Translate

Total Pageviews

Thursday, July 2, 2009

SETAHUN DI BERNAMA TV

Pejam celik-pejam celik, sudah lebih setahun aku menjadi sebahagian dari keluarga BERNAMA TV.

Pada tanggal 1 Julai 2008, aku sebenarnya hanyalah seorang pelajar pelatih industri di BERNAMA TV.

Kehadiran aku hanyalah sebagai melengkapkan kehendak pembelajaran yang memerlukan aku menjalankan latihan industri selama 3 bulan.

Segala yang baik saja yang aku terima. Walau kadang-kala ada teguran yang bisa merobek hati, namun, kerana aku seorang yang sering meletakkan pemahaman bahawa segala sesuatu yang berlaku, ada sebabnya, maka segalanya bertukar menjadi indah belaka.

Aku berjaya memperoleh penilaian yang sangat cemerlang dalam Latihan Industri. Bukan hanya laporan aku yang tampil dengan markah yang sangat membanggakan, malah, penilaian yang diberikan oleh kumpulan Ketua Editor juga sangat memuaskan.

Dan tamat latihan industri, aku sangka aku tidak lagi akan menjadi sebahgian dari BERNAMA TV.

Walaupun jauh dilubuk hati aku, sebenarnya aku mahukan tempat yang kecil di sini, namun, harapan yang aku letak tidaklah setinggi gunung.

Malah, sebulan aku habiskan dengan menyiapkan laporan latihan industri selain menhabiskan masa dengan menyiapkan resume untuk dihantar kepada syarikat media lain.

Tanggal 2 November, aku diterima untuk bekerja sebagai seorang pekerja sambilan--Wartawan di Metro News, yang menjadi penyiap rancangan rencana bagi EDUWEB TV.

Dan pada tarikh itu juga aku dapat panggilan dari En ARA, Ketua Editor Tugasan yang menanyakan sama ada ingin bertugas di BERNAMA TV.

Pucuk dicita ulam mendatang, tanggal 5 November aku menajdi staf kontrak di stesen televisyen yang bersiaran di saluran 502 ASTRO.

Kini, setelah tamat tempoh kontrak selam 6 bulan, aku sudahpun menjadi staf sepenuh mana di sini.

Syukur tidak terkira rasanya kerana sepanjang setahun berada di BERNAMA TV ini, pelbagai pengalaman manis telah aku lalui...

Dan kesemua pengalaman ini adalah yang sangat bermakna dalam hidup ini.

Meskipun ada desas desus yang pelbagai tentang syarikat TV ini, aku sebagai staf akan sentiasa memberikan sumbangan yang terbaik.

Bakti yang diberi, pasti akan diberkati.

TERIMA KASIH BTV, dan semua rakanku disini...Jasa anda saya hargai sampai ke MATI!

1 comment:

Missunknown said...

Haii En Kumar, boleh saya tahu adakah sekarang ini syarikat BERNAMA memberi elaun kepada student intern ? Dan kalau iya berapa elaun yg student akan dapat ? Tq