Translate

Total Pageviews

Sunday, May 16, 2010

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN P.212 SIBU

Akhirnya keputusan bagi Pilihanraya kecil ke-11 ini berjaya diperoleh.

Satu 'keajaiban'.

Itu yang disifatkan pemimpin-pemimpin DAP yang berpendapat kemenangan itu adalah sesuatu sangat bermakna.

Petanda yang baik buat Pakatan Rakyat yang baru kehilangan Kerusi Parlimen Wangsa Maju, apabila wakilnya dari PKR, Wee Choo Keong mengumumkan meninggalkan parti itu.

Tapi kita perlu selidik.

Apa yang menyebabkan DAP boleh menang dan apa yang membuatkan BN boleh kalah.

Pelik bukan?

Setelah berbagai-bagai janji ditabur, pembangunan dijanjikan, kemewahan dilapangkan, BN tetap kalah.

Ada yang kata, biar kalah terus dari menang tipis.

Betul, tapi kenapa boleh kalah?

Itu persoalannya.

Hakikatnya, dikala PR sedang bergolak, BN sepatutnya boleh memenangi kerusi itu.

Apatah lagi kerusi itu bukan milik pembangkang. Ianya milik BN., dan sudah menjadi kubu kuat baginya, paling kurang lima penggal!

Baik. Mari kita lihat apa masalahnya.

PERTAMA

Pemilihan calon tidak tepat.

Saya amat yakin dengan pendapat yang satu ini. Ramai kalangan rakan wartawan yang membuat liputan sepanjang tempoh kempen berpendapat, Robert Lau Jr bukanlah seorang yang mesra. Menjadi seorang calon yang kurang dikenali oleh kalangan penduduk Sibu, jika dibandingkan Wong Ho Leng, Calon BN ini perlu tahu cara untuk merendah diri dan memahami hasrat hati setiap seorang.

Ini termasuk kepada media. Tindakan dan sikapnya kurang mesra dengan media menjadi buah mulut. Jadi, keputusannya, media tidak tergamak untuk keluar membuat liputan mengenainya.

Sebaliknya tumpuan kempen bagi media lebih terarah kepada pemimpin kanan kerajaan yang lain.

Dalam satu insiden pada hari pengundi, Robert Lau yang disapa wartawan Malaysiakini, dilaporkan di'luah'kan dengan perasaan kurang berpuas hati mengenai laporan yang dikeluarkan mengenainya.

Ini menunjukkan Robert tidak layak menjadi pemimpin.

Pemimpin yang baik perlu tahu masalah, dan tahu menghadapinya dengan bijak. Dengan status sebagai media baru, Malaysiakini punya agendanya tersendiri dalam menyokong siapa atau kenapa. Hakikatnya, pemimpin yang bijak akan mencuri peluang membetulkan laporan di mana hubungan baik wartawan, media dengan calon akan mengurangkan cerita buruk mengenainya.

Potretkan apa baik baik pada anda. Menjadi calon bukan untuk mengangkat kepala, berhidung tinggi..sebaliknya perlu jalan tunduk kebumi, tapi mata tajam ke mata, sekaligus menusuk hati pihak lain untuk menyukai dirinya.

Ianya mungkin mudah dikata, tapi sukar dikota. Tapi inilah hakikatnya. Rakyat kini sudah celik, macam macam celik sudah ada. Mahu tambat hati, kena tahu caranya.

Pemimpin yang bermegah-megah dengan cara hidup mewahnya tidak ada tempat di hati pengundi.

Tawaduk, maka rakyat akan hormat kepada anda.

KEDUA

Taib's Dynasty!

Ini satu lagi isu.

Krisis sebenarnya.

Kenapa? bagi aku, aku selalu percaya yang kepimpinan terlalu lama akan membawa kepada kehancuran.

Rakyat yang dahulunya menyanjung tinggi akan mula dapat melihat kegagalan dalam pentadbiran.

Satu demi satu, akan bertambah banyak seiring usia pemerintahan.

Harus difahami, selagi kita tidak benci..yang buruk nampak cantik, yang busuk akan nampak wangi.

Tapi sekali benci menguasai diri, maka tidak kiralah sebesar manapun sumbangan, termasuk yang terkini pengumuman pengurangan premium tanah, ianya tidak difikirkan membawa pembaharuan.

Sudah ada bibit-bibit mahu Taib berhenti dari terus mengaut kekayaan negeri. Itu sentimennya. Harus diakui bahawa rakyat sudah muak dengan kehadiran muka yang sama.

Cakap-cakap kaum muda berbangsa cina adalah, mereka tidak kisah jika perlu mengundi BN, tetapi kehadiran nama besar ini menghalang usaha tersebut.

Jadi, moralnya..kalaupun mahu mengaut keuntungan, bagi pada kroni, perlu berpada-pada. Keadaan yang mana pun, perlu bersederhana. Mahu menipu pun, sikit bolehlah..tapi kalau nak menipu siang malam, lama-lama terkantoi juga.

Begitu juga bila mentadbir. Sudah cukup apa yang diterima, apa yang diberi..tinggalkannya, dan beri peluang kepada orang lain yang layak untuk meneruskan kebaikkan kepada rakyat.

Justeru, kegagalan berbuat demikian dengan beranggapan diri masih mahu berkuasa boleh menyebabkan kebinasaan, dan dalam konteks orang Sarawak..pemerintahan yang lama oleh Taib menyebabkan masyarakat Sibu bertindak menyokong seruan DAP berbunyi, "Vote SUPP=Vote TAIB".

KETIGA

BN dan Jenteranya!

Ini isu yang aku tak faham apa yang tak kena dengan BN di Sibu ni.

Apakah partinya? Apakah orangnya? Apakah pemimpinnya?
Semuanya serba tak kena..

Yang nyata, pemimpin di Sarawak dilihat kurang cenderung dalam berkempen untuk calon BN yang seorang ini.

Terlebih yakin mungkin atau tak suka?

Kalau tak suka calonnya, kenapa nak kena calonkan?

Yelah, kempennya tidak berapa nak berkesan. Tidak mesra sama seperti calonnya, Robert.

Tiada kenderaan untuk mengambil pengundi..kempen yang lemah dan segala macam masalah. Entah apa masalah sebenar parti komponen BN yang satu ini.

Apa yang jelas, hanya wakil kerajaan pusat memenuhkan kempen-kempen di sekitar parlimen Sibu.

Perdana Menteri Sendiri perlu berkali-kali turun untuk menyakinkan rakyat mengundi BN.

Kenapa? kerana SUPP sendiri dilihat lemah dalam menyampaikan masej itu.

Ini halkikatnya yang perlu diterima. BN sudah kalah!

Tambahan pula BN gagal berkempen secara bijak.

Guna pentas, bawak Jamal nyanyi lagu..ada apa dengan kempen ini.

Walhal dipentas lain, DAP dengan tanpa sedikit pun rasa simpati, membuka pekung pemimpin-pemimpin BN. segala kesalahan mereka dibogelkan.

Inilah hakikatnya. Sekarang  bukan lagi masa untuk kempen kekampungan. jangan ingat penduduk Sibu dan lain-lain ketinggalan!

Gunalah perang saraf, guna media baru..perkasakan pendekatan kepada pengundi muda.

Kalau boleh mansuh PTPTN pun tak pe lah..ini tak.

PR bukannya sempurna, tapi meerka bijak.

Mereka bijak kerana tahu bagaimana untuk memastikan momentum sokongan kepadanya.

Mereka seboleh-bolehnya tidak mahu bercerita tentang apa yang baik pada mereka tapi lebih suka bercerita tentang keburukkan lawan.

Memanglah cara kempen ini ada yang kata kotor, tapi bagi aku tidak.

Dalam politik, kalau nak menang, kita kena pastikan lawan kita lemah.

Tapi Bn tak pandai buat lawan dia lemah. Bercerita benda remeh temeh..alahai..macam mana nak terus pimpin negara??

Dalam konteks lain, kalau nak bercerita tentang DAP, tindakan mereka membuka segala apa yang tertutup dalam kelambu pempin BN wajar dipuji.

Mereka tidak tergolong dalam kalangan mereka yang berfikiran kuno dalam berkempen.

Tapi, DAP masih meneruskan cara 'ganas' pembangkangnya.

Itu yang aku kurang suka..kalau nak bercakap tu macam nak bergaduh!

Hakikatnya aku tidak suka cara kempen dan diskusi yang semacam itu.

Tapi kalau dah itu caranya kenalah kita redha.

Apa yang DAP perlu lakukan sekarang adalah bukan bermegah dengan kejayaannya itu.

Janganlah berangan nak Putrajaya terus..berangan dulu macam mana nak tolong rakyat. Dah menang, buat cara dah menang. jangan nak terus bertindak membuta tuli. Buat kerja. Tolong Rakyat!

Apapun, tahniah kepada DAP! BN, banyak lagi peluang untuk anda tu tunjuk keikhlasan dalam memastikan rakyat didahulukan.

:) ARIOS!

No comments: