Translate

Total Pageviews

Friday, January 21, 2011

PENGERTIAN SEBENAR THAIPUSAM

Mungkin tajuk yang aku lampirkan kurang menarik, memandangkan ramai pihak yang sudah maklum apakah itu sambutan Thaipusam.

Tetapi hakikatnya, masih ramai masyarakat India / Hindu yang gagal memahami erti sebenar sambutan ini diadakan.

Dan sekadar memberikan pandangan, secara faktanya dikutip dari sumber Malaysia Hindu Sanggam (MHS), yang bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat yang tepat berkenaan tuntutan dan aturan beribadat seperti yang dituntut dalam ajaran Hindu.

Dan kepada rakan yang bukan Hindu, jadikan apa yang anda baca disini sebagai satu bentuk maklumat berguna agar anda tidak dipesongkan dengan amalan yang tidak kena pada ajaran agama Hindu itu sendiri.

Apa yang penting untuk diketahui adalah maklumat ini 100% dari HSM, dan tidak ada apa-apa tamnahan info dilakukan, melainkan pandangan peribadi yang diwarnakan dengan warna MERAH ini.

APA ITU THAIPUSAM?

Thaipusam adalah sambutan yang diraikan sebagai hari kebesaran "Dewa Muruga". Muruga turut digelar dengan nama-nama yang lain, termasuk Skanda, Subramaniya, Karthikeya dan Shanmuka. Thaipusam diraikan pada Bulan 'Thai' dalam kalender Hindu, dimana hari sambutan jatuh pada ketika Bulan melintasi Bintang 'Pusam'. Ia sekaligus membawa kepada pengertian "Thai" + "Pusam". Yakni, kejadian bulan melintasi bintang Pusam pada bulan Thai. Sambutan ini didedikasikan kepada Muruga menerusi beberapa mitos.

CERITA DISEBALIK THAIPUSAM

Thaipusam diraikan saban tahun bersempena dengan hari Dewi Parvathi memberikan "VEL" kepada Muruga bagi menewaskan 'Tharakasuran'.



 "MURUGA"

Ini susulan 'doa' yang dizahirkan mereka yang dianiaya Tharakasuran kepada Dewa Shiva yang kemudiannya mengarahkan Muruga menghentikan tindakan Tharakasuran. 11 jenis senjata diberikan Shiva kepada Muruga, manakala Parvathi menghadiahkan VEL yang mempunyai kuasa yang tinggi. Muruga berjaya membunuh Tharakasuran pada hari Thaipusam, menjadikannya sambutan yang kini diraikan meriah disegenap pelusuk dunia. Simboliknya, Thaipusam adalah hari kejahatan dikalahkan oleh kebaikan.

 "VEL

LAGENDA MENGANGKAT KAVADI

Umum mengetahui pada sambutan Thaipusam, Kavadi diangkat menuju ke kuil-kuil Muruga. Namun, ramai yang masih tidak mengetahui kenapa ia dilakukan.

Ianya dikaitkan dengan kisah Idumban, seorang pengikut Saga Agastya (Sami) yang taat. Suatu hari Saga meminta Idumban membawa dua bukit yang dijadikan tempat menyembah Muruga. Taat kepada permintaan gurunya, Idumban mengangkat dua bukit itu dengan mudah. Muruga yang memerhati tindakan Idumban bertindak mahu menguji sejauh mana taatnya Idumban kepada perintah yang dikeluarkan. Justeru, Muruga mengambil rupa seorang kanak-kanak dan berdiri di puncak salah sebuah bukit tersebut. Bukit itu menjadi berat.



 "IDUMBAN"

Sedar bukit itu berat dengan kehadiran kanak-kanak itu, maka Idumban mengarahkan kanak-kanak itu (Muruga) turun dari bukit itu. Muruga yang degil dan tidak menurut perintah kemudiannya menjadikan Idumban hilang sabar.

Kemudiannya, Idumban disedarkan tentang 'ujian' tersebut dan memohon maaf kepada Muruga. Muruga kemudiannya melantik Idumban menjadi pengawalnya. Mengambil simbolik dari kejadian ini, kavadi disignifikasikan sebagai dua bukit diangkat Idumban akan mendapat rahmat Muruga.

--Terdapat juga amalan mengangkat belanga berisi susu yang dipanggil 'Paal Kudam'. Susu didalam belanga ini digunakan untuk memnadikan patung Muruga pada hari sambutan.(Saya kurang pasti tentang lagendanya, tetapi ianya tidak menyalahi tuntutan agama).

 "KAVADI"

 "PAAL KUDAM"

AMALAN YANG TIDAK DISEBUT

Anda mungkin pernah melihat, sambutan Thaipusam diserika dengan para penganutnya menindik badan mereka dengan pelbagai bahan. Malah ada sesetengahnya, mengenakan cakuk yang kemudiannya digunakan untuk menarik Pedati.

Namun dalam mana-mana buku suci Hindu, tidak disebut tentang amalan ini. Ini termasuk Mitos disebalik sambutan Thaipusam atau Lagenda mengangkat Kavadi. Ramai pihak yang mengamalkan nazar yang tidak disebut dalam buku agama ini, atas pandangan mereka menunaikannya berdasarkan nazar yang dibuat.  Namun, ianya tidak tepat dengan keperluan sambutan dan perlu dihentikan.


 "BERTINDIK DIMUKA"
"MEMAKAI CAKUK"


KESIMPULANNYA

Ini pandangan peribadi. Bagi saya, masih ramai masyarakat Hindu yang naif tentang pengertian sebenar sembahyang dan acara, serta sambutan khas dalam agama Hindu. Justeru, adalah penting lebih ramai masyarakat Hindu disedarkan dari terus terpesong. HSM perlu lebih agresif dalam memberikan pemahaman sebenar kepada masyarakat Hindu. Semoga masyarakat Hindu Malaysia akan menjadi mengamal amalan Hindu terbaik di dunia tanpa sebarang keterpesongan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Kuil-Kuil Utama yang meraikan Thaipusan di Malaysia

 BATU CAVES SELANGOR
 IPOH,PERAK
 SUNGAI PETANI, KEDAH
KEBUN BUNGA, PULAU PINANG

1 comment:

Anonymous said...

salam sejahtera,,,
sy seorang pelajar dan sekarang sy sdg menkaji untuk perayaan thaipusam,,
sy nak minta bantuan anda untuk menbantu sy sekiranya anda tidak keberatan kerana banyak lg perkara yang perlu sy tambah untuk projek sy,, terima kasih