Translate

Total Pageviews

Sunday, January 25, 2009

3 HARI DI KAMPUNG HALAMAN

Sekembalinya aku dari Kuala Terengganu, tidak dapat dinafikan aku begitu berkobar-kobar untuk pulang ke kampung.

Jadi, tiket terus sahaja aku beli bila kembali ke Kota Kuala lumpu (takut habis). Dan tanggal 21 Januari, sekitar 11 malam aku bertolak pulang ke Kampung. Dalam bas, aku lena.. tidak tahu apa yang terjadi di dunia luar, kerana agak kepenatan dek kerja waktu siangnya.

Aku tiba di Hentian Raya, Pusat Bandar Parit Buntar sekitar 3 pagi. Dalam bas, ada seorang mamat nie sedang nyenyak tidur, bila hendak aku kejutkan, baru aku perasan, mamat tuh, classmate aku dulu. Mera Musyiri nama dia.

Aku pun dengans selamba kejutkan dia. Dia mamai.. aku pun biarkan dia bangun dari mamainya dan melangkah turun. Baru dua tiga langkah aku di hadapan, mamat tuh dah hilang dari pandanga. Mungkin malu kerana telajak tidur agaknya.. terus dia 'menghilangkan' diri.

Aku pun ambil teksi, sampai di rumah, ibu sudah sedia menanti.

Hari pertama aku buang masa sahaja di rumah. Tidak melakukan apa-apa kecuali menonton TV~aktiviti kegemaran aku.

So, hari kedua adalah hari untuk aku bercanda riang. Aku keluar bercengkerama dengan rakanku yang balik dari UITM di Machang sempena cuti Tahun Baru Cina. Aku, Akma~kawan aku, dan adiknya Wani makan2 di Pizza. Entah kenapa, kalau di KL, nak mengadap Pizza cukup tidak mahu, tapi bila balik kampung Pizza adalah destinasi dituju. Mungkin kerana pilihan yang ada terhad.

Then kami ke Bang Pecah~ lokasi santai2, tepi pantai. Sangat menarik suasana dikala natahari baru nak turun seolah-olah ingin tenggelam dalam lautan.

OH! lupa, aku sempat beli tepung muruku dan nyior untuk dibuat muruku~eddy mintak.

Hari ketiga, aku melangkah ke rumah sepupu aku. Rindu anak-anak sedara aku. Memang kehadiranku, seperti biasa disambut girang anak-anak saudaraku. Malah sepupu aku sudah siap memasak. Yang menariknya, buat pertama kali dalan seumur hidup, aku makan ulam raja masak goreng.

Kalau selama ni, ulam raja hanya dimakan mentah, tapi entah apa resepi sepupu aku guna, menjadi ulam raja gorang tuh. SEDAP! Makan pulak dengan kari ayam.. yum2.

Sempat jugaklah aku tengok rumahnya yang sedang dalam pembinaan, 5 bilik siot!! rumah kampung yang dahulunya papan, kini diruntuhkan dan dibangunkan dengan rekabentuk yang sangat cantik.

Sekembalinya ke rumah di Parit Buntar, aku pedajal kari ketam yang ibuku sudah sediakan. Walaupun kat rumah sepupu dan muntah kedarah, tapi aku memang dah lama nak makan ketam masak kari. Dan atas permintaan aku.. dapatlah aku rasanikmatnya kari ketam pekat air tangan mak.. nyum22222!!!!

Dan seperti biasa, rasa malas pulak nak naik bas balik KL.. terasa jauh pulak nak balik. Tapi seperti yang aku selalu ucapkan, Kerja is Kerja, kalau tak kerja, tak ada duit, kalau tak ada duit, silap aribulan, semut pun tak jeling. So!!! IM back at KL.

Impian sudah dilaksana, so semangat bekerja extra sikit.. berkat ayor tangan mak teman masak ketam kari yeop!!!!

1 comment:

Teruterubozu Anamae said...

gitu la...balik xmo cari membe. xpe kumaran...xpe...