Klik diatas imej untukmembesarkannya
Inilah hakikat yang kita perlu sesali ketika ini.
Aku agak terkilan dengan keadaan ini, dimana kaum bukan melayu bukan hanya disifatkan sebagai pendatang, tetapi dihina secara terang-terangan dengan menyamakan dengan binatang. Binatang yang perlu disamak bagi masyarakat Islam.
Apakah begitu hina masyarakat bukan melayu?
Aku faham yang bukan semua masyarakat melayu yang bersifat perkauman ekstrem seperti ini. Namun, kes-kes yang barangkali disifatkan terpencil ini bagaimanapun meninggakkan kesan dihati pelajar melayu diisekolah tersebut. Benih yang sudah ditanam ini terkadang boleh subur jika ianya terus dibajai dengan kebencian.
Apakah kita mahu melihat lebih banyak biji benih perkauman ditanam dihati pelajar kita hari ini, yang bakal menjadi pemimpin generasi masa hadapan.
Dalam keadaan sekarang yang rata-rata ramai berbicara mengenaai pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu 1Malaysia, apakah ini opsyen yang baik?
Apakah yang akan terjadi selepas ini di sekolah tersebut?
Bolehkah fikiran yaang tercemar dek sentuhan rasis ini dapaat diubah? Bolehkan pelajar melayu menerima perbezaan yang ada pada pelajar bukan melayu? Bagaimana pula dengan pelajar bukan melayu? Apakah mereka akan selesa berkawan dengan rakan-rakan melayu yang lain?
Banyak persoalan yang sedang bermain diminda sekarang ini. Terlalu banyak hinggakan aku sungguh risau tentang persoalan masa hadapan negara.
PENUMPANG DALAM KERETA
Jika dibaca keseluruhan laporan diatas, anda akan melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh pengetua itu, Hjh Siti memaklumkan bukan melayu, Munusamy dan Chong yang menaiki kereta Proton Saga miliknya adalah penumpang dan tidak boleh menuntut hak keatasnya.
Aku rasa pengetua ini kurang bijak dari segi fakta sejarah.
Biar aku gunakan perumpamaan yang sama dari kaca mata aku pula.
Ya,benar. Kami adalah penumpang dalam kereta tersebut. Tapi hakikatnya ianya bukan kereta yang 100% milik Hjh Siti lagi. Harus disedari bahawa kereta itu adalah kereta yang sudah secara tidak sengaja tergadai. Tergadai ditangan penjajah British oleh nenak moyangnya yang membeli kereta tersebut.
Dikala mahu menuntut kembali kereta tersebut, pemiutangnya, sang British meminta bayarannya.
Tidak cukup 'wang' untuk membayar, Hjh Siti dicadangkan untuk berkongsi wang dengan Munusamy dan Chong yang ketika itu adalah 'pendatang'.
Hjh Siti bersetuju. Perjanjiannya, kereta akan kekal milik Hjh Siti, tetapi Munusamy dan Chong yang telah menyumbangkan wang dibenarkan menumpang selama-lamanya dengan status 'pemilik bersama', selagi kereta itu mampu bergerak. Keistimewaan masih dimonopoli oleh Hjh Siti dan ianya tidak boleh dipersoal. Kata putus dicapai, Munusamy dan Chong hulurkan bantuan, kereta kembali dimiliki Hjh Siti, dan dipandu secara berterusan selama 53 tahun.
Sepanjang tempoh ini, kecacatan., kekurangan dan masalah yang dihadapi kereta ini dibaiki secara bersama oleh kesemua mereka...termasuk pembayaran ansuran bulanannya.
Lebih istimewa,kereta ini semakin 'sporty', apabila bantuan juga dihulurkan pemilik bersama yang baru, bernama Sabah dan Sarawak!
Justeru,ketika ini kereta bernama Malaysia ini sudah cukup hebat. Dikala ini, memang benar nama di pendaftaran JPJ menunjukkaan ianya milik Hjh Siti, tetapi secara moralnya, ia milik semua--dengan masing-masing terikat kepada perjanjian yang mencatakan hak masing-masing (Perlembagaan Negara).
Perjanjian 'menumpang' ini bukan perjanjian suka-suka. Sedarlah wahai kawan-kawanku..kereta ini perlu dijagaai secara bersama.
Memutlakkan hak terhadapnya akan merugikan bukan hanya satu-satu bangsa itu, tetapi keseluruhan kenderaan itu!
Adalah lebih baik kita berkira-kira bagaimana untuk memperhebatkan 'kereta' ini, dari terus bertelagah membangkitkan sentimen rasis yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak!
Sekian.
P/s--Maaf kalau ada yang tersalah dan tersinggung. Kenyataan diatas perlu dibaca dengaan pemikiran yang positif, kerana jika tersalah baca, akan mengundang salah faham. Ini bukan satu luahan berbentuk rasis, sekadar nasihat untuk mengelakkannya.
No comments:
Post a Comment