Translate

Total Pageviews

Sunday, January 30, 2011

SOAL SALAM


"Meskipun ada ulamak berpendapat bahawa seseorang wanita boleh bersalam dengan lelaki ajnabi dengan syarat pada ketika itu darurat yakni dengan tujuan untuk menjaga maruah dan air muka orang yang menghulurkan salam. 

Seorang wanita mestilah sentiasa bersedia menghadapi situasi yang tidak diduga seperti itu. Alangkah elok, kiranya ustazah sentiasa berpakaian sama ada bertudung yang agak labuh sedikit dan menjadikan tudung sebagai pelapik untuk bersalam apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi.

Selain itu, teknik lain yang boleh digunakan ialah berpakaian dengan lengan baju yang luas dengan memasukkan tangan ke dalam lengan baju sedikit dan terus bersalam secara berlapik.

Teknik ketiga ialah, melapik tangan dengan selendang yang diletak atas bahu. Selalunya golongan kenamaan sangat gemar mengenakan selendang di bahunya sebagai fesyen Melayu tradisi. Insya Allah dosa kecil ini dapat dielakkan.

Pernah seorang professor perempuan tersohor yang datang ke Malaysia, bertanya kepada saya, sama ada beliau boleh menghulur tangan untuk bersalam dengan lelaki Islam.

Jawapan saya kepadanya, ia bukan tradisi seorang muslim sejati. Saya sungguh kagum kerana Professor itu diam dan cuba tidak bersalam dengan lelaki Islam ketika berada di Malaysia.

Malah jika menurut etika dan protokol yang standard, seseorang lelaki tidak boleh menghulurkan tangan terlebih dahulu untuk bersalam dengan wanita.

Ini adalah kerana lelaki itu hanya perlu menyambut salam itu sekiranya wanita tersebut yang terlebih dahulu menghulurkan tangannya."


Diatas adalah sebuah petikan komen yang saya olah sedikit. Ianya diletakkan sebagai sebuah nukilan Pensyarah Univeristi Tempatan oleh sebuah portal.


Saya kurang arif dalam hal-hal melibatkan soal ke-Islaman. Meski dari usia kecil sehingga hari ini saya bersahabat dengan rakan-rakan melayu yang susur galurnya Islam, saya masih tercari-cari banyak perkara tersirat disebalik setiap betuk saranan dan tegahan yang ada dalam agama tersebut.


Antaranya termasuk larangan antara bukan muhrim, termasuk bersalaman.


Umum ketahui bahawa isu 'salam' ini menjadi hangat sepanjang kempen Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang baru melabuhkan tirainya petang tadi.


Isunya, dibangkitkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendakwa kegagalan wanita yang menjadi Calon PAS bagi PRK terebut menghulurkan salam kepada masyarakat lelaki cina, menghina mereka.


Apakah benar dakwaan itu?


Baik. Seperti kelazimannya, ada baiknya kita tidak memihak kepada mana-mana kumpulan. Biar analisa ini berteraskan kepada logik akal dan bukan kepada kecenderungan sokongan.


Dalam soal ini, mahu tidak mahu terpaksalah saya membidas kenyataan Dr Chua yang saya sifatkan sebagai pemimpin yang tidak celik tentang asas keagamaan dan budaya masyarakat Melayu-Islam. Menjadi seorang pemimpin masyarkat untuk satu tempoh yang sangat lama, wajarkah beliau mempersoal tindakan Cigu Mala-calon Pas yang enggan hulurkan salam.


Sejujurnya, aku pernah menghulurkan salam kepada rakan-rakan wanita melayu. Ada yang sambut, dan ada yang menolak dengan baik. Di situ, kita faham bahawa ianya sesuatu yang tidak dibolehkan. Maka, sebagai individu yang rasional, adalah penting untuk kita mengaplikasikan tindakan itu dalam kehidupan seharian kita. lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu besar seperti pemimpin.

Justeru, mengambil maklum tentang pantang larang yang sebegini, kita sepatutnya mengelak dari menyentuh mereka dan bukan galak mempersoal tindakan itu.


Dan-paling penting, ia mencerminkan tentang sejauhmana kita mampu untuk menjadi masyarakat yang inklusif. Mampu untuk menyerap semua maklumat tentang apa yang boleh dan tidak boleh dalam agama masing-masing agar ianya tidak menyebabkan satu-satu pihak menjadi tersinggung.


Justeru, jelas-Dr Chua seorang yang Jahil, meski memimpin negara dengan pelbagai jawatan selama ini.


Dalam perkembangan berkaitan, Cikgu Mala, yang menjadi sasaran BN-Dr Chua tentang isu salam 'tews' kepada beliau setelah muncul dengan sarung tangan ala Kak Wan! Apakah ini kekuatan iman yang hendak dicerminkan oleh seorang yang dicalonkan menjadi pemimpin.


Bari disergah sedikit dengan sedikit cubaan, sudah timbul penyelesaian yang sangat tidak melambnagkan jati diri yang kukuh. Andai benar Islam kata jangan, katakan jangan. Apakah perlu sangat memenangi undi, menjadi ADUN kalau nak dibandingkan dengan usaha memartabatkan agama?


Tindakan Cikgu Mala bukan memberikan penerangan kepada masyarakat bukan Islam sebaliknya tambah mengelirukan.


Kenapa? Seolah-olah perkara larangan dalam agama adalah sesuatu yang boleh ditukar-tukar mebgikut kesesuaian.


Memang Islam membolehkan perkara-perkara diubah mengikut kesesuaian (asalkan tidak lari dari tuntutannya), tetapi apa yang dilakukan Cikgu Mala adalah tidak logik dan sekaligus mengelirukan.


Justeru jelas, agama tidak sewajarnya dipolitikkan meski agama itu sempurna jika politik berteraskannya.


Sejauhmana keyakinan parti yang satu ini dalam memartabatkan agama andai pendirian dalam perkara sekecil bersalaman pun terhantuk dan terhimpit?


Dan akhir kalam, andai soal agama dan adat dicampur adukkand alam politik, tanpa adanya rasa hormat..maka, masyarakat kita akan terus terpisah tanpa mahu mengetahui keunikkan dalam setiap agama.

No comments: