Translate

Total Pageviews

Sunday, February 22, 2009

21 FEBUARI 2009

Tarikh ini mungkin tidak akan aku lupakan seumur hidup aku. Pelbagai perkara berlaku pada hari tersebut--buat pertama kalinya dalam hidup aku. Biar aku titipkan satu persatu apa yang berlaku pada tarikh ini.

KARNIVAL MIIM

Seperti yang sudah aku ketahui, Malaysia Institue of Integrative Media (MIIM), seperti yang dikhabarkan mengadakan hari karnivalnya. Berbeza, bagi kali ini, ianya diadakan bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Ada beberapa konflik yang berlaku sepanjang penganjurannya. Apa yang paling ketara adalah sejauhmana 'retak'nya MIIM secara dalaman. Itu soal yang aku nampak tidak mungkin dapat diubati. Attitute pensyarah yang ada segilintirnya jelas tidak bertanggungjawab dan tidak memainkan peranan yang lengkap sebagaimana gelaran pendidik jelas dapat dilihat. Cara pembawakan dan persembahan diri sangat tidak matang dan kurang bertanggungjawab.

Pihak pengurusan MIIM juga masih terkial-kial tidak hadir lagi walhal VVIP sudahpun tiba. Buat malu saja.. tapi terpaksalah ditebalkan juga muka. Aku antara mereka yang dipertanggungjawabkan 'melayan' VVIP.

Bagi penganjuran karnival, dari segi pelajarnya, seperti biasa, ada perselisihan sedikit sebanyak namun, perjalanan program sangat membanggakan. Ramai yang hadir--dan mengunjungi gerai-gerai yang disediakan.

Cuma--mereka harus lebih peka terhadap peranan yang perlu dimainkan oleh kumpulan yang menjaga press. Press adalah elemen yang penting. Walaupun yang berkunjung tiba adalah bekas-bekas pelajar MIIM sendiri (untuk membuat liputan), perkara itu tidak seharusnya dijadikan sebagai landasan untuk tidak melaksanakan peranan masing-masing.

ANYWAY, its a good event, ramai pelajar senior yang hadir dan menjadikannya 'menjadi' dan meriah. Tahniah!!!


Gambar yang dapat dirakam ketika Gerhana Ska Cinta membuat persembahan!

FISH SPA & URUT KAKI

Memandangkan Tasha perlu menyiapkan tugasan, sebaik selesai Karnival MIIM, aku, Eddy dan Tasha membuat keputusan untuk lepak di Jaya Jusco (JJ). Ila menjadi sasaran untuk meminta pinjam laptop. Ila ikut sekali, dan kami lepak di Starbucks seketika. Hanya aku yang membeli minuman, dan yang bestnya, kakak Tasha, Nani memberikan diskaun 30%nya kepada aku (kerana beliau staf starbucks itu).

Tapi aku memang sudah merancang untuk merendam kaki aku dalam kolam spa ikan di JJ.. so aku mengajak Eddy turut serta sementara menunggu Tasha menyiapkan kerjanya ditemani Ila.

Sebaik kaki direndam, berkerumun hampir kesemua ikan dikaki aku, sampai ada mak cik disebelahku kata, 'ini dah tak aci ni..' --sambil ketawa kecil.. aku pun ketawa kecil dan kata, "sedap sangat kowt kaki saya".. mak cik itu menambah, "perisa kari susah nak dapat ni".. hehehe..

Selesai 10 minit merendam kaki --dengan bayaran 5 ringgit, aku pergi mengurut kaki pula, dengan harga 20 ringgit bagi 30 minit.. bukan main sedap lagi.. terus terasa kaki aku ringan dan macam berjalan atas angin.

Yang sebenarnya, perkhidmatan sama dicas pada harga 180 di Midvalley! Nasib aku tak menurut dan pergi melakukan 'rawatan' disitu... walhal perbezaan yang diperoleh adalah jauh bezanya..!




Video yang merakam detik2 kaki aku dikerumuni ikan!

ZEKTI's WENT OUT!--ZUL BLANJA

Seperti yang dapat dibaca, kemudiannya, kami--aku, Tasha dan Eddy, mengambil Ida di Bernama dan bertolak ke Subang untuk mengambil Zul... Zul sudah janji hendak belanja kami makan..

Kami tiba di rumah Zul.. dia minta kami masuk dulu. Selesai bersiap Zul membawa keluar barangan makeup yang dia dapat (beliau pengacara WW--rancangan bual bicara Astro Awani). Kerana tiada logik beliau hendak memakai makeup, so nak dijualnya kepada Ida dan Tasha.. tapi aku terpandang satu set lip gloss MAC yang sangat cantik dan belum berada dalam koleksi barangan makeup aku(aku kan buat makeup2 pengantin neh).. so, aku tanya harga, RM 50--set, aku beli! Tapi hujung bulan baru aku bayar! hahaha... dan Ida meminta untuk membeli dua daripada 5 lipgloss didalamnya.. so, keputusannya, aku ambil 3, Ida 2.. harga tetap 50, tapi ida bayar pada aku, dan aku sattlekan dengan ZUL!

Seterusnya kami keluar makan di Putrajaya. Zul belanja kami makan macam-macam.. dan aku memilih untuk hanya makan Sate.. kenyang makan sate.. tiba-tiba Zul membeli otak-otak.. tidak mahu mengecewakan rakan & tidak mahu menolak rezeki, aku pun makan lah...huhu..

Dan seterusnya kami ke Dataran di hadapan masjid, bergambar sebelum pulang. Apa yang pasti, perbincangan, gurau senda dan kehidupan kami menampakkan kematangan kami. Yang penting sume terkial-kial bergambar yer! Dan aku sudah mula merindui saat berkumpul semula sebelum kami berpisah.. haha

Sesudah itu, kami menghantar Zul pulang, dan giliran Eddy pula.

BTW, Doakan ZUL dimurahkan rezeki ya kawan2.. huhu


Aku sempat ambik gambar ni di rumah Zul.. chantek wall peper dia!



Gambar2 yang dirakam (antaranya) di Dataran di hadapan Masjid di Putrajaya!


PERGADUHAN PENIAGA OTAK-OTAK

Sebelum menghantar Eddy pulang, kami dicadangkan untuk lepak makan otak-otak di kawasan rumah Eddy pula. Kerana belum mahu pulang, aku memilih untuk lepak, dan begitu juga dengan yang lainnya.

Kami pun ambil kata putus untuk lepak dan makan otak-otak.. dan kami duduk disebuah meja di medan makan yang kami tuju. Memang ada otak-otak yang sangat sedap disitu, dengan harga yang murah...namun, kami didatangi dengan otak-otak yang bukan dalam senarai favorite kami.

Kami memilih yang kami gemar, dan peniaga itu letakkan otak-otak tersebut. tiba-tiba, peniaga yang kami 'tolak' otak-otaknya datang menyerang peniaga yang lagi seorang, memaki hamun mengatakan peniaga 'favorit' kami mengambil pelanggannya--iaitu kami (walhal kami tak nak pun makan otak-otak peniga gila tuh).

Eddy naik angin, terus tempelek.. "Tak apa pakcik, tak payah gaduh, kami duduk kat tempat lain!", dan kami dihalau sinis peniaga itu--"macam itulah peniaga melayu, tak boleh terima hakikat dan tak profesional" kata Eddy...well..bukan mahu racial.. but i think the same..

Selesai makan, kami menghantar Eddy pulang!



DITAHAN BAPAK POLIS!!!

Ini adegen yang paling mencemaskan pada tarikh ini. Dalam perjalanan menghantar Ida pulang, ada road block. Kami dengan selamba badaknya, lalu.. walaupun Tasha tak lekat pelekat 'P'..Well, kata Tasha, 'P' dia sudah mati tapi lesen tak mati lagi.. aku ini kurang arif bab2 lesen, dan aku memang tak ada lesen.. tapi aku memang tahu, istilah bila 'P' sudah habis, maknanya lesen sudah mati!

Buat confiden!!!! hahahaha..

Tetapi memandangkan si Tasha macam budak tak cukup umur, si Ida yang dibelakang pun sama, kami diminta serahkan kad pengenalan dan Lesen. Polis itu kata, 'P' awak tak lekat.. Tasha terpingga-pingga nak kata apa, yang aku pula buat confiden, tapi dalam hati tuhan saja yang tahu.. macam nak jerit jer.. MENDANYA PAK POLISI, KAWAN SAYA 'P' DIA DAH HABIS..TAPI LESEN TAK MATI LAGI!!!!!!!!!!!!!!!

Nasib ada pelekat STAFF Karangkraf kat kereta Tasha.. dilepaskan tanpa banyak tasnya sebab kereta makin banyak dibelakang....

SYUKUR!!!!!

Kemudian, kami pulang dengan penuh kegelabahan, dan bila sudah sampai di rumah.. LEGA!!

21 febuari 2009 yang cukup memberikan pelbagai pengalaman berbeza!!

2 comments:

ABBYTHEJOURNALIST said...

how about upcoming 21st?
can it be memorable to zektis too?
i really cant wait for that moment, kumar!~
;p

MR.KUMAR said...

Of Course!!!!!!!!! tak ada perkara yang dapat disangsi bab2 melibatkan 21 march!