Translate

Total Pageviews

Tuesday, January 13, 2009

PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU P036

Hari ini hari ke-8 aku di kawasan parlimen P036 Kuala Terengganu.



Suasana di sini sangatlah tenang seolah-olah tiada sebarang pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 2-3 hari pertama tempoh berkempen



Entah, mungkin semangat orang Kuala terengganu dalam bab-bab pilihanraya tidak seperti kawasan 'panas' lain.



Malah, bendera dan poster banyak yang tidak naik dalam tempoh tersebut.



Aku pula diminta buat cross tiap2 hari.



Apa yang harus aku maklumkan kepada penonton bila tiada apa yang sebenarnya ada untuk diceritakan.



Bukankah itu isu yang kurang menarik, tetapi apa hendak dibuat, sebagai pemberita bukan semuanya seperti yang hendak, kita boleh peroleh.



Namun, menjelang hari ke 4 di Kuala Terengganu, banyak kawasan yang mula panas, meriah dan diserika dengan pelbagi bentuk pemandangan diepnuhi bendera dan poster yang pelbagai.



Dan, ketika inilah, semarak api kempen benar-benar mula terasa.



Bukan terasa kerana ada pergaduhan, atau pertelingkahan, sebaliknya pendekatan parti yang bertanding, Barisan Nasional dan Pas (Pakatan Rakyat) mula disemarakkan.



SEBABNYA?



Biar aku berikan pandangan melalui kaca mata aku, seorang dari luar Kuala Trengganu tentang pilihanraya ini bagi Barisan Nasional, Pas@ Pakatan Rakyat, dan calon bebas.



Juga, apa kebaikan yang dapat diperoleh dari kemenangan calon-calon tertentu.



Ok..



BARISAN NASIONAL



Umum mengetahui kerusi Parlimen P036 ini disandang bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang kembali ke Rahmahtullah pada November lalu.



Boleh dikatakan, selepas mengalami Tsunami politik, kehilangan arwah amat besar buat Barisan Nasional, bukan hanya kerana kehilangan seorang pemimpin yang diangkat sebagai salah seorang dalam kabinet, malah, lebih besar kehilangan, adalah kehilangan kerusi parlimen P036.



Maka, dengan secara rasminya, pada 6 Januari lalu, penamaan calon diadakan, dan datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipertaruhkan UMNO untuk dijadikan calon sah bertanding atas tiket Barisan Nasional.



Disinilah, Barisan Nasional mula bermain dengan emosi pengundi.



Umpan kali ini barangkali menjadi.



Seorang Timbalan Menteri meninggal dunia, dan seorang Timbalan Menteri berjawatan Senator dipilih untuk menggantikan beliau.



Dua orang Timbalan Menteri dari Kuala Terengganu dipertaruhkan dalam perhitungan ini.



Umno dan Barisan Nasional mengambil tindakan ini kerana percaya calon yang dipilih harus memenangi pilihanraya ini, bagi mengembalikan kuasa, kepercayaan dan harapan Barisan Nasional bahawa kepimpinannya masih releven.



Malah, ia akan menjadi kayu ukur betapa berjayanya Datuk Seri Najib sebagai seorang yang bakal menaiki tangga politik, dan dinamakan pengganti Pak Lah kelak, dalam mengurus dan memberikan kejayaan kepada Barisan Nasional.



Harus diingat, jika menang Wan Farid, maka menanglah Najib.



Kalah Wan farid, najib tidak tentu lagi kalah, tapi harus bersedia untuk bertemu dengan kekalahan.



Itu adalah sesuatu yang sangat Pasti.



Dari sudut kempen, UMNO dan Barisan Nasional sangat lemah.



Aku sendiri menjadi muak melihat semua papan tanda iklan Barisan Nasional memaparkan pembangunan dan kehebatan pimpinanya di Kuala Terengganu / Terengganu.



Itu dari kaca mata aku sebagai 'orang Luar'.



Tapi barangkali, orang di Kuala Terengganu lain mentalitinya, dan pemimpin Barisan Nasional lebih arif berhubung isu ini~barangkalilah kan!



CALON?



Seorang yang dikatakan sombong, dan tidak tahu bergaul.



Dengan erti kata lain, tidak pandai PR.



Mungkin, nampak kejanggalannya berhubung, dan bersembang, malah senyumnya jugaka agak tidak asli.. hahahahhaha... tapi itu pandangan aku yang tidak tahu siapa Wan Ahmad farid.



Tapi mungkin juga aku salah.. tapi pandangan TUN DR MAHATHIR adalah, Wan adalah seoarng yang sombong.



Sebagai seorang peminat Tun, aku ada sedikit terpengaruh.



Tidak wajar bukan, tapi nak buat macam mana.. dah nama pun manusia.



PAS /PAKATAN RAKYAT



PAS mempertaruhkan seorang ADUN yang sudah 5 penggal memenangi kerusi DUN Wakaf Mempelam.



MUNGKINKAH PAS salah buat pilihan?



Mungkin tidak di kaca mata mereka.



kenapa?



Untuk rekod, 3 daripada 4 kerusi DUN di parlimen Kuala Terengganu di menangi PAS pada pilihanraya umum lalu.



ADUN Wakaf Mempelam bernama Mohd Abdul wahid Endut adalah seorang yang sangat berpengaruh, pernah menjadi seorang exco ketika kerajaan negeri dibawah pemerintahan PAS dengan Abdul hadi Awang menhjadi Menteri Besarnya.



Itu, bagusnya...



salahnya?



Seorang ADUN yang memerintah suatru kawasan selama hampir 18 tahun (kalau tidak salah), tetapi kawasan DUNnya masih daif.



Kenapa?



Nak salahkan kerajaan BN?



Apa yang beliau telah lakukan dalam tempoh 5 tahun menjadi exco dari kawasan tersebut?



Apakah rasionalnya, meilih seorang wakl yang tidak kuat suaranya dalam membawa kebaikan kepada rakyat?



Mukanya manis, wajahnya tenang.. seorang yang sangat ramah.



Walaup tidak bertentang mata, tapi jelas, beliau seorang yang sangat tahu tentang bagaimana untuk entertain kalangan mereka yang dekat dnegan beliau.

Entahlah, itu semua ok.

Tapi, kepimpinan?

Belum boleh lagi nak percaya lagi rasanya.

Lagi seorang yang di'cop' sebagai seorang yang tidak ada ciri kepimpinan yang sesuai oleh TUN!

JADI!

Ketika ini, semua pengundi perlu rasional dalam membuat pilihan.

Sama ada memilih BN yang wakilnya bakal Timbalan Menteri, atau PAS yang berjanji akan memberikan suara yang besar kepada pakatan pembangkang untuk terus mepertahankan hak rakyat.

No comments: