Translate

Total Pageviews

Wednesday, May 19, 2010

MIC, SAMY VELLU dan BERUNDUR...

Samy Vellu berundur September tahun depan

(Sumber dari Bernama)

Datuk Seri S Samy Vellu hari ini mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan presiden MIC yang dipegangnya sejak 1979 dalam tempoh lapan bulan sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

Ini bermakna beliau akan melepaskan jawatan tersebut pada bulan September tahun depan.

Semasa membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar sebelum berlangsungnya konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di ibunegara, presiden MIC itu tidak menyatakan kepada siapa beliau akan menyerahkan jawatan tertinggi parti itu.

"Saya akan berundur dalam masa lapan atau sembilan bulan selepas penggal saya tamat pada Mei 2012. Saya akan serahkan jawatan presiden pada waktu itu.

'Inilah yang telah saya maklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) semasa saya berjumpa beliau sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Saya akan serahkan kepimpinan parti kepada pemimpin generasi akan datang. Sebelum itu, saya akan melakukan rombakan parti secara menyeluruh bermula dengan pemimpin cawangan dan negeri.

'Orang selalu bertanya bila saya akan melepaskan jawatan saya dan inilah tempoh masa yang saya telah tetapkan.

"Saya mahu semua anggota parti tahu bahawa transformasi MIC akan diteruskan. Peralihan kuasa dalam MIC akan berjalan dengan lancar," katanya.

Samy, 74, dipilih semula untuk menerajui parti buat kali kesembilan pada tahun lepas.

- Bernama

LEPAS TU MUNCUL CERITA INI

Samy Vellu didesak undur sekarang, bukan 2011

(sumber dari Malaysiakini.com)
S Pathmawathy & K Pragalath

Mei 19, 10

2:41pm

Rasa tidak puas hati ahli-ahli parti MIC terhadap presiden mereka, Datuk Seri S Samy Vellu terus memuncak, meskipun beliau berjanji untuk melepaskan jawatannya itu pada September 2011.

Pada sidang media hari ini, timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan (kiri, berbaju putih) mendesak Samy Vellu supaya berundur segera.

Menurut Mugilan, jika Samy Vellu, yang telah menerajui MIC hampir 30 tahun gagal berundur, MIC akan terkubur pada pilihan raya umum akan datang.

"Sekiranya Samy Vellu tunggu sehingga September 2011, timbalan presiden (G Palanivel) tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi melakukan pembaharuan sebelum pilihan raya umum pada 2012,” kata Mugilan.

"Samy Vellu selalu mempersalahkan (mantan perdana menteri) Mahathir Mohamed atas segala kegagalannya, tetapi dia sebenarnya yang gagal melakukan perubahaan untuk masyarakat India.”

MAKA MUNCULLAH CERITA INI PULA...

Samy: "Saya tak akan undur macam orang bodoh"

(sumber dari Bernama)

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menegaskan beliau akan "memusnahkan" mereka yang memusnahkan parti sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti tahun depan.

"Saya tidak mahu berundur dari MIC macam orang bodoh dan saya akan membuat keputusan baik sebelum saya berundur," katanya semasa merasmikan Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Samy Vellu yang telah menerajui MIC selama 31 tahun sejak 1979 melahirkan harapan tinggi bahawa presiden parti akan datang akan memimpin parti dengan baik dan aman.

Dalam perkembangan lain, beliau menyangkal persepsi bahawa MIC tidak lagi relevan bagi kaum India kerana parti telah membuktikannya dengan memenangi dua pilihan raya kecil.

"Jika MIC tidak relevan, bagaimana kami boleh menang di Bagan Pinang dan Hulu Selangor (pilihan raya kecil)?

"Jika kami meneruskan usaha transformasi kami, MIC akan terus diterima dan dihormati," katanya kepada kira-kira 300 perwakilan pada konvensyen itu.

Pada sidang akhbar sebelum konvensyen itu, Samy Vellu mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan tertinggi parti itu dalam tempoh "lapan atau sembilan bulan" sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.


MAKA, ORANG NOMBOR DUA PARTI PULA MULA BERSUARA....

Palanivel: Samy beritahu saya nak letak jawatan

(Sumber dari Bernama)

Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel hari ini berkata Datuk Seri S Samy Vellu telah memaklumkan kepadanya bulan lepas tentang hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai presiden parti sebelum tamat penggal memegang jawatan pada 2012.

"Presiden MIC telah beritahu saya pada April lepas tentang hasratnya untuk melepaskan jawatan presiden parti beberapa bulan sebelum penggalnya berakhir," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Palanivel berkata Samy Vellu telah menjelaskan kepadanya tentang sebab beliau berbuat demikian dan kenapa beliau tidak mahu meletakkan jawatan dengan segera, berikutan desakan yang meminta beliau berbuat demikian selepas kekalahan teruk pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, Palanivel, yang kalah pada pilihan raya umum 2008 tetapi dilantik sebagai Senator awal bulan ini, tidak mendedahkan alasan yang diberi oleh Samy Vellu.

"Saya faham penjelasannya. Saya fikir beliau telah membuat penjelasan yang baik," katanya mengulas mengenai pengumuman Samy Vellu pada Selasa.

Semalam, Samy Vellu yang menerajui MIC selama 31 tahun, mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya dalam tempoh 'lapan atau sembilan' bulan sebelum penggalnya sekarang tamat pada Mei 2012.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan penggantinya.

"Saya akan berundur dalam masa lapan atau sembilan bulan selepas penggal saya tamat pada Mei 2012. Saya akan serahkan jawatan presiden kepada pemimpin generasi ketika itu. Inilah yang telah saya maklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) semasa saya berjumpa beliau sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor," kata Samy Vellu semalam.

Samy Vellu, 74, yang dipilih semula untuk menerajui parti buat kali kesembilan pada tahun lepas, juga berkata apabila tiba masanya untuk beliau bersara, beliau telah pun melatih timbalan presiden untuk memimpin parti, tanpa menamakan timbalannya Palanivel.

ULASAN AKU..

Memandangkan umum sudah mengetahui Samy vellu seakan-akan beban kepada masyarakat India, beliau sepatutnya sudah lama meninggalkan parti dan memberikan ruang kepada pelapis baru. cuma persoalannya, siapa pemimpin yang bakal mengambil alih tempat beliau?

Hakikatnya, kehebatan Samy vellu sebagai pemimpin yang ada 'kelas' tersendiri dari segi pengetah

No comments: