisan di dalamnya.

Dan dalam khusyuk dengan karya ini, terpandang aku pada satu nama--Shanjey Kumar Perumal (SKP), Pengarah Kreatif dan Penulis Skrip.

Nama yang diselitkan sebagai antara pengantar yang meninggalkan komen tentang keisitimewaan karya yang satu ini.

Bangga ada, gembira pun ada.

Bukan mahu mendabik dada, tetapi melihat sebahagian dari ahli keluargaku, mempunyai minat yang hampir serupa, menjadikan aku gembira(SKP adalah sepupu aku).

Dan apabila aku menjelajah kedalam helai-helai cerita cerpen (CERita PENdek) ini, aku dapat melihat banyak perkara yang aku sendiri pernah lalui.

Pemikiran aku, pemahaman aku, serta keinginanan aku melihat kaum aku--kaum India, dengan hubungannya dikalangan kaum-kaum lain, serta layanan, kedudukan, dan segalanya...segalanya hampir kena dengan selera aku.

Sejujurnya, ada kalanya cerita-cerita yang disampaikan begitu dekat dengan aku sampai imaginasi aku, meliar mengejar penceritaan sang penulis.

Bukan mahu membodek, tetapi hakikatnya, karya ini adalah karya yang dilihat ikhlas menceritakan pandangan seorang dari keturunan india, tentang sejarah lampau negara, dari zaman J.W Birch hinggalah kedudukan kaum tersebut pada hari ini.

Kadang kala, aku tersenyum membayangkan tentang perka-perkara yang disampaikan oleh penulis.

Isu yang ditampilkan adalah cubitan manja kepada mereka yang patut dicubit tentang bagaimana jahilnya kita--(Kaum India) moden pada hari ini yang naif tentang adat istiadat, budaya dan agama..

Betapa masyarakat disekeliling lebih tahu dari kita. Pernah dan sering orang diluar sana lafazkan--lebih Melayu dari Melayu, lebih Orang Putih dari Orang Putih, lebih Cina dari Cina dan lebih India dari India.... benar. Terkadang, aku juga begitu.. lebih kepada bangsa lain.. dan kurang tahu atau alpa untuk mengambil tahu tentang bangsa dan agama sendiri.

Sebuah kumpulan CERPEN yang wajar dibaca semua--dengan harga RM20, bukanlah semahal mana.

Maklumat lanjut mengenai Kathakali boleh didapati di laman Blog penulisnya, saudara Uthaya sankar SB di
http://www.uthayasb.blogspot.com/.

Baca jangan tak baca YEOP!
:)

2 comments:

Uthaya Sankar SB said...

Terima kasih, saudara Kumar. Terkejut tengok kulit buku Kathakali di blog saudara semasa membuat "kunjungan hormat" ke blog ini pada pagi 6 Julai 2009.

Untuk makluman, judul rasmi buku saya adalah "Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia".

Semoga dengan aura dan pengaruh 'New World' saudara akan membantu menambah pembaca buku ini.

Majlis pelancaran pada 12 Julai 2009,9:00 pagi di PNM.

MR.KUMAR said...

Huhu..mungkin terpengaruh dengan salah satu cerpen saudara--Bahasa Malaysia=Bahasa Melayu.

Saya sudah betulkan kesalahan itu ya saudara.. hehe