Translate

Total Pageviews

Tuesday, January 20, 2009

SETELAH DUA MINGGU

Setelah dua minggu aku bertapa di Kual Terengganu melaksankan tugasan yang diamanahkan, aku kemali ke Wisma Bernama, di Tingkat 3, untuk memulakan semula rutin biasa. Aku Keluar melaksanakan tugas yang diberikan ~ ada dua.

Yang pertama Must Cover Must Use (MCMU), on Philips new technoly dalam bidang perubatan. Mesin / robot ini digunakan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), dan kedua di di rantau Asia selepas Thailand.

Menariknya, hadir di majlis tersebut adalah sangat memberikan terujaan. Masakan tidak, kehadiran disambut dengan sebuah paper beg yang diisi didalamnya sebuah MP3 yang sangat lah hebat bagi aku. :)

Balik dari menyiapkan tugasan itu, aku terus ke Subang Jaya, ada PC berhubung Kesatuan Sekerja MAS. Tugasan yang mudah dan sangat terancang. Tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jawapan kerana semuanya sudah tersedia.

Balik, aku ketuk story. Bagi tugasan Pihilips, aku tidak perlu tergopoh gapah untuk menyiapkannya, kerana ianya akan disiarkan pada hari Tahun Baru Cina nanti. Aku hanya mengambil insiatif menyiapkan tugasan kedua.

Malangnya, baru aku dapat tahu hari ini BERNAMA TV menggunakan sistem baru dalam penghasilan/ mengigest visual. Malangnya, sistem down dan tidak dapat digunakan. Jadi, aku perlu menunggu giliran untuk mendapatkan ID.

Dalam sekitar jam 6 petang, En ARA meminta para BJ untuk menghadiri satu mesyuarat. Mesyarat yang merungkai segala permasalahan pada hari tersebut dan apa dan bagaimana kami perlu menjalankan kerja selepas ini. KATA KUNCI~WORK SMART.

Baru aku tahu En ARA ada kelebihan dalam memberikan taklimat yang berbentuk motivasi. Kami semua teruja, kami yang aku maksudkan adalah semua BJ yang terlibat dalam meeting itu termasuk beberapa orang senior.

Mereka terkejut dengan 'syarahan' En ARA yang sangat menjadi itu. Masing2 berikrar untuk melakukan sesuatu yang baik, terbaik maksud aku untuk bersama-sama membangunkan BTV.

Tamat kerja, bagus, ID dah diperoleh. Disemak En Ara, tidak banyak yang dibetulkan. Aku kemudian ke Carefour untuk mengambil HP baru aku yang diberikan eddy tanda persahabatan--skrinnya pecah, dan mengambil cermin mata yang juga baru aku buat.

itu jer lah yang terjadi awi ni... :)

2 comments:

Firewabbit said...

hahah. apa ke namanya sistem baru tu?

MR.KUMAR said...

entahlah syaz.. tidak tercapai akal ku...