Translate

Total Pageviews

Friday, February 20, 2009

SLUMDOG MILLIONAIRE!


Filem yang sangat menarik untuk ditonton sebenarnya. Mulanya aku ingat filem ini adalah filem inggeris. Beriya-iya kawan aku eddy mengajak aku menonton filem ini, walhal aku sedang merengek-rengek untuk menonton lagi filem Geng-Upin Ipin..
Atas sebab musabab yang dapat diterima akal, aku yang kembali waras ketika itu, memilih filem ini menjadi pilihan. Baru aku tahu bahwa filem ini adalah filem yang dishoot di India, tapi banyak mengadaptasikan bahasa inggeris, dan telah tercalon untuk 10 anugerah Oscar!
Seperti filem hindustan lain, ianya mengambarkan kehidupan daif seorang kanak-kanak yang membesar menjadi jutawan melalui peraduan-Who Wants To Be A Millionaire! Tapi cukup dengan elemen yang membina..maaf, tiada lagu2 yang bertukar scene 15-20 kali dalam filem ini..
Mengambil pengalaman dalam hidup, semua jawapan dapat dijawab dengan betul dan menghadiahkan gelaran jutawan kepada pendokong watak utama...JAMAL..
Jadi, ambil masa dan tonton filem ini.

2 comments:

.OhNora. said...

abg kumar!!!
sy da tgk semalam.
sumpah best gler filem nih..
nmpak real life kat india camne.
shot2 dye amik gler susah.
patot ah budget 15 million!
tp kan part paling xbole bla part jamal terjun lubang tuh...
amitabh bachan!!!
hahahahahaha

MR.KUMAR said...

Tahu tak pa.. hak hak hak.. masa tuh aku tengah makan pop corn.. sedap jer aku telan.. walaupun masa shot tuh!!!!