Translate

Total Pageviews

Friday, February 6, 2009

PERAK LAH PERAK

Semuanya bermula bila 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dari 2 buah Parti pembangkang melompat!

Bukan lompat si katak lompat tapi lompat jadi bebas.

Bila mereka menjadi bebas, maka siapa yang tidak pernah beruntung selama ini akan mencari untung.

Lebih menjadi untung bila dengan rela hatinya 3 orang ADUN ini bersetuju untuk memberikan kata sokongan kepada kalangan pemimpinan dari Barisan Nasional (BN).

Nah! Panaslah bontot orang di Pakatan pula. Panas lagi bontot Datuk Ir Nizar Jamaludin yang merasa jawatan sebagai ketua kerajaan negeri yang dikuasai pakatan itu selama hampir 11 bulan.

Helah ciptaan BN atau jerat pakatan makan tuan?

Siapa salah dalam soal ini?

Menjadi seorang yang sangat tidak menyokong mana-mana parti (kali ke 100 aku ulanginya~mungkin), aku hanya mampu ketawa Kui Kui Kui.. sebabnya?

Politik di Malaysia dan macam politik budak-budak. Tak tahu apa yang dikehendaki, dan asal ada didepan mata.. nak direbut-rebutnya. Tak pernah nak fikir apa implikasinya kepada rakyat, sebab mahunya, hanya kuasa.-ada kuasa ada segalanya.. bukan begitu??

Memikir kembali persoalan helah BN atau jerat makan tuan, aku sangat pasti ada kedua-duanya berlaku dalam isu ini.

BN sudah tentu akan mencuba apa jua cara untuk merampas semula sesuatu yang menjadi haknya..dan untuk itu, pelbagai helah yang akan dilakukan bagi melaksanakan hasratnya.

Dan bagi aku, Pakatan Rakyat seharusnya bergerak perlahan, dengan penuh sopan, menunggu mandat dari rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang stabil.

Sabar itu kan sebahagian dari IMAN!

Kerana tidak sabarlah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengambil alih tampuk pemerintahan dari BN seawal 16 September.. bagaimana? Semua tahu melalui lompat si katak lompat Ahli Parlimen.

Belum pun si Anwar dapat mendabik dada melaksanakan hasratnya, BN dah meniru cara. Hehe... Walaupun bukan dengan mengambil bekas ahli pakatan menjadi ahlinya, jadi bebas yang menyokong pun jadilah.. apa yang nak dikesalkan, kalau kuasa dalam gengaman....

Dahlah terlepas kerajaan negeri, derhaka pula yang diberi.

Sultan yang sangat aku sayang, Sultan Azlan Shah diperkotak katikkan Pakatan. Semalam Nizar kata, saya terima ketetapan Tuanku, hari ini saya sanggup derhaka.. sebagai seorang yang waras tanpa pengaruh ekstreme politik, jelas aku menolak untuk menyokong kenyataan ini.

BN bukan yang terbaik, namun, untuk menerima penderhaka dan lidah bercabang dua,rasanya bahaya!

Mungkin sebagai rakan dia seorang yang baik, mungkin sebagai pemimpin, dia seorang yang adil, tapi sebagai seorang yang dipimpin, jelas dia menolak perintah..perintah dari DYMM Paduka Sultan!

Apa yang pasti...

Ketidakmatangan politik ini tentu akan berterusan.. dan aku tidak lagi hairan.

Apa yang pasti, undi aku yang akan jadi penentu suatu hari nanti.

Biar aku dan yang lain membuat keputusan mengikut apa yang kami mahu..

Dan untuk itu, menarilah wahai ahli politik..menarilah. Jika salah rentak tarianmu, akan aku suarakan ketidakpuasan aku nanti.

Thursday, February 5, 2009

TYPO!

Harap maaf kepada kalangan pembaca setia blog saya ini kerana adanya kewujudan banyak kesan TYPO!

Sebenarnya, untuk makluman anda, kalau anda ternampak kesan-kesan typo di mana-mana post (dengan jumlah yang banyak), maka, maksudnya, saya sedang dalam keadaan sangat cepat--IN HURRY omputih cakap.

So, maafkan saya, dan cubalah baca dengan penuh rasa tenang dan sabar.

Harap, apa yang saya maksudkan, sampai dengan tepat dan mencapai matlamatnya!

PEACE!

Tuesday, February 3, 2009

DIKEJAR TAK DAPAT & BERKONGSI REZEKI

Aku sejak beberapa ketika memulakan tugas di Bernama TV, ramai yang memberikan aku kata semangat untuk menjadi seorang pembaca berita.

Hurm..

Sejujurnya bukan aku tiada minat, kerana aku percaya aku mahu untuk mencuba semua cabang dunia kewartawanan.

Namun, baru melangkah ke alam wartawan selama lebih 3-4 bulan, mengimpikan untuk menjadi seorang pembaca berita, bagi aku sangat ambitious.

Menjadi seorang pembaca berita bagi aku, bukan sekadar suka-suka. Kita perlu tahu lenggok, suara, semnagat dan emosi dalam menyampaikan sesuatu berita.

Kita perlu faham cara kerja seorang pembaca berita, dan untuk mehaminya, aku mahu cekap, bijak memahami kerjaya kewartawanan.

Aku tidak mahu megejar sesuatu yang tidak pasti lagi sama ada aku boleh dapat atau tidak, dan aku tidak mahu mencicirkan apa yang sedang aku kendong sdengan bahagia ketika ini.

Dan, bercerita tentang berkongsi rezeki... aku mahu mengurangkan keluar membuat tugasan luar daerah.

Bukan tidak mahu menrut perinta, tetapi mahu berkongsi rezeki yang berkunjung tiba.

Semua maklum, kalau keluar membuat tugasan luar daerah, maka akan 'masyuk'lah wangnya!

Jika aku menurut sahaja, dan peregi keluar sentiasa.. maka rezeki aku memang lah murah, tetapi pada masa yang sama orang lain tak dapat nak merasa.

So, aku nekad.. kalau perlu aku keluar.. tak ada pilihan, baru aku keluar.. kalau tidak, ada baiknya aku berkongsi rezeki yang datang itu dengan memberi laluan kepada rakan2 ku juga.

Harapnya.. impian aku menjadi.

Biar kita ramai kawan, jangan kita mengumpul lawan!

ALAHAI MIIM

Setelah sekian lama tidak membuka laman web rasmi MALAYSIA INSTITUE OF INTEGRATIVE MEDIA (MIIM), aku terfikir untuk melihat apa perkembangan terbarunya.
Aku membuka laman web tersebut dan, apa yang aku rasa adalah KECEWA!
Kenapa?
CE baru MIIM rupa-rupanya masih lalai dan tidak ingat apa janji beliau.
Sejak menjadi Timbalan CE di bangunan yang terpacak di atas bukit di seksyen 5, sehinggalah berhenti kemudian kembali semula ke MIIM yang bangunnya di Setiawangsa, Webbsidenya masih sama.
Masalahnya, kalau sama tak pe, ini data didalamnya pun masih ada yang tidak diupdate sejak lebih 2 tahun!

Apa nie?
Beb! cakap jer tak penting, BUKTIKAN!

Dibawah nie, antara gambar yang aku muatkan mengenai website MIIM.


Kat page ni, nama puan Seti Hamidah yang merupakan pegawai pemasaran yang dah berhenti lebih dua tahun masih wujud, dengan alamat MIIM di tapak lama.. nak menipu pelajar baru ke?--Bukan menuduh, sekadar mempersoal...

Mesej dari CE ni dah lama tak update. MR CE should make the words..bukan maintain what the previous CE said or wrote..

Ni yang diupdate..new map, boleh pulak!

This page is still the same since 3 years back WITHOUT any updates!

Monday, February 2, 2009

DIPERBODOHKAN DUA ADUN!

Ntah apa lagi perkataan yang lebih sesuai berbanding perkataan yang aku nyatakan diatas.. aku dan wartawan-wartawan dari sekian media masa yang menghadirkan diri di Sidang Akhbar dua orang ADUN PKR yang kononnnya mahu melompat parti lah apa lah.. huh!

Ini berita yang aku dan Kak Ros, selepas diedit Kak Ton, My Assigment Editor. Bacalah dan fahami apa yang terjadi. :-/

INTRO

Hilang lagi!

Itulah senario yang sesuai dikaitkandengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Kerajaan pakatan Rakyat Perak yang GAGAL hadir pada sidang akhbar yang dijanjikan di sebuahhotel di KLIA dan Shah Alam.

Sebaliknya -- Kedua-dua ADUN tersebut yang digembar-gemburkan akan turut hadir pada dua sidang media berasingan, petang Isnin bagi menjawab segala isu berkaitan diri masing-masing --HANYA menghantar wakil mereka.

NARATION

Di Sepang -- sidang media yang sepatutnya dihadiri -- ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi -- di sebuah hotel di KLIA, pada pukul 4 petang, bermula lebih awal dan berahir sebelum jam 4 petang.

Rata-rata media yang hadir pada sidang media tersebut nyata kecewa kerana seolah-olah dipermainkan.

Malah -- Adun tersebut hanya menghantar pegawai Khas, Firdaus Shaharuddin, yang memaklumkan bahawa Jamaluddin tidak dapat hadir, pada sidang media tersebut, kerana sakit.

SOT

YB tak dapat datang kerana tak sihat. Bukan menghilangkan diri, bukan dilarikan.
~FLASH~
Kita dah hantar MC kepada kerajaan negeri dan sepatutnya kerajaan negeri maklum tentang perkara ini.

NARATION

Dalam pada itu -- Firdaus turut mengedarkan kenyataan akhbar yang ditandatangani Jamaluddin, kepada media.

Dalam kenyataaan tersebut Jamaluddin menafikan menghantar surat mengosongkan kerusi DUN Behrang kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar, seperti dilapor sebelum ini.

Malah Jamaluddin berkata, laporan itu adalah tidak berasas kerana beliau tiada di Perak untuk mengesahkan surat itu seperti yang didakwa Sivakumar.

Kenyataan akhbar itu juga menyebut Jamaluddin bercuti sakit sejak Rabu lepas. Dengan itu tidak timbul soal beliau menghilangkan diri atau lompat parti.

Pegawai khasnya itu, kemudianya menjelaskan Exco Kerajaan Perak berkenaan MASIH anggota PKR dan sebarang tindakan lanjut berhubung tindakan Sivakumar akan dilakukan selepas perbincangan dengan peguam.

Sementara itu, sidang media yang disepatutnya di hadiri ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu HANYA diwakili Puzi Ghazali di sebuah hotel di Shah alam.

Menurut Puzi -- Adun tersebut akan 'timbul' dua atau tiga hari lagi. Sementara itu Mohd Osman dalam kenyataan medianya yang dibacakan Puzi, berharap pemimpin Pakatan rakyat, terutamanya PKR, MENGHENTIKANsebarang kenyataan yang berunsur tohmahan terhadapnya.

Puzi juga, berkata Mohd Osman tidak membuat sebarang laporan polis bagi menafikan perletakan jawatannya sebagai Adun.

Sunday, February 1, 2009

KONVO OH KONVO!

Dah habis cerita pasal zaman belajar, sekarang ni zaman kerja lah pulak kan.

Tapi, kalau pun dah selamat menempatkan diri didalam dunia media yang penuh cabaran ini, aku masih lagi perlukan menggengam segulung diploma yang aku bayar lebih dari 20 ribu ringgit untuk menamatkan pengajian untuknya.

Permasalahannya sekarang, pihak MIIM yang bertanggungjawab melaksanakan hari graduasi masih diam membisu seribu bahasa dikala bulan Febuari sudah berkunjung tiba. Apa yang sepatutnya kami, mantan pelajar semester Oktober 2005 ketika ini, perlu tahu adalah bila kami akan melalui hari graduasi?

Persoalan semakin kukuh kerana setiap tahun secara kelazimannya ia akan diadakan pada bulan Febuari atau Mac. Kenapa CE MIIM ini diam membisu?

Nak kena diserang, diterjah, disoal, diselidik, dipekik, dilolong oleh pelajar baru nak fikir ke?

Aku sudah panjangkan benda alah ini pada Timbalan Ketua Bahagian Akademik yang bertanggungjawab memberikan maklumat pasal isu ini, tapi masalahnya, dia sendiri tidak tahu bila Hari Graduasi akan diadakan.

Tak ada takwim tahunan ke MIIM ni???

Aku masih sedang menahan sabar menunggu.

Tapi MUNGKIN tahap kesabaran aku ini akan hilang pada bila-bila masa saja.

SABAR....SABAR.... Aish, belajar kat MIIM ni meskipun tak mampu nak bagi kebahagian sepenuhnya dari sudut kepuasan belajar, tapi dari sudut pahala menahan sabar, berbakul2 rasanya, dah terkumpul.

TIDAK SEDAP HATI

Entah kenapa, sejak pagi tadi jantung aku bagai berdenyut kuat, hati aku semacam tidak tenang. Nak dikata aku ada masalah, tidak.

Aku tak tahu hendak mengadu pada siapa. Ap yang aku lakukan adalah seperti biasa, sibukkan diri dengan tugasan.

Sampai masa ibuku pulang dari kerja, aku terus menelefon untuk mengambil tahu tentangnya. Sykur tidak ada apa yang berlaku, tetapi sama seperti aku.. ibuku juga tidak sedap hati dari pagi tadi. Mintak simpang harapnya.

Doakanlah yer!

:)