Translate

Total Pageviews

Tuesday, June 1, 2010

IKHLAS ATAU KESEMPATAN UNTUK BERPOLITIK?

Gaza: Najib diberi 48 jam untuk bertindak

(Sumber-Malaysiakini.com)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

"(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel.

Beliau juga kecewa dengan Najib yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam.

"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kelembapan perdana menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari Apco Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.

"Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau.

ULASAN AKU--

Aku agak geram sebenarnya bila baca berita ini. Sejujurnya aku tidak rasa ini adalah tindakan yang bijak, yang perlu diambil oleh kalangan cendikiawan dan pakar-pakar politik negara seperti ini.

Sepatutnya masa-masa macam nilah kita bersatu menentang kezaliman, bukan mewujudkan satu krisis dalaman yang menggangu tumpuan kita.

Agak-agaklah. Dalam masa kita perlu berfikir bagaimana mahu membawa pulang rakyat Malaysia yang ditahan, ada pulak kenyataan sebegini yang lebih bersifat mewujudkan 'pening kepala', alih tumpuan cerita.

Bukan tak boleh nak dedah ke, gali ke, carik-carik cerita buruk kepimpinan PM, tapi tengoklah detik dan masanya. Janganlah setiap masa nak berpolitik saja.

Hakikatnya, sekarang ni semua pihak tak kira fahaman apa sekalipun bersatu menentang Zionist, bukan menentang sesama sendiri.

Sebab-sebab yang macam nilah yang membuatkan Israel kuat.

Tak faham aku dengan orang politik ni...orang lain semua dok doa nak mintak keselamatan rakyat Malaysia pulak, nyang diorang pulak sibuk nak memburukkan kepimpinan negara. Macam tak bolehlah buat masa-masa lain.

Tolonglah...naik meluat baca berita-berita semacam ni.

Tension..Tension!

Apaka-apa pun, rakan-rakan yang sedang membaca, doakan keselamatan semua warga Malaysia termasuk dua rakan media dari Astro Awani.

No comments: