Translate

Total Pageviews

Tuesday, February 24, 2009

TIAN CHUA VS WEE KA SIONG!

VERSUS

Pagi tadi aku ditugaskan di Parlimen. Banyak gila PC hari ini, tapi aku hanya proses 3 story... lepas aku simpul, ikat, padatkan semua maklumat yang ada dalam ketiga-tiga story itu.

Antara yang mengamit perhatian aku adalah perdebatan antara Tian chua, Ahli Parlimen Batu dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Wee Ka Siong.

Isu?

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berhubung isu kementerian menarik balik peruntukkan yang diberikan kepada sebuah sekolah cina hanya kerana sebuah majlis anjurannya menjemput Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).

Kenyataan ini telah disangkal oleh Wee Ka Siong terdahulu dengan menjelaskan bahawa apa yang dinyatakan DSAI adalah sesuatu yang tidak benar.

Ditambah pula, Tian Chua memberikan tambahan kenyataan memaklumkan bahawa pihak kementerian telah mengarahkan para guru dan juga kakitangannya untuk tidak hadir ke majlis anjuran lembaga sekolah tersebut.

Selesai saja PC oleh Tian, Wee Ka Siong telah memberitahu akan memberikan maklumbalas kepada 'dakwaan' DSAI dan Tian Chua.

Dalam PC--nya, Wee Ka Siong menegaskan tiada sebarang jemputan diterima oleh pihak beliau..dan dalam masa yang sama, atas permintaan pihak kementerian, pihak lembaga menghantar semula fax jemputan yang dengan terang-terangan menamakan DSAI memberikan ucapan atas tiket Penasihat Parti Keadilan rajyat--which clearly shows that there is political sentimen.

Kata Wee, jelas, apa yang dilakukan DSAI, PKR dan konco-konconya adalah bertujuan merosakkan nama beliau.

Nampak sangat marah, beliau kemudiannya..pot pet pot pet macam mana yang tak tertaip oleh saya di sini...

Apa yang pasti, kita tak tahu yang mana satu mangsa, yang mana satu bercakap betul.. nak percaya kata Tian, boleh.. tapi kalau macam itu tak bolehlah nak percaya Wee.. kalau nak percaya Wee, kena lah terima kata-kata Tian.. yang mana satu??

Tengok dari reaksi Wee, nampak beliau yakin tentang apa yang dinyatakan, sebaliknya Tian macam bercakap atas tiket apa yang beliau tahu dari cakap dengar.

Tapi dalam kes ini, cakap dengar lebih betul dari rekod.. POLITIK!!!!

No comments: