Translate

Total Pageviews

Wednesday, September 10, 2008

LAGI CERITA PASAL BERNAMA TV

Aku betul-betul teruja bila dapat bekerja di BERNAMA.. tak tahu kenapa.. aku cukup bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang wartawan di sini sehinggakan masuk kerja subuh.. keluar tengah malam pun dah jadi tak kisah.. its been something that entertains me..

Percaya atau tidak.. mungkin kerana aku tidak pernah cuba untuk mengeluh dengan apa yang aku sedang jalani sebagai seorang wartawan.. setiap perlakuan dan langkahku dilihat pihak2 disini.. malah.. ramai yang sudah mula berkata-kata kau ada masa depan di dalam bidang ini.. bukan mahu riak dengan pujian tetapi aku puas apabila apa yang aku lakukan dihargai..

Itu tentang aku.. biar aku amibil masa sedikit bercerita tentang BERNAMA TV dan operasinya.

OK.. BERNAMA TV dimiliki BERNAMA TV SYNERGY SDN BHD yang mana syarikat yang berada dibawah bernama, kiranya semi government lah.. dimiliki syarikat swasta dan BERNAMA ada syer. Itu yang aku difahamkan lah...

Pengurusan menjalankan operasi di tingkat 14.. manakal bahagian stor tapi, cameraman nyer office terletak di tingkat bawah.dimana terletaknya studio yang menjalankan operasi rancangan HELO MALAYSIA, 1 KONSUMER dan BIZ@BERNAMA.

Di tingkat 3 adalah bahagian dimana terletaknya pusat pengumpulan berita. disinilah wartwan bersam editor-editor tugasan diketuai Encik ARA menjalankan tugas.

Wartawan akan memperoleh rangkaian maklumat tugasan malam sebelumnya dan selepas siap menaip berita, harus dimaklumkan kepada barisan editor untuk disemak dan approve.

Bila mereka ni semak dan approve, barulah meja-meja production akan dapat berita.

Meja production kat bernama ada 4, melayu, inggeris, tamil dan mandarin.

Dapat jer berita tuh kat meja masing-masing... berita akan diproses..meja bahasa melayu mengalih bahasa berita yang disediakan dalam bahasa inggeris.. and inggeris transfer berita melayu.

Bagi meja tamil dan mandarin..nasiblah.. dua-dua bahasa kena transfer.. :)

Dah transfer.. secara automatiknya semua berita akan dapat disiarkan..

Sebenarnya..banyak lagi yang boleh dicerita tentang BERNAMA TV.. tapi akan ku sambung nanti k...
:)

1 comment:

aulia said...

Dear Mr. kumar, anda masih bersama bernamatv sehingga hari ini?