Translate

Total Pageviews

Wednesday, December 24, 2008

LIVE TELECAST@LINTAS LANGSUNG

Sebenarnya, semasa aku mula-mula menjejakkan kaki aku di Bernama TV, aku tidak pernah tahu, atau dengan kata mudah sebenarnya aku tidak pernah ambil tahu tentang lintas langsung.

Semuanya bermula bila pilihanraya Permatang Pauh. Kak Sue reader kitorang adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk membuat lintas langsung.

Ketika itulah aku mula meminati segmen tersebut.

Bukan maksud aku, aku tidak tahu langsung mengenainya, tapi apa yang aku maksudkan, minat terhadapa 'live-live' nie aku kurang sedikit.

Al-kisahnya, menjelang malam Ambang Merdeka, aku keluar bersama dengan kak Syilda untuk membantu beliau membuat live telecast di Dataran Merdeka.

Ketika itulah, banyak ilmu yang dicurahkan kak Syida kepada aku.

Sejak dari itu, aku memasang angan-angan untuk membuat lintas langsung.. itu adalah cita-cita tertinggi yang aku impikan dalam kerjaya sebagai wartawan penyiaran.

Dan dengan secara kebetulan, aku diamanahkan untuk membuat lintas langsung buat pertama kalinya pada 6 Disember lalu semasa Datuk Shah Rukh Khan menerima darjah kebesarannya.

Malangnya, krew live terpaksa balik berikutan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa subuh itu. Dan aku hanya diminta membuat liputan ter'rakam' di sana.

Sekembalinya dari Melaka, esoknya, aku diamanahkan untuk membuat liputan di Bukit Antarabangsa.

Dan ketika inilah buat pertama kalinya aku diberi peluang membuat lintas langsung, jam 8 malam, 7 Disember...!!!

kali ini ianya benar, dan tidak aku sangka sebegini cepat cita-cita aku tercapai!

Tarikh yang tidak mungkin aku lupakan.

Dan selepas itu, dua hari berturut-turut aku diamanahkan untuk membuat lintas langsung.

Bukan mahu meninggi diri, tapi aku amat bersykur dengan respon yang diberi kalangan rakan-rakan berhubung lintas langsung yang aku lakukan.

Dan ketika ini, hari ini, kurang beberapa jam lagi, sekali lagi aku diamanahkan untuk membuat lintas langsung bagi sambutan Hari Natal pula.

Keterujaan aku memang tak dapat dinafikan, namun, jauh disudut hati, aku masih getar, risau, gementar.

Diharap segalanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan...

:)

No comments: