Disember..Itu nama bulan yang sudah kita tiba. Bagai tidak percaya masa bergerak begitu pantas meninggalkan kita terkapai-kapai mengejarnya.
Entah dalam sedar atau tidak, aku sudah lama tidak memaklumkan sebarang perkembangan terkini, meluahkan perasaan mahukan melahirkan pandangan tentang isu semasa dalam ruangan siber ini.
Dan kesempatan yang ada ketika ini aku gunakan untuk dimaksimumkan sepenuhnya.
Pertama, aku perlu bercerita tentang perkembangan tempat aku bekerja ini.
Sudah agak terlambat kiranya untuk aku maklumkan kini aku sudah punya seorang 'bos'. Sudah dipukul canang hampir disemua akhbar bahawa orang kuat tempat aku bekerja ketika ini, Bernama Tv adalah seorang COO yang popular dahulunya, dan kini menjadi CEO..siapa lagi kalau bukan Engku Emran.
Kehadirannya pastinya membawa bersama dunia glamour yang bersisa didalam dirinya dek pengaruh isterinya, dan dirinya sendiri yang sangat dikenali ketika mengendalikan sebuah stesen radio swasta.
Beberapa perubahan dapat dilihat. Pendekatan yang diadakan lebih muda, dan sudah ada cerminan perubahan dalam pergerakan seharian pekerjaan dan operasi stesen satu ini.
Tapi bukan itu yang menjadi kepentingan kepadaku. Apa yang ingin aku titipkan disini tentang bagaimana beliau bertindak bijak dengan menawan hati pekerja. Mungkin bukan semua, tapi aku yakin aku menghormati peribadinya yang menghormati pekerja.
Aku dan beberapa yang lain telah dipanggil untuk bersemuka dengan beliau. Mula-mula agak risau sebenarnya dek kerana sudah ada satu insiden yang kurang memuaskan berlaku, dengan kejadian itu diketahui olehnya.. insiden melibatkan kecacatan aku dalam menjalankan pekerjaan.
Jadi pertemuan dengan beliau bukanlah sesuatu yang menyedapkan hati, malah lebih kepada penilaian tentang apakah aku bakal 'dibasuh'. tetapi aku bersyukur, kerana rupa-rupanya beliau sekadar ingin bertemu dan memberikan kata-kata semangat, memotivasikan kami para wartawan agar lebih baik dalam menjalankan pekerjaan kami.
Dan apa yang diharapkannya, pasti akan cuba kami realisasikan.
Menyedari kehadirannya dalam syarikat ini ketika ianya sedang bermasalah, aku percaya kerja keras secara bersama perlu diantara majikan dan pekerja. Dan apa yang diminta, dipohon dan diarahkannya menjadi amanah bagi aku dan yang lain-lain untuk laksanakan, sebaik mungkin... sedayanya.
Apalagi yang perlu aku titipkan?
Baik..ini yang menarik...aku sudah dua kali berusaha untuk melakukan Standupper dalam bahasa ibundaku, bahasa tamil.
Meskipun aku sudah tidak lagi begitu mendekati bahasa ini selain pertuturan semata-mata..saranan, semangat dan desakan manja oleh kalangan mereka di meja penerbitan berita bahasa tamil pastinya memberikan aku sedikit keyakinan untuk melakukan yang terbaik dalam menterjemahkan kemampuan aku dalam memperkasakan bahasa itu.
Dan dengan penuh kesungguhan, dua standupper itu diklasifikasikan berjaya dengan statusku yang 'murtad' bahasa. hehehe.. tetapi syukurlah..berjaya juga aku lakukan walau dalam terpaksa..
Terima kasih kepada kalangan mereka yang yakin dengan diriku ini.
Itu berita-berita yang menggembirakan tapi sebenarnya jauh disudut hatiku, sedang bermain satu emosi yang kurang menyenangkan.. tidak terluah perasaan itu disini kerana aku sedang sakit denngannya.
Aku bagaimanapun yakin aku tidak seharusnya menjadikan sedikit kegusaran ini sebagai penghalang aku mencapai tahap yang lebih tinggi dalam kehidupan ini.
Jadi, aku yakin aku mampu untuk mneyelesaikannya, dan aku akan pastikan aku akan berjaya melakukannnya...
Baik..emosi yang kurang menyenangkan itu kini sudah semakin dekat..dan aku malas hendak menekan-nekan lagi kekunci ini, kerana aku risau..risau aku akan mengeluarkan kenyataan yang akhirnya akan aku kesali..
Tidak mahu menghantui diriku dengan emosi yang kurang bijak ini, aku tinggalkan ruangan ini dengn penuh kasih sayang yang aku terjemahkan melalui senyuman ini.. :) :) :)
Sehingga dapat ku muntahkan perkataan lagi selepas ini, aku tinggalkan ruangan blog ini, dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha.. (Harap tidak terlalu lambat bagiku untuk melafazkannya).
BTW, aku akan pulang ke kampung lusa atau tulat.. tidak sabar rasanya!!! LALALALALALA... :)
No comments:
Post a Comment