Translate

Total Pageviews

Monday, January 24, 2011

SERANGAN BALAS!

Lim: Kenyataan Mukriz tak masuk akal
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan sebagai "tidak masuk akal" kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bahawa 99 peratus pelaburan di negeri ini adalah atas usaha promosi kerajaan pusat.

Lim berkata adakah ini bermakna kalau Pulau Pinang tidak mendapat pelaburan, itu juga tanggungjawab kerajaan pusat.

"Kalau Mukhriz yang cakap begitu, beliau juga mesti bertanggungjawab kalau Pulau Pinang tidak berjaya (menarik pelaburan). Tak kan kalau berjaya beliau hendak dapat kredit dan kalau tidak berjaya itu salah orang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Masood Khalid di George Town hari ini.

Katanya enam bulan pertama tahun lepas, kerajaan negeri dikritik hebat oleh pihak pembangkang negeri iaitu dari BNkerana hanya mampu mencapai RM1.5 bilion pelaburan.

"Masa itu, kita dikritik hebat dan mengapa BN tidak keluar untuk mengaku itu salah mereka. Sekarang bila Pulau Pinang dapat mencapai jumlah pelaburan yang tertinggi tahun lepas, itu dia punya kredit dan itu dia punya kepandaian," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Mukhriz bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-PKR-PAS tidak harus cepat "mengambil kredit" di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan.

Sebelum ini, Pulau Pinang berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 465 peratus pelaburan pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2009.

--Bernama
 
Aku baru update tadi tentang laporan mengatakan 99% pelaburan ke negeri Pulau Pinang dibawa MITI.  

Baik. Kini Ketua Menteri, lim Guan Eng serang balas dengan mengatakan bahawa apa yang terjadi ketika tahun 2009 dikala negeri itu menerima pelaburan yang rendah juga berpunca dari MITI.

Jom kita, eh saya analisa sekejap.

Ini laporan yang dibuat ketika cerita kurangnya pelaburan dinegeri Pulau Pinang pada 2009.


PULAU PINANG 27 Okt. - Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dibidas kerana berterusan gagal menarik pelabur ke negeri ini walaupun sudah lebih dua tahun mentadbir negeri.

Lebih menyedihkan, ramai rakyat Pulau Pinang terpaksa membuka gerai di tepi jalan sehingga tumbuh seperti cendawan selepas hujan bagi menampung hidup ekoran kurang peluang pekerjaan dan perniagaan.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan (gambar) berkata, keadaan tersebut adalah petunjuk jelas tentang keadaan ekonomi di negeri itu yang tidak berkembang dipercayai akibat kegagalan ditadbir dengan baik.

Menurutnya, pada 2008 pelaburan yang berjaya dibawa masuk adalah sebanyak RM10.2 bilion hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dan ia kemudiannya menunjukkan penurunan pada 2009 dan 2010 selepas peralihan kuasa berlaku.

"Pada 2009, jumlah pelaburan yang dicatatkan adalah RM2.2 bilion iaitu turun sehingga 79 peratus dan bagi Januari hingga pertengahan tahun ini pula hanya RM930 juta berjaya dibawa masuk.

"Jumlah pelaburan asing langsung (FDI) yang berjaya dibawa masuk ke negeri ini menjelaskan bagaimana teruknya keadaan ekonomi di Pulau Pinang di bawah pimpinan Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau berkata, Gerakan Pulau Pinang bimbang dengan situasi tersebut dan sedang giat berusaha untuk membantu mengatasi perkara itu termasuk merancang pelbagai program yang mampu menyumbang ke arah perkembangan ekonomi negeri.

"Kita sedang merancang membawa Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Martrade), Datuk Mah Siew Keong melawat negeri ini untuk bertemu dengan pelabur dan pihak berkaitan.

"Kita tidak boleh berdiam diri sahaja kerana Gerakan memberikan keutamaan tentang isu seumpama ini,'' katanya.
 
ok. Laporan ini menunjukkan yang ada usaha dipihak Gerakan membawa kembali pelaburan ke Pulau Pinang melalui Matrade.
 
Matrade dibawah MITI. 
 
Mungkinlkah benar usaha yang dijalankan MITI inilah pelabura dapat ditingkatkan semula.
Apapun, saya percaya LIM juga sudah menguasahakan pelaburan masuk ke PP, meandangkan beliau memrlukan cerminan pentadbiran yang baik, apatah lagi jika ianya melibatkan kemakmuran ekonomi negeri.

Apatah lagi dengan ura-ura pilihanraya umum yang mungkin berkunjung tiba pada bila-bila masa!

Cuma sebagai rakyat Pulau Pinang yang punya hak mengundi, anda berhak bertanya tentang rekod pelaburan yang masuk itu.

Bagaimana ia masuk, siapa yang membantu ia masuk. 

Kita juga perlu tahu, berapa banyak pelaburan yang diterima hasil dari usaha LIM, dan MITI.

Barulah cerita sebenar dapat dibongkar.

Ini asyik main balas-balas kenyataan. *aku pun boleh buat* hehehe

Ok, dah-dah. Pi buat kerja. Lain kali, toksah hang pa dok gaduh. bagihlah ada pelaburan. :P

 
 

No comments: