Translate

Total Pageviews

Thursday, February 26, 2009

CHANTEK PLAK GAMBO...

Sejak kebelakangan ini, baru aku ada masa untuk menelaah HP aku, yang diberikan kepada aku oleh Eddy..aku ni suka ambil gambar.. so menjadi hakikinya, kamera yang ada di hp, aku optimumkan penggunaanya.. cuima, aku terkesima kerana hasil gambar-gambarnya sangat memuaskan hati aku.. apatah lagi bila mengambil gambar yang effectnya hitam putih.. sangat memuakan hati aku.. so, disini aku lampirkan bebrapa keping gambar yang sempat aku rakam menggunakan hp aku.. :P


Ini Netty, my workmate.. dia AP 1Konsumer.. rancangan kepenggunaan yang mendidik penonton untuk mengetahui dan memahami suara serta peranan kita sebagai pengguna...


OK! Ini antara kereta yang dikeluarkan oleh syarikat Maserati.. dengan harga 1 juta ringgit.. untuk pengetahuan anda.. kereta ini diedarkan oleh Naza Italia, dan ianya dihasilkan sepenuhnya menggunakan tenaga manusia.. dari segi pemasangannya lah... so, mengambil masa 3 bulan untuk diterima dari tarikh tempahan.. bayangkan lah betapa mewahnya kereta ini bila dipandu laju di jalan raya.. cuma, aku belum berkemampuan...

Ini gambar yang aku ambil di Cafe! saja menggedik sementara menanti makanan yang diorder berkunjung tiba!

Ini pandangan dari bontot kerata Maserati! mengiurkan?? harganya 1 juta (minimum ye!)

Inilah tokey Naza Italia sekarang.. baru berusia 29 tahun.. sudah memegang portfolio CEO Naza Group! hebat.. dan orangnya baik sangat.. tapi.. anda anak2 dara yang ingin bersuamikan beliau, bersedialah untuk tarik rambut dengan isteri beliau.. hahahahaha...

Izwan, Baiti and aku meraikan PC yang selama 2 minit 30 saat lebih sikit oleh Pak Lah selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno!

PC selepas Mesyuarat Majlis tertinggi Umno

Aku dan eaf di Lorong ting 38, Menara Tun Hussein Onn

Me and Eaf again!

Sendiri mendongak kelangit yang dilingdungi kamera tepon aku!

Tuesday, February 24, 2009

TIAN CHUA VS WEE KA SIONG!

VERSUS

Pagi tadi aku ditugaskan di Parlimen. Banyak gila PC hari ini, tapi aku hanya proses 3 story... lepas aku simpul, ikat, padatkan semua maklumat yang ada dalam ketiga-tiga story itu.

Antara yang mengamit perhatian aku adalah perdebatan antara Tian chua, Ahli Parlimen Batu dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Wee Ka Siong.

Isu?

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berhubung isu kementerian menarik balik peruntukkan yang diberikan kepada sebuah sekolah cina hanya kerana sebuah majlis anjurannya menjemput Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).

Kenyataan ini telah disangkal oleh Wee Ka Siong terdahulu dengan menjelaskan bahawa apa yang dinyatakan DSAI adalah sesuatu yang tidak benar.

Ditambah pula, Tian Chua memberikan tambahan kenyataan memaklumkan bahawa pihak kementerian telah mengarahkan para guru dan juga kakitangannya untuk tidak hadir ke majlis anjuran lembaga sekolah tersebut.

Selesai saja PC oleh Tian, Wee Ka Siong telah memberitahu akan memberikan maklumbalas kepada 'dakwaan' DSAI dan Tian Chua.

Dalam PC--nya, Wee Ka Siong menegaskan tiada sebarang jemputan diterima oleh pihak beliau..dan dalam masa yang sama, atas permintaan pihak kementerian, pihak lembaga menghantar semula fax jemputan yang dengan terang-terangan menamakan DSAI memberikan ucapan atas tiket Penasihat Parti Keadilan rajyat--which clearly shows that there is political sentimen.

Kata Wee, jelas, apa yang dilakukan DSAI, PKR dan konco-konconya adalah bertujuan merosakkan nama beliau.

Nampak sangat marah, beliau kemudiannya..pot pet pot pet macam mana yang tak tertaip oleh saya di sini...

Apa yang pasti, kita tak tahu yang mana satu mangsa, yang mana satu bercakap betul.. nak percaya kata Tian, boleh.. tapi kalau macam itu tak bolehlah nak percaya Wee.. kalau nak percaya Wee, kena lah terima kata-kata Tian.. yang mana satu??

Tengok dari reaksi Wee, nampak beliau yakin tentang apa yang dinyatakan, sebaliknya Tian macam bercakap atas tiket apa yang beliau tahu dari cakap dengar.

Tapi dalam kes ini, cakap dengar lebih betul dari rekod.. POLITIK!!!!

Monday, February 23, 2009

KERJAYA...BAWAKU TERBANG!!!

Sekadar ingin berkingsi gambar-gambar yang dirakam bersama rakan seperjuangan di Bernama TV dan sebahagian lagi semasa aku di PC!


Selepas menjamu selera di Pejabat Perdana Menteri Ye!

Nampak tak bumbung berkubah? kenal tak kat mana... :P

Excited dapat masuk pejabat Perdana Menteri, lampu pun nak diambil gambar!


Ni aku dalam toilet yer!

Sangat bersih!

PC Liow Tiong Lai

Aku dan senior aku di MIIM, di event Kementerian Kesihatan...

Kak Ros!

Makan di kkampung baru.. View KLCC

Sunday, February 22, 2009

21 FEBUARI 2009

Tarikh ini mungkin tidak akan aku lupakan seumur hidup aku. Pelbagai perkara berlaku pada hari tersebut--buat pertama kalinya dalam hidup aku. Biar aku titipkan satu persatu apa yang berlaku pada tarikh ini.

KARNIVAL MIIM

Seperti yang sudah aku ketahui, Malaysia Institue of Integrative Media (MIIM), seperti yang dikhabarkan mengadakan hari karnivalnya. Berbeza, bagi kali ini, ianya diadakan bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Ada beberapa konflik yang berlaku sepanjang penganjurannya. Apa yang paling ketara adalah sejauhmana 'retak'nya MIIM secara dalaman. Itu soal yang aku nampak tidak mungkin dapat diubati. Attitute pensyarah yang ada segilintirnya jelas tidak bertanggungjawab dan tidak memainkan peranan yang lengkap sebagaimana gelaran pendidik jelas dapat dilihat. Cara pembawakan dan persembahan diri sangat tidak matang dan kurang bertanggungjawab.

Pihak pengurusan MIIM juga masih terkial-kial tidak hadir lagi walhal VVIP sudahpun tiba. Buat malu saja.. tapi terpaksalah ditebalkan juga muka. Aku antara mereka yang dipertanggungjawabkan 'melayan' VVIP.

Bagi penganjuran karnival, dari segi pelajarnya, seperti biasa, ada perselisihan sedikit sebanyak namun, perjalanan program sangat membanggakan. Ramai yang hadir--dan mengunjungi gerai-gerai yang disediakan.

Cuma--mereka harus lebih peka terhadap peranan yang perlu dimainkan oleh kumpulan yang menjaga press. Press adalah elemen yang penting. Walaupun yang berkunjung tiba adalah bekas-bekas pelajar MIIM sendiri (untuk membuat liputan), perkara itu tidak seharusnya dijadikan sebagai landasan untuk tidak melaksanakan peranan masing-masing.

ANYWAY, its a good event, ramai pelajar senior yang hadir dan menjadikannya 'menjadi' dan meriah. Tahniah!!!


Gambar yang dapat dirakam ketika Gerhana Ska Cinta membuat persembahan!

FISH SPA & URUT KAKI

Memandangkan Tasha perlu menyiapkan tugasan, sebaik selesai Karnival MIIM, aku, Eddy dan Tasha membuat keputusan untuk lepak di Jaya Jusco (JJ). Ila menjadi sasaran untuk meminta pinjam laptop. Ila ikut sekali, dan kami lepak di Starbucks seketika. Hanya aku yang membeli minuman, dan yang bestnya, kakak Tasha, Nani memberikan diskaun 30%nya kepada aku (kerana beliau staf starbucks itu).

Tapi aku memang sudah merancang untuk merendam kaki aku dalam kolam spa ikan di JJ.. so aku mengajak Eddy turut serta sementara menunggu Tasha menyiapkan kerjanya ditemani Ila.

Sebaik kaki direndam, berkerumun hampir kesemua ikan dikaki aku, sampai ada mak cik disebelahku kata, 'ini dah tak aci ni..' --sambil ketawa kecil.. aku pun ketawa kecil dan kata, "sedap sangat kowt kaki saya".. mak cik itu menambah, "perisa kari susah nak dapat ni".. hehehe..

Selesai 10 minit merendam kaki --dengan bayaran 5 ringgit, aku pergi mengurut kaki pula, dengan harga 20 ringgit bagi 30 minit.. bukan main sedap lagi.. terus terasa kaki aku ringan dan macam berjalan atas angin.

Yang sebenarnya, perkhidmatan sama dicas pada harga 180 di Midvalley! Nasib aku tak menurut dan pergi melakukan 'rawatan' disitu... walhal perbezaan yang diperoleh adalah jauh bezanya..!




Video yang merakam detik2 kaki aku dikerumuni ikan!

ZEKTI's WENT OUT!--ZUL BLANJA

Seperti yang dapat dibaca, kemudiannya, kami--aku, Tasha dan Eddy, mengambil Ida di Bernama dan bertolak ke Subang untuk mengambil Zul... Zul sudah janji hendak belanja kami makan..

Kami tiba di rumah Zul.. dia minta kami masuk dulu. Selesai bersiap Zul membawa keluar barangan makeup yang dia dapat (beliau pengacara WW--rancangan bual bicara Astro Awani). Kerana tiada logik beliau hendak memakai makeup, so nak dijualnya kepada Ida dan Tasha.. tapi aku terpandang satu set lip gloss MAC yang sangat cantik dan belum berada dalam koleksi barangan makeup aku(aku kan buat makeup2 pengantin neh).. so, aku tanya harga, RM 50--set, aku beli! Tapi hujung bulan baru aku bayar! hahaha... dan Ida meminta untuk membeli dua daripada 5 lipgloss didalamnya.. so, keputusannya, aku ambil 3, Ida 2.. harga tetap 50, tapi ida bayar pada aku, dan aku sattlekan dengan ZUL!

Seterusnya kami keluar makan di Putrajaya. Zul belanja kami makan macam-macam.. dan aku memilih untuk hanya makan Sate.. kenyang makan sate.. tiba-tiba Zul membeli otak-otak.. tidak mahu mengecewakan rakan & tidak mahu menolak rezeki, aku pun makan lah...huhu..

Dan seterusnya kami ke Dataran di hadapan masjid, bergambar sebelum pulang. Apa yang pasti, perbincangan, gurau senda dan kehidupan kami menampakkan kematangan kami. Yang penting sume terkial-kial bergambar yer! Dan aku sudah mula merindui saat berkumpul semula sebelum kami berpisah.. haha

Sesudah itu, kami menghantar Zul pulang, dan giliran Eddy pula.

BTW, Doakan ZUL dimurahkan rezeki ya kawan2.. huhu


Aku sempat ambik gambar ni di rumah Zul.. chantek wall peper dia!



Gambar2 yang dirakam (antaranya) di Dataran di hadapan Masjid di Putrajaya!


PERGADUHAN PENIAGA OTAK-OTAK

Sebelum menghantar Eddy pulang, kami dicadangkan untuk lepak makan otak-otak di kawasan rumah Eddy pula. Kerana belum mahu pulang, aku memilih untuk lepak, dan begitu juga dengan yang lainnya.

Kami pun ambil kata putus untuk lepak dan makan otak-otak.. dan kami duduk disebuah meja di medan makan yang kami tuju. Memang ada otak-otak yang sangat sedap disitu, dengan harga yang murah...namun, kami didatangi dengan otak-otak yang bukan dalam senarai favorite kami.

Kami memilih yang kami gemar, dan peniaga itu letakkan otak-otak tersebut. tiba-tiba, peniaga yang kami 'tolak' otak-otaknya datang menyerang peniaga yang lagi seorang, memaki hamun mengatakan peniaga 'favorit' kami mengambil pelanggannya--iaitu kami (walhal kami tak nak pun makan otak-otak peniga gila tuh).

Eddy naik angin, terus tempelek.. "Tak apa pakcik, tak payah gaduh, kami duduk kat tempat lain!", dan kami dihalau sinis peniaga itu--"macam itulah peniaga melayu, tak boleh terima hakikat dan tak profesional" kata Eddy...well..bukan mahu racial.. but i think the same..

Selesai makan, kami menghantar Eddy pulang!



DITAHAN BAPAK POLIS!!!

Ini adegen yang paling mencemaskan pada tarikh ini. Dalam perjalanan menghantar Ida pulang, ada road block. Kami dengan selamba badaknya, lalu.. walaupun Tasha tak lekat pelekat 'P'..Well, kata Tasha, 'P' dia sudah mati tapi lesen tak mati lagi.. aku ini kurang arif bab2 lesen, dan aku memang tak ada lesen.. tapi aku memang tahu, istilah bila 'P' sudah habis, maknanya lesen sudah mati!

Buat confiden!!!! hahahaha..

Tetapi memandangkan si Tasha macam budak tak cukup umur, si Ida yang dibelakang pun sama, kami diminta serahkan kad pengenalan dan Lesen. Polis itu kata, 'P' awak tak lekat.. Tasha terpingga-pingga nak kata apa, yang aku pula buat confiden, tapi dalam hati tuhan saja yang tahu.. macam nak jerit jer.. MENDANYA PAK POLISI, KAWAN SAYA 'P' DIA DAH HABIS..TAPI LESEN TAK MATI LAGI!!!!!!!!!!!!!!!

Nasib ada pelekat STAFF Karangkraf kat kereta Tasha.. dilepaskan tanpa banyak tasnya sebab kereta makin banyak dibelakang....

SYUKUR!!!!!

Kemudian, kami pulang dengan penuh kegelabahan, dan bila sudah sampai di rumah.. LEGA!!

21 febuari 2009 yang cukup memberikan pelbagai pengalaman berbeza!!

Friday, February 20, 2009

SLUMDOG MILLIONAIRE!


Filem yang sangat menarik untuk ditonton sebenarnya. Mulanya aku ingat filem ini adalah filem inggeris. Beriya-iya kawan aku eddy mengajak aku menonton filem ini, walhal aku sedang merengek-rengek untuk menonton lagi filem Geng-Upin Ipin..
Atas sebab musabab yang dapat diterima akal, aku yang kembali waras ketika itu, memilih filem ini menjadi pilihan. Baru aku tahu bahwa filem ini adalah filem yang dishoot di India, tapi banyak mengadaptasikan bahasa inggeris, dan telah tercalon untuk 10 anugerah Oscar!
Seperti filem hindustan lain, ianya mengambarkan kehidupan daif seorang kanak-kanak yang membesar menjadi jutawan melalui peraduan-Who Wants To Be A Millionaire! Tapi cukup dengan elemen yang membina..maaf, tiada lagu2 yang bertukar scene 15-20 kali dalam filem ini..
Mengambil pengalaman dalam hidup, semua jawapan dapat dijawab dengan betul dan menghadiahkan gelaran jutawan kepada pendokong watak utama...JAMAL..
Jadi, ambil masa dan tonton filem ini.

Thursday, February 19, 2009

BANYAKNYA CUTI

Bulan ni aja 10 hari aku dapat cuti.. dan dalam 10 hari ini, aku sedekahkan satu untuk melelaksanakan tanggungjawab aku.

Kenapa 10 hari, entahlah. Mungkin En.Ara bermurah hati carry foward 2 hari dari cuti bulan lalu untuk dinikmati pada bulan ini.

Sepanjang bulan ini jaglah aku banyak bebelanja untuk keluar bersuka ria bersama rakan. Meski aku sedar bahawa wang banyak aku belanjakan tapi aku puas kerana ianya dibelanjakan untuk bersama rakan2 ku yang aku sayangi, dan diri aku untuk bergumbira selepas penat bekerja.

Meski kadang aku terasa cuti ini adalah sangat memboringkan, kehadiran rakan yang sering menjadi peneman kala 'free' membuatkan cuti aku teidak pergi tak berisi. Ada saja benda yang aku hendak lakukan.

Dan esok aku cuti lagi.. untuk 2 hari.

Esok aku sudah ada rancangan, begitu juga untuk hari lusa.

Esok aku akan keluar ke Shah Alam, melakukan kerja bangang, singgah di rumah Tan Sri Onn Ismail yang temuramah petang tadi. Aku tertinggal beg aku. Memang tiada apa yang epnting melainkan Hp aku yang paling aku saynagi--Motorola L6.

Kebetulan tadi aku menelefon Ema untuk meminta nom Eja.. dan perbualan bersambung hingga akhirnya aku mengajak dia join , aku, Tasha dan Eddy. Dah lama tak berkongsi cerita, pasti ada benda yang dianyam ketupat.

Dan bagi 21 haribulan, seperti yang aku sudah janjikan dengan sang asik2 di MIIM, aku akan menjadi Emcee bagi program MIIM Carnival. Masa yang aku tunggu2 sebenarnya. Biar masa yang menjadi pencetus cerita apa yang aku inginkan sebenarnya. Tidak mahu aku dedahkan secar bulat-bulat disini.

Dan hujung bulan ini, tiga hari serentak Pun sudah ada pengisian. Aku akan menghadiri Viva pelajar DIJ. Menjadi Emcee lagi.. kesian mereka.. meminta aku menajdi Emcee beria-ia..hendak dikata tidak mahu, tidak sampai hati.. tapi tak perlah.. junior punya pasal.. bolehkan aja.

Bulan depan, mungkin aku tidak setenang ini.
Pelbagai program dalam senarai untuk diisi.. apa?

Nanti aku akan catatkan satu perstau jika punya ruang masa..

Sekian..

Wednesday, February 18, 2009

PERHATIAN!!!

Ada beberapa entry yang saya post hari ini, atas sebab kelapangan dan kerajinan. Jadi, tong baca dan ambil input, terutamanya tentang Earth World dan MIIM Carnival.

Sangat penting buat DUNIA, dan MIIM sebenarnya.

Dan tolong sebarkan maklumat dari kedua-dua post tersebut!