Translate

Total Pageviews

Friday, February 6, 2009

PERAK LAH PERAK

Semuanya bermula bila 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dari 2 buah Parti pembangkang melompat!

Bukan lompat si katak lompat tapi lompat jadi bebas.

Bila mereka menjadi bebas, maka siapa yang tidak pernah beruntung selama ini akan mencari untung.

Lebih menjadi untung bila dengan rela hatinya 3 orang ADUN ini bersetuju untuk memberikan kata sokongan kepada kalangan pemimpinan dari Barisan Nasional (BN).

Nah! Panaslah bontot orang di Pakatan pula. Panas lagi bontot Datuk Ir Nizar Jamaludin yang merasa jawatan sebagai ketua kerajaan negeri yang dikuasai pakatan itu selama hampir 11 bulan.

Helah ciptaan BN atau jerat pakatan makan tuan?

Siapa salah dalam soal ini?

Menjadi seorang yang sangat tidak menyokong mana-mana parti (kali ke 100 aku ulanginya~mungkin), aku hanya mampu ketawa Kui Kui Kui.. sebabnya?

Politik di Malaysia dan macam politik budak-budak. Tak tahu apa yang dikehendaki, dan asal ada didepan mata.. nak direbut-rebutnya. Tak pernah nak fikir apa implikasinya kepada rakyat, sebab mahunya, hanya kuasa.-ada kuasa ada segalanya.. bukan begitu??

Memikir kembali persoalan helah BN atau jerat makan tuan, aku sangat pasti ada kedua-duanya berlaku dalam isu ini.

BN sudah tentu akan mencuba apa jua cara untuk merampas semula sesuatu yang menjadi haknya..dan untuk itu, pelbagai helah yang akan dilakukan bagi melaksanakan hasratnya.

Dan bagi aku, Pakatan Rakyat seharusnya bergerak perlahan, dengan penuh sopan, menunggu mandat dari rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang stabil.

Sabar itu kan sebahagian dari IMAN!

Kerana tidak sabarlah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengambil alih tampuk pemerintahan dari BN seawal 16 September.. bagaimana? Semua tahu melalui lompat si katak lompat Ahli Parlimen.

Belum pun si Anwar dapat mendabik dada melaksanakan hasratnya, BN dah meniru cara. Hehe... Walaupun bukan dengan mengambil bekas ahli pakatan menjadi ahlinya, jadi bebas yang menyokong pun jadilah.. apa yang nak dikesalkan, kalau kuasa dalam gengaman....

Dahlah terlepas kerajaan negeri, derhaka pula yang diberi.

Sultan yang sangat aku sayang, Sultan Azlan Shah diperkotak katikkan Pakatan. Semalam Nizar kata, saya terima ketetapan Tuanku, hari ini saya sanggup derhaka.. sebagai seorang yang waras tanpa pengaruh ekstreme politik, jelas aku menolak untuk menyokong kenyataan ini.

BN bukan yang terbaik, namun, untuk menerima penderhaka dan lidah bercabang dua,rasanya bahaya!

Mungkin sebagai rakan dia seorang yang baik, mungkin sebagai pemimpin, dia seorang yang adil, tapi sebagai seorang yang dipimpin, jelas dia menolak perintah..perintah dari DYMM Paduka Sultan!

Apa yang pasti...

Ketidakmatangan politik ini tentu akan berterusan.. dan aku tidak lagi hairan.

Apa yang pasti, undi aku yang akan jadi penentu suatu hari nanti.

Biar aku dan yang lain membuat keputusan mengikut apa yang kami mahu..

Dan untuk itu, menarilah wahai ahli politik..menarilah. Jika salah rentak tarianmu, akan aku suarakan ketidakpuasan aku nanti.

No comments: