Translate

Total Pageviews

Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT TINGGAL 2009, SELAMAT DATANG 2010


BYE-BYE

                                                              WELCOME

Tahun 2009 sudah sampai ke penghujung. Terasa baru saja melangkah ke tahun itu, alih-alih sudah tiba masanya untuk aku berkata selamat tinggal dan menjemput 2010 melangkah mendatangiku.


Itulah hakikatnya samada aku suka mahupun tidak.


Banyak yang aku capai sepanjang 2009 ini.


Tidak dapat dinafikan, yang tercapai lebih dari yang diimpikan.


Syukur.


Rasanya tidak ada apa yang aku sesali sepanjang tahun ini.


Dan menjelang 2010, impian belum disusun..tapi aku nekad, seperti rasa hati diawal 2009, aku mahu tahun 2010 menjadi tahun yang terbaik buat aku.


Untuk itu aku akan melakukan yang terbaik dalam apa juga yang diamanahkan bagi memastikan kehidupan ini dilalui dengan penuh kesempurnaan hendaknya..


Harapanku, tahun hadapan, inilah..menjadikan apa juga yang dilakukan menjadi yang terbaik, selain meningkatkan kehidupan ke fasa yang lebih baik.


SELAMAT TINGGAL 2009, terima kasih untuk segalanya, dan SELAMAT DATANG 2010!

Friday, December 18, 2009

BAKAT YANG MEMBANGGAKAN


 
Baru-baru ini aku berpeluang untuk menonton rancangan Bintang Kecil siaran TV9.


Tidak segan, tidak malu untuk aku katakan bahawa aku cukup bangga menonton rancangan tersebut yang entah musim keberapa.


Langkah aku yang kebetulan itu sekaligus memberikan aku ruang untuk menilai kemampuan program tersebut dalam menyediakan platform kepada kalangan kanak-kanak yang dikatakan punya bakat itu.


Tidak dapat dinafikan, hampir setiap peserta program itu, meskipun masih kanak-kanak, kemampuan mereka dari sudut vokal mahupun persembahan, jauh lebih baik berbanding kebanyakkan penyanyi yang jauh lebih dewasa dan berpengalaman.


Bukan hanya mampu menyanyi, kalangan peserta juga bijak menyusun rentak menari mengiringi nyanyian rakan yang lain.


Juga, bijak berdrama dipentas seiring kata-kata puitis yang disampaikan 'sang penyanyi'.


Maka, jangan terkejutlah kalau sang hakim terkaku untuk berkata buruk tentang nyayian kanak-kanak ini yang perbandingannya ini tidak terluah dengan kiasan bijak.


Sekaligus membuatkan aku berfikir sejenak, mengapa perlu seseorang yang tidak, Ops...kurang berbakat dicanang, diangkat, dijulang dek kehebatan yang tidak sejauh mana, sebaliknya, meninggalkan bakat besar yang dimiliki tubuh kecil ini.


Aku boleh katakan aku sudah meminati program ini. Cuma mungkin aku punya kekangan masa untuk terus menontonnya setiap minggu.



Harapanku, kanak-kanak ini bukan hanya berjaya dalam bidang nyanyian, tapi juga sebagai seorang yang penuh ilmu didadanya... :)

Thursday, December 17, 2009

MENANG SUDAH AKHIRNYA..

Tanyalah rakyat Malaysia mana yang tidak gembira ketika ini bila berkata tentang kejayaan pasukan bolasepak negera bawah 23 tahun yang berjaya memenangi Pingat Emas dalam Sukan Sea yang sedang berlangsung ketika ini.


Pingat emas pertama negara yang dimenangi dalam sukan tersebut selepas menanti penuh debar selama 20 tahun pastinya sedang membuatkan peminat sukan tersebut sedang tersenyum sampai ke telinga ketika ini.


Sorak gembira juga pastinya hadir dari kalangan bukan peminat sukan tersebut, tetapi kumpulan yang menyokong kemaraan pasukan sukan negara.


Aku tergolong dalam kelompok kedua. Aku bukanlah peminat fanatik sukan tersebut, tetapi kemaraan pasukan tersebut selepas 20 tahun membuatkan aku terjerit-jerit setiap kali gawang gol negara, atau Vietnam hampir dijaringkan.


Gawang Gol Malaysia kerana aku tidak mahu gol dimasukkan, gawang gol Vitenam, kerana aku mahu gol dimasukkan.


Entah betul entah tidak istilahnya, tapi yang pasti..aku cukup berbangga mendapt tahu pada minit ke 84, hadir juga gol yang dinanti-nati sekaligus menamatkan kemarau 20 tahun.


Tiada ungkapan lain yang bisa aku ucapkan selain, TAHNIAH buat pasukan bola sepak negara, dan Jurulatihnya.Rajagopal. Anak Malaysia yang berjaya mencorak anak Malaysia.\


Tahniah sekali lagi... :)

Wednesday, December 9, 2009

JUST CHANGED MY TEMPLATE

Hehehe.. ini wajah baru yang ditampilkan untuk gambaran baru laman blog ini.

Mungkin sudah bosan melihat corak, warna dan perhiasan tambahan yang sama sejak sekian lama..aku memilih untuk menbgubah sedikit gambarannya agar lebih ceria.


Dalam kesempatan ini juga ingin aku maklumkan yang aku sedang memikirkan untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang Andaman, Solekan, dan perniagaan yang berkaitan dengannya kerana tidak mahu mensia-siakan bakat yang ada.


Aku bercadang memulakan segalanya melalui promosi di laman blog..sedang mencari-cari nama yang sesuai untuk perniagaan yang satu ini. Ia perlulah 'catchy', kena dengan kerjaya tersebut dan bersifat kekal lama (longlasting).


Aku sudah naik rungsing tidak dapat nama itu sejak lebih sebulan.. :)


Terpaksa kiranya aku meminta idea dari anda yang sudi.. :)


Itu saja buat masa ini..akan aku kemaskini maklumat berkaitan didalam entry yang seterusnya. 


Da!

Thursday, December 3, 2009

PEMANDU TEKSI MUDA

Mungkin aku baru perasaan atau kebetulan saja.

Sejak kebelakangan ini, aku sering berkesempatan untuk menaiki kenderaan awam yang satu ini, dengan pemandunya yang masih muda.. kalau dikira-kira dari penampilan, sekitar 20-an.

Aku sebenarnya menjadi agak pelik kerana, sejak aku menjejakkan kaki di kota metropolitan ini, sememangnya teksi merupakan antara kenderaan yang aku naiki dengan pemandunya rata-rata sudah berusia.

Paling muda pun aku boleh kata lewat 30-an. kebanyakan dari mereka sudah bersara dan tiada pekerjaan.

Ada juga antara mereka yang melakukannya sekadar kerja sambilan.

Tapi gambaran sejak kebelakangan yang satu ini menimbulkan persoalan kepada aku...

Apakah langkah kerajaan menaikkan harga tambang teksi membuka ruang kepada golongan muda ini menceburi bidang yang sering tidak dipandang ini..

Apakah itu kemungkinannya, atau ada sebab lain..entah..aku tidak dapat memikirnnya.

Tapi aku sedang berkira-kira mahu membuat sebuah laporan khas mengenai isu ini..jika berkesempatan..harap-harapnyalah... :)

Oklah..Chow!

Wednesday, December 2, 2009

KUMARAN KINI

Disember..Itu nama bulan yang sudah kita tiba. Bagai tidak percaya masa bergerak begitu pantas meninggalkan kita terkapai-kapai mengejarnya.

Entah dalam sedar atau tidak, aku sudah lama tidak memaklumkan sebarang perkembangan terkini, meluahkan perasaan mahukan melahirkan pandangan tentang isu semasa dalam ruangan siber ini.

Dan kesempatan yang ada ketika ini aku gunakan untuk dimaksimumkan sepenuhnya.

Pertama, aku perlu bercerita tentang perkembangan tempat aku bekerja ini.

Sudah agak terlambat kiranya untuk aku maklumkan kini aku sudah punya seorang 'bos'. Sudah dipukul canang hampir disemua akhbar bahawa orang kuat tempat aku bekerja ketika ini, Bernama Tv adalah seorang COO yang popular dahulunya, dan kini menjadi CEO..siapa lagi kalau bukan Engku Emran.

Kehadirannya pastinya membawa bersama dunia glamour yang bersisa didalam dirinya dek pengaruh isterinya, dan dirinya sendiri yang sangat dikenali ketika mengendalikan sebuah stesen radio swasta.

Beberapa perubahan dapat dilihat. Pendekatan yang diadakan lebih muda, dan sudah ada cerminan perubahan dalam pergerakan seharian pekerjaan dan operasi stesen satu ini.

Tapi bukan itu yang menjadi kepentingan kepadaku. Apa yang ingin aku titipkan disini tentang bagaimana beliau bertindak bijak dengan menawan hati pekerja. Mungkin bukan semua, tapi aku yakin aku menghormati peribadinya yang menghormati pekerja.

Aku dan beberapa yang lain telah dipanggil untuk bersemuka dengan beliau. Mula-mula agak risau sebenarnya dek kerana sudah ada satu insiden yang kurang memuaskan berlaku, dengan kejadian itu diketahui olehnya.. insiden melibatkan kecacatan aku dalam menjalankan pekerjaan.

Jadi pertemuan dengan beliau bukanlah sesuatu yang menyedapkan hati, malah lebih kepada penilaian tentang apakah aku bakal 'dibasuh'. tetapi aku bersyukur, kerana rupa-rupanya beliau sekadar ingin bertemu dan memberikan kata-kata semangat, memotivasikan kami para wartawan agar lebih baik dalam menjalankan pekerjaan kami.

Dan apa yang diharapkannya, pasti akan cuba kami realisasikan.

Menyedari kehadirannya dalam syarikat ini ketika ianya sedang bermasalah, aku percaya kerja keras secara bersama perlu diantara majikan dan pekerja. Dan apa yang diminta, dipohon dan diarahkannya menjadi amanah bagi aku dan yang lain-lain untuk laksanakan, sebaik mungkin... sedayanya.

Apalagi yang perlu aku titipkan?

Baik..ini yang menarik...aku sudah dua kali berusaha untuk melakukan Standupper dalam bahasa ibundaku, bahasa tamil.

Meskipun aku sudah tidak lagi begitu mendekati bahasa ini selain pertuturan semata-mata..saranan, semangat dan desakan manja oleh kalangan mereka di meja penerbitan berita bahasa tamil pastinya memberikan aku sedikit keyakinan untuk melakukan yang terbaik dalam menterjemahkan kemampuan aku dalam memperkasakan bahasa itu.

Dan dengan penuh kesungguhan, dua standupper itu diklasifikasikan berjaya dengan statusku yang 'murtad' bahasa. hehehe.. tetapi syukurlah..berjaya juga aku lakukan walau dalam terpaksa..

Terima kasih kepada kalangan mereka yang yakin dengan diriku ini.

Itu berita-berita yang menggembirakan tapi sebenarnya jauh disudut hatiku, sedang bermain satu emosi yang kurang menyenangkan.. tidak terluah perasaan itu disini kerana aku sedang sakit denngannya.

Aku bagaimanapun yakin aku tidak seharusnya menjadikan sedikit kegusaran ini sebagai penghalang aku mencapai tahap yang lebih tinggi dalam kehidupan ini.

Jadi, aku yakin aku mampu untuk mneyelesaikannya, dan aku akan pastikan aku akan berjaya melakukannnya...

Baik..emosi yang kurang menyenangkan itu kini sudah semakin dekat..dan aku malas hendak menekan-nekan lagi kekunci ini, kerana aku risau..risau aku akan mengeluarkan kenyataan yang akhirnya akan aku kesali..

Tidak mahu menghantui diriku dengan emosi yang kurang bijak ini, aku tinggalkan ruangan ini dengn penuh kasih sayang yang aku terjemahkan melalui senyuman ini.. :) :) :)

Sehingga dapat ku muntahkan perkataan lagi selepas ini, aku tinggalkan ruangan blog ini, dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha.. (Harap tidak terlalu lambat bagiku untuk melafazkannya).

BTW, aku akan pulang ke kampung lusa atau tulat.. tidak sabar rasanya!!! LALALALALALA... :)