Hari ini secara rasminya aku dapat membuat liputan mengenai Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).
Sebelum ini apa yang aku coretkan disini hanyalah dari pengamatan hasil bacaan dan rujukan dari media-media lain.
Berada sendiri di tempat berlangsungnya GAS, dapat dilihat pelbagai drama dan corak kepelbagaian dalam politik didedahkan.
Banyak isu yang tidak diketaahui generasi muda di muntahkan para pemimpin veteran anti Samy yang hadir.
Baik, memulakan cerita, aku sudah berada seawal jam 1 petang di The Mines International and Convention Centre. Berada sejam lebih dari awal adalah sebagai persediaan jika akan berlaku kesesakkan jalan raya. namun, segalanya nampak begitu lancar. Ketibaan kami disambut dewan yang kosong. Memikirkan hanya tinggal kurang satu jam untuk berlangsungnya perhimpunan yang disifatkan perhimpunan gergasi menentang kepimpinan Samy, aku menjangkakan disaat kami tiba disitu dewan sudah sekurang-kurangnya dipenuhkan separuh daripadanya.
Menjelang jam 2 petang, waktu sepatutnya majlis bermula, Pengacara Majlis mengumumkan majlis akan bermula sedikit lewat kerana rata-rata penyokong yang datng dari luar Kuala Lumpur tersalah maklumat dan ke PWTC kerana tidak tahu isu pertukaran vanue.
Aku dimaklumkan sejumlah 7 ribu tempat duduk disediakan. ada yang kata 5 ribu. tidak pasti jumlaah sebenar berapa. Tetapi melihat kapasiti dewan yang sangat besar, menampakkan sejumlah 10 ribu orang boleh dimuatkan pada satu-satu masa.
Menjelang jam 3 petang, dewan sudah dipenuhi hampir separuh darinya. Maka, majlis dimulakan dengan meminta penyokong bersabar lebih kurang 30 minit saja lagi kerana dilaporkan masih ada penyokong yang dalam perjalanan.
Menjelang sekitar 3.30 petang, majlis dimulakan. Pemimpin Vateran mengambil tempat. pelbagai 'pembohongan' yang dibuat Samy vellu sepanjang pentadbirannya di luahkan. Entah sejauh mana kebenarannya..
Kemudian,beberapa pemimpin pelapis mengambil tempat.
Lagi cerita buruk Samy Vellu dicanang. dari penyelewengan wang milik Maika Holding hinggalah ke AIMST.
Semuanya tampil dengan bukti dan saksi.
Ini kemudian diikuti oleh V.Mugilan, teraju utama GAS.
Beliau menceritakan bahawa samy Vellu dalam keadaan sangat keliru ketika ini kerana tidak tahu bagaimanaperlu meninggalkan jawatan yang disandangnya. Isu Vell Paari sedang dilatih untuk memanjat kerusi Presiden dipukul canang.
Katanya, itu agenda tersembunyi Samy Vellu.
Dan sindir beliau, Samy Vellu adalah seorang bekas pelakon yang kini masih berlakon sehingga hari ini.
Menjelang jam 5.30 petang,majlis bersurai.
Kesimpulan yang aku dapat buat disini..GAS berjaya dalam gagal. Berjaya kerana dapat mengumpul sejumlah sekitar 5-10 ribu orang. Namun gagal untuk menunaikan janji membawa lebih 15 ribu orang.
Alaasan diberi-SABOTAJ!
Sejumlah 5 juta ringgit dikatakan digunakan oleh Samy Vellu untuk menggagalkan usaha GAS.
Entah benaar, atau sekadar andaian.
Apa yng pasti, langkah seterusnya adalah, GAS akan mengambil tempoh bertenang selama 1 minggu. Tempoh ini akan dijadikan waktu untuk memberikan peluang kepaada samy Vellu membuat keputusan.
Jika masih tidak mahu turun dari takhta, maka langkah susulan yang akan diambil GAs adalah dengan mendapatkan sejumlah 500 ribu tandatangan meminta Samy Vellu meletak jawatan.
Apakah siriseterusnya dcalam drama ini. Akana dibawakan kelak!
:D
No comments:
Post a Comment