Baru-baru ini aku berpeluang untuk menonton rancangan Bintang Kecil siaran TV9.
Tidak segan, tidak malu untuk aku katakan bahawa aku cukup bangga menonton rancangan tersebut yang entah musim keberapa.
Langkah aku yang kebetulan itu sekaligus memberikan aku ruang untuk menilai kemampuan program tersebut dalam menyediakan platform kepada kalangan kanak-kanak yang dikatakan punya bakat itu.
Tidak dapat dinafikan, hampir setiap peserta program itu, meskipun masih kanak-kanak, kemampuan mereka dari sudut vokal mahupun persembahan, jauh lebih baik berbanding kebanyakkan penyanyi yang jauh lebih dewasa dan berpengalaman.
Bukan hanya mampu menyanyi, kalangan peserta juga bijak menyusun rentak menari mengiringi nyanyian rakan yang lain.
Juga, bijak berdrama dipentas seiring kata-kata puitis yang disampaikan 'sang penyanyi'.
Maka, jangan terkejutlah kalau sang hakim terkaku untuk berkata buruk tentang nyayian kanak-kanak ini yang perbandingannya ini tidak terluah dengan kiasan bijak.
Sekaligus membuatkan aku berfikir sejenak, mengapa perlu seseorang yang tidak, Ops...kurang berbakat dicanang, diangkat, dijulang dek kehebatan yang tidak sejauh mana, sebaliknya, meninggalkan bakat besar yang dimiliki tubuh kecil ini.
Aku boleh katakan aku sudah meminati program ini. Cuma mungkin aku punya kekangan masa untuk terus menontonnya setiap minggu.
Harapanku, kanak-kanak ini bukan hanya berjaya dalam bidang nyanyian, tapi juga sebagai seorang yang penuh ilmu didadanya... :)
No comments:
Post a Comment