Translate

Total Pageviews

Sunday, December 28, 2008

EXCLUSIVE INTERVIEW WITH ASIMO

Skrip ini telah disediakan pihak Honda sendiri.. dan satu perkara yang membuatkan aku teruja, aku adalah orang kedua di Malaysia yang mendapat peluang keemasan nama disebut ASIMO.

Sebenarnya video ini sudah lama diperam kerana aku belum ada kesempatan yang sebegini panjang untuk meng'upload'nya.

Dan ini lah hasilnya bila dah berjaya di 'Upload'.

LINTAS LANGSUNG LAGI

Sejak aku memulakan langkah membuat lintas langsung di Bukit Antarabangsa pada 7 Disember lalu, banyak 'tawaran' membuat lintas langsung berkunjung tiba.

Dan ini mungkin ada cerita menarik..

Aku diamanahkan sekali lagi untuk membuat lintas langsung, dan kali ini pada 25 Disember sempena Hari Natal.

Rumah Encik Micheal Anthony menjadi pilihan, kedudukannya di Puchong Perdana.

Terus terang, cross aku pada hari itu, yang pertama, aku terkantoi. Aku ter 'ha?' semasa menerima maklumat dari Johon, Techinal Producer kami.

Yang sebenarnya, ketika itu, aku tidak tahu sedang live, aku ingatkan kami sedang membuat 'rehersal', dan bila aku dapat arahan menerusi intercom, aku ter ' ha?' lah.

Walhal, arahan itu adalah sebenarnya untuk cameraman.

Alamak!!! macam mana ni??

Dan aku diarahkan meneruskan terus, sebab masa tu kan tengah live.

So, aku pun buat macam tak ada apa la.

Menjadi tapi kantoi tetap kantoi lah, aku tak dapat nak bayangkan bagimana agaknya muka aku yang agak blur bila ter 'ha?' tuh.

Dan, second cross tuh menjadi, dan aku sendiri puas hati lah.

Dan semalam, aku diarahkan untuk membuat cross di Melaka.

Ini adalah untuk Majlis sambutan Hari Krismas peringkat kebangasaan.

Mungkin ada badi di Melaka, sampai saja di tol Ayer Keroh, kami diarah untuk berpatah balik dan membuat lintas langsung dari Istana Seri Menanti, berikutan kemnagkatan Yang Dipertuan Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Alhmarhum Tuanku Abdul Rahman.

Aku buat cross untuk pukul 8 dan 11 malam.

Semua kata cross yang aku buat tuh menjadi.

So, aku bersyukurlah dengan apa yang berlaku.

Aku sangat2 bersyukur kerana semua rakan-rakan dan 'boss-boss' di Bernama TV, malah Bernama memberikan kata semangat dan memuji apa yang aku lakukan.

Apa yang aku harapkan ketika ini hanyalah satu, aku tidak mahu lupa diri dan terima kasih kepada rakan dan boss yang berikan kata-kata kritikan, saya akan gunakannya untuk membaiki kekurangan yang ada ini.

Terima Kasih!!!!!

:)

Wednesday, December 24, 2008

LIVE TELECAST@LINTAS LANGSUNG

Sebenarnya, semasa aku mula-mula menjejakkan kaki aku di Bernama TV, aku tidak pernah tahu, atau dengan kata mudah sebenarnya aku tidak pernah ambil tahu tentang lintas langsung.

Semuanya bermula bila pilihanraya Permatang Pauh. Kak Sue reader kitorang adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk membuat lintas langsung.

Ketika itulah aku mula meminati segmen tersebut.

Bukan maksud aku, aku tidak tahu langsung mengenainya, tapi apa yang aku maksudkan, minat terhadapa 'live-live' nie aku kurang sedikit.

Al-kisahnya, menjelang malam Ambang Merdeka, aku keluar bersama dengan kak Syilda untuk membantu beliau membuat live telecast di Dataran Merdeka.

Ketika itulah, banyak ilmu yang dicurahkan kak Syida kepada aku.

Sejak dari itu, aku memasang angan-angan untuk membuat lintas langsung.. itu adalah cita-cita tertinggi yang aku impikan dalam kerjaya sebagai wartawan penyiaran.

Dan dengan secara kebetulan, aku diamanahkan untuk membuat lintas langsung buat pertama kalinya pada 6 Disember lalu semasa Datuk Shah Rukh Khan menerima darjah kebesarannya.

Malangnya, krew live terpaksa balik berikutan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa subuh itu. Dan aku hanya diminta membuat liputan ter'rakam' di sana.

Sekembalinya dari Melaka, esoknya, aku diamanahkan untuk membuat liputan di Bukit Antarabangsa.

Dan ketika inilah buat pertama kalinya aku diberi peluang membuat lintas langsung, jam 8 malam, 7 Disember...!!!

kali ini ianya benar, dan tidak aku sangka sebegini cepat cita-cita aku tercapai!

Tarikh yang tidak mungkin aku lupakan.

Dan selepas itu, dua hari berturut-turut aku diamanahkan untuk membuat lintas langsung.

Bukan mahu meninggi diri, tapi aku amat bersykur dengan respon yang diberi kalangan rakan-rakan berhubung lintas langsung yang aku lakukan.

Dan ketika ini, hari ini, kurang beberapa jam lagi, sekali lagi aku diamanahkan untuk membuat lintas langsung bagi sambutan Hari Natal pula.

Keterujaan aku memang tak dapat dinafikan, namun, jauh disudut hati, aku masih getar, risau, gementar.

Diharap segalanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan...

:)

MENJELANG 25 DISEMBER

kurang 5 jam dari sekarang, tanggal 25 haribulan Disember akan berkunjung tiba.

Boleh dikatakanlah seluruh umat manusia duinia ini tahu apa dan kenapa tarikh itu istimewa bagi orang Kristian.

Tapi kalau anda tak tahu, biar saya maklumkan disini, bahawa tarikh itu adalah sempena hari lahir Jesus (Nabi Isa), pengasas agama Kristian.

So, malam menjelangnya hari itu, dikenali sebagai Cristmas Eve adalah malam yang akan menghimpunkan seluruh umat jesus untuk bersembahyang.

Apa kena mengenanya dengan aku?

Aku akan membuat liputan malam ini. Kurang sejam dari sekarang, aku mungkin akan bertolak ke mana-mana gereja yang menjalankan upacara sembahyang.

Aku masih tertanya-tanya tentang apa yang aku harus lakukan nanti.

Baru pertama kali hendak membuat liputan lah katakan..

Dan dalam perkembangan lain, aku mungkin akan terlibat dalam live telecast atau siaran langsung dri rumah seorang rakan kristian yang meraikan Sambutan hari Natal ini.

Seperti kebiasaanya, aku sedang gementar.. sambil-sambil menaip blog ini, aku sedang mencari fakta berhubung sambutan hari kebesaran umat Kristian ini.

Harap-harap semuanya baik esok..!

:)

Tuesday, December 23, 2008

CHRISTMAS

Sambutannya tinggal kurang dua hari.

Sudah semestinya kami di Bernama TV sebaik mungkin perlu mendapatkan segala sudut berita yang menggambarkan kemeriahan suasasna sambutannya, apatah lagi.. Malaysia kan negara yang majmuk dengan kepelbagaian bangsa dan agamanya.

Kelmarin-AHAD.. aku sempat menerjah sebuah gereja ditengah-tengah kota Kuala Lumpur. Aku hendak dapatkan ucapan dari kalangan orang yang beragama Kristian. Ya! aku berjaya.. seorang cina dan seorang india..

Apa yang membuatkan aku sedih dan kecewa adalah apabila selepas hampir 30 minit menunggu paderinya, yang ketika itu memberikan ucapan sambutan menjelang Krismas.. aku mendekatinya untuk meminta beliau memberikan ucapan sempena sambutan tersebut.

Aku sangat kecewa bila paderi itu menolak dengan cara yang bagi aku sangat tidak aku sangka. Biar aku tidak huraikan dengan terperinci.. kerana aku risau ia melibatkan sensitiviti.

Namun, aku sangat kecewa kerana aku tidak sangka begitu reaksi dari seorang yang dipanggil 'bapa' oleh setiap orang.

Itu cerita Ahad.. ada sekelumit rasa kecewa.. namun, hari ini aku keluar lagi. Untuk membuat liputan persediaan bagi sambutan ini di Hotel Grand Millenium.

Ini sebuah cerita gembira. Terus terang.. aku lewat hampir 20 minit berikutan keadaan sesak di hadapan Hotel tersebut. Namun, kami disambut dengan senyuman oleh Pengurus Pemasaran dan Komunikasinya, Cik Kalaivani.

Aku--sebagai wartawan, dan Abg Naim dilayan sebaiknya.

Ditegur dengan kata-kata manis dan dimurahkan dengan senyuman oleh setiap seorang pegawai yang diperkenalkan.

Kami dibawa ke setiap Jabatan, berikutan ada pertandingan menghias jabatan diadakan, dan setiap pekerja disitu sangat ramah.

Sesuai dengan bidang kerja dalam dunia perhidmatan.. mereka melayan kami dengan penuh hemah dan kami sangat gembira dengan layanan yang diberi.

Terima Kasih semua...!!

:)

Monday, December 22, 2008

FUYOO!!!!!

Di mana harus aku mulakan?

Ok..

Start...

Pagi tadi En.Ara call.. aku pelik kenapa dia call.. bila jawab.. dia tanya aku kat mana.. so aku bagitau aku nak keluar rumah, nak ke office. Dia terus kata ok.. diam... then.. kerana aku blur tujuan dia call aku.. aku tanya.. kenapa dia call.. dia bagitau baguslah.. datang cepat. Call time assigment dah ditukar ke jam 11.30 pag. Ok.. ingatkan calltime jer..assigment pun dah kena tukar semuanya.. aku kena ke PWTC/ Pejabat UMNO-ada PC.

So.. ok.. sampai jer Office aku call cameraman.. abang AWIE.. dan set time.. 11.45.. coz PWTC is not that far from my office pun kan.

Kitorang sampai less then 5 munites.

Masalah yang jelas kami nampak ketika itu, PC dah start.. dah lebih dari separuh atau dengan erti kata lain.. sebenarnya PC start kul 11.30. so, Call time aku salah!!! OK..

Bila masa dah macam ni lah yang aku gelabah. Aku jadi tak tentu arah. Inagtkan nak Exclusive tapi cameraman aku kata jom balik. Aku terkial-kial... apa yang aku nak buat??

Nak buat exclusive pun, Tan Sri Tengku tu ada hal lain. He is in urgent.

So, balik office, bagitau AE's.. diorang kata..ok.. tak per.. buat story non SOT.. dah siap dah.. tiba2 story wires ditempek tepi story aku and aku diminta check balik.

Dah check.. ok. Semuanya sattle.. Kak Ton sempat ajar aku macam mana nak buat detail slide.

OWH!!! selama ni ada salah lah aku punya slide--baru aku tahu.. sebab selama ni pun tak der yang tegur pasal tuh...

Dah sattle semua.. ketika inilah bermulanya era aku nak bergerak aktif dalam office.

Dengan berapa banyak entah FTP, aku sangat2 produktif hari ini... dan aku pening sangat2 dengan keperluan, kemahuan dan kehendak yang pelbagai dari editor aku.

SIAP!!! sekali aku bagitau... satu lagi story yang sampai...

Sampaikan hari ini, dalam kesibukkan tuh, sempat lagi aku tolong desk mandarin cari SOT Lim Guan Eng. Hahahah...

Dalam ketika aku tengah ketuk post ni.. aku masih pening sebab tak siapkan Year Ender aku lagi.

ADOI!!!

Aku semakin mengertai dunia wartawan di Bernama TV sejak kebelakangan ini.

HAHAHAHAH

:)

Saturday, December 20, 2008

DEAR INFORMER...

Yes..

Dear Informers..

Terima kasih diatas jasa anda memberikan maklumat yang sebenarnya saya tidak pernah inginkan selama ini.

Namun, kehadiran maklumat yang tidak diundang dari anda itu kadang-kala cukup membuatkan saya bersyukur dengan keputusan yang dibuat--terutamanya bila saya tahu dia membaca blog saya.

Jadi.. rasanya, saya sudah muak dengan cerita dongeng dunia fantasi manusia yang saya tidak mahu ada apa hubungan itu. Biarlah saya tidak tahu apa-apa mengenainya. Muak!!!!

Masa saya jauh lebih bernilai untuk mengambil tahu tentangnya...

Jadi, tolong.. dengan penuh rendah diri.. tidak perlu lagi anda memberikan apa2 maklumat berhubung manusia itu.

Saya percaya dia sudah pun memilih jalan yang salah dan saya sudah nampak penhujungnya.. dan biarkan.

Anda saja lihat apa kesudahan..

Bagi saya...

Seperti yang dikata.. WHAT GOES AROUND WILL COME AROUND..

So, saya tidak perlukan apa2 maklumat mengenainya, Unless korang rasa ianya menjejaskan nama baik aku.. then please let me know. Kalau tak, tak payah ek..

Thanks again..

MUAX!!!