Translate

Total Pageviews

Friday, July 1, 2011

PERHIMPUNAN HARAM DI PULAU PINANG


Diatas adalah gambar-gambar yang aku pinjam dari beberapa blog.

Apa yang jelas, sebuah perhimpunan kecil yang diadakan seperti kebiasaan, bertukar menjadi kecoh, termasuk mengumpul penyertaan luar jangkaan melebihi satu ribu orang.

Segalanya menjurus kepada rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disifatkan mereka sebagai zalim.

Semacam trend, jalanan sekitar Kompleks Tuanku Abdul Rahman (KOMTAR) terganggu dengan kehadiran kumpulan ini.

Paling ketara adalah kesesakkan jalan raya yang menjejaskan beberapa jalan utama antaranya Jalan Perak, Jalan Pinang dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Jelutong Expressway).

Dan tindakan mahu ke Jambatan Pulau Pinang mengakibatkan kesesakkan terus sepanjang lebih 8 kilometer dari Pulau menuju titik tengah jambatan.

Tindakan diambil polis untuk menyuraikan keadaan, bagaimanapun kedegilan beberapa individu membawa kepada penahanan 8 daripada mereka.

Ini termasuk Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor, yang dilaporkan menyerah diri ekoran tindakan beliau menyampaikan ucapon dihadapan kumpulan mereka yang melakukan demonstrasi tersebut.

Perhimpunan haram ini juga ini katanya ada kaitan dengan bantahan penganjuran satu lagi perhimpunan haram yang dijadualkan berlangsung 9 Julai ini- iaitu BERSIH 2.0.

Desas desus mengatakan bahawa Ketua Menteri Lim Guan Eng mengarahkan polis melakukan tangkapan tersebut.

Justeru, Ahli Parlimen Bayan Baru bersama beberapa pemimpin lain, termasuk dari UMNo dilihat hadir ke Ibupejabat Polis Kontijen Pulau Pinang untuk mendapatkan penjelasan berhubung desas desus tersebut, sekaligus mengetahui perkembangan kes melibatkan penahanan peserta pehimpunan haram itu.


Bagaimanapun, Ketua Polis Pulau Pinag, Datuk Wira Ayub Yaakob memaklumkan beliau tidak mendapat arahan mana-mana pihak.

--Dan bagi aku sendiri, perhimpunan haram seperti ini adalah sesuatu yang sangat aku tidak suka. lantaklah nak kata apapun, biarlah siapa pun yang lakukan perkara ini, bagi aku ianya tindakan terdesak, kerana merasakan mereka tidak boleh berbincang.

Pada aku, andai saja perbincangan dilakukan, akan ada penyelesaian. Kalau benar ditindas, maka solusinya, pada pilihanraya akan datang, undi keluar mereka ini. Tunjukkan bahawa anda tidak lagi mempercayai mereka ini untuk memimpin anda.

Itu yang paling mudahlah!

Bukan hanya satu bentuk seksaan minda wujud apabila perhimpunan haram seperti ini lakukan, malah, semua pihak pihak yang berkaitan dengan keselamatan, termasuk polis, terpaksa meninggalkan kerja-kerja pembenterasan jenayah semata-mata nak mengawal keadaan yang sah-sah akan jadi kecoh!

Kesesakkan jalan raya, keadaan hura hara ini akhirnya meyebabkan imej sesuatu tempat (dalam kes ini Pulau Pinang) terjejas, walaupun mungkin apa yang cuba disampaikan oleh pihak yang berdemo itu tidaklah betul (mungkin juga betul).

Dan YA! saya juga tidak bersetuju dengan penganjuran BERSIH 2.0. Ini kerana BERSIH 2.0 jelas tidak mendapat sokongan hampir mutlak seperti BERSIH 2007, dimana tidak banyak laporan polis dibuat sebagai membantah penganjurannya.

Lebih dua ribu laporan polis sebagai bantahan sudah cukup membuktikan bahawa ada yang tegas dalam menyuarakan bantahan. Malah ada kumpulan yang secara terbuka memaklumkan akan menghalang pergerakan BERSIH 2.0 ini.

Polis pulak, sah-sah menghalang sebarang bentuk promosi, dan pengajuran BERSIH. So, Tak payahlah kejalanan untuk menyuarakan hasrat. Rakyat hari ini faham apa yang hendak disampaikan,. Tak perlu keluh kesah ke jalanan.

Apapun seprti yang selalu aku katakan, apa yang aku coretkan disini mungkin menjadi sindiran, atau ada yang akan kata aku ni sokong yang belah sana.

lantaklah..aku dah cakap apa yang aku nak cakap. Nak ke jalanan jugak, pergilah...silakan. Idak teman mampu nak halngnya yeop! apapun aku doakan segalanya berakhir dalam keadaan terbaik. Janganlah ada yang menyesal join dahla!  :)

No comments: