Translate

Total Pageviews

Saturday, December 6, 2008

PENAT TAPI GUMBIRA...

Hari ini adalah hari yang sangat-sangat memenatkan. Apa tidaknya, hari ini aku diminta untuk membuat lintas langsung dari melaka berhubung Shah Rukh Khan terima gelaran Datuk. Dan bilamana kami dah bersedia untuk membuat lintas langsung yang kurang 20 minit untuk keudara, kami disuruh untuk membatalkan lintas langsung dan melakukannya secara recording.. puncanya? kerana tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Hulu Klang.

So, itu satu ceritalah.. yang memenatkan adalahj melihat telatah dan gaya kalangan peminat artis bollywood seorang tuh. nampak lah kehebatan dia sampai VVIP pun macam nak gila jumpa mamat glamour tuh. Walaupun hakikatnya aku masih mencari-cari kewajaran untuk memberikan gelaran dan anugerah sebesar itu, tapi aku terpaksa menerima dan menelan bahawa kalau dah minat kat seseorang artis tu, tak payah sumbang apa sangat pun....

Untuk memendekkan cerita, aku sangat penat sebab kena mengikut Datuk Shah Rukh Khan tu ke hulu dan ke hilir. penat lah.. tapi aku gembira sebab dapat jumpa dan lihat banyak pe'el orang.. perangai yang macam-macam tuh lah yang bakal memantangkan aku..

Dah sampai office, En Mat, Deputy CEO kitorang mintak maaf personally sebab terpaksa panggil balik krew 'live'.. sebenarnya aku tak kisah pun, aku tak nak campur dalam urusan pengurusan, dan aku nak laksanakan tugasan tanpa memberikan masalah kepada kalangan orang atasan.. tapi sifat merendah diri En.Mat betul2 membuatkan aku bertambah-tambah bangga dengan pengurusan BTV. They are too good for me.. dan membuatkan aku bertambah-tambah bersyukur bekerja disini.

So, bila aku dah siapkan 'story' aku, aku kena buat jugak story dari Bukit Antarabangsa...faham2 lah kan kalau dah ada isu besar.. so aku pun buat jer lah.. so, meskipun aku penat, aku banyak peroleh pengalaman yang barangkali mungkin orang lain takkan dapat...

Esok, aku sendiri akan berada di lokasi kejadian tanah runtuh, dan kena buat liputan. Harapnya dapatlah aku laksanakan amanah yang diberikan.. biasalah.. bila timbul isu besar.. cara penceritaan kita pun kena besar jugak.. kena pelbagai.. so.. doa aku..semoga aku dapat lakukan yang terbaik.

:)

No comments: