Translate

Total Pageviews

Sunday, October 19, 2008

DEEPAVALI

Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku tidak berapa teruja dengan kehadiran perayaan kebesaran masyarakat India beragama Hindu ini. Mungkin kerana aku tidak begitu emmintainya atau mungkin aku tidak nampak mana meriahnya.

Bukan Maksudku perayaan itu tidak membawa sebarang makna, cuma aku belum puas mencari pengertian disebalik sambutan itu.

Tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya, aku belum lagi keluar untuk membeli baju..bila aku akan pergi membeli belah? Masih belum diputuskan lagi tapi aku menjangkakan mungkin dalam minggu hadapan selepas semua urusan rasmiku selesai.

Tahun ini juga aku menjangkakan tidaks emeriah tahun2 seperti zaman aku bersekolah kerana rata-rata rakanku dikampung sudah pulang ke kampung ketika sambutan aidilfitri.. jadi.. bagi sambutan deepavali, jemputan sekadar bagi kalangan mereka yang tinggal di Parit Buntar sahaja.. moga Deepavali tahun ini ada sinar baru menanti diriku.. itu sahaja harapan yang aku dapat zahirkan buat masa ini.. mana tahu aku dipanggil bekerja.. :)

No comments: