Translate

Total Pageviews

Thursday, February 12, 2009

BANGGA MELIHAT KEJAYAAN RAKANKU

Itulah perasaan aku ketika ini. Entah kenapa rasa bangga cukup membuak-buak melihat rakan-rakan yang sama-sama dahulu menuntut ilmu di MIIM kini sudah mampu untuk mendabik dada berbangga, bahawa masing-masing sudah diterima masuk ke duani media dan bukan kecil-kecil peranan yang dimainkan.

Biar aku mulakan dengan ZEKTI's dulu. Zul, sudah pun menjadi seorang pengacara yang dikenali di AWANI. Rezekinya cukup murah berbanding kami yang lain kerana, pada bulan kedua dia menjalani latihan industri (kalau tak silap), dah diberikan kepercayaan untuk menjadi sebahagian dari krew penerbitan WW. Bukan kecil budak peranan yang dimainkan, sebaliknya sebagai seorang moderator. Sebagai agen yang membincangkan setiap persoalan yang dilontarkan. Harus diakui, sebagai seorang lelaki, dan masih cetek ilmu dalam bidang pengacaraan, ZUL nampak kau dan banyak didominasi oleh Dang Suria. Tapi pagi tadi aku berkesempatan menonton lagi rancangan yang mebincangkan isu wanita itu, apabila dipasang dibilik berita Bernama TV. Zul sudah semakin bagus dari segi cara berkomunikasi dan keyakinan dalam membincangkan isu. Sangat menarik kerana mampu melontarkan idea yang secara peribadinya membuatkan aku kagum melihat perkembangan positif rakanku seorang ini.

Next is EDDY. Walaupun belum lagi memeroleh rezeki untuk menerima pekerjaan yang berkunjung tiba, tapi aku percaya rezekinya murah. Banyak tawaran yang berkunjung tiba, dan ada yang sudah memiutanya datang bekerja. Namun, mungkin rezeki belum menjadi miliknya, Eddy terpaksa menolak tawaran yang datang atas faktor lokasi dan keluarga. Tak apa Eddy, rezeki ada dimana-mana.

TASHA!
Perempuan yang seorang ini sudah semakin pening berada di Krangkraf, menjadi salah seorang wartawan yang di majalah popular 'REMAJA'. Katanya, rakan sekerja baru berhenti dan dia diamanahkan untuk memikul tanggungjawab bagi ruang kelolaan rakannya itu. Katanya, dia merasakan Batu Caves diatas kepalanya ketika ini. Mungkin ungkapan yang dirasakan paling sesuai untuk menggambarkan beban yang dipikul. Tetapi di mata aku, aku merasakan Tasha diberikan tanggungjawab itu atas kemampuannya. Dia mampu melakukannya jadi dia mendapat amanah. You can do it tasha.. Belive me and belive urself.

IDA!
Well, nothing much i have to say about her. She is just a Diva here in Bernama TV. Its a plesure to work with one of your best friend under one roof. Sekurang-kurangnya adalah tempat nak membebel dan bergurau senda dikala penat bekerja. Apa-apa pun, yang penting, she is still the best.. ha ha ha.

Itu cerita kami kumpulan ZEKTI's.

Ada lagi rakan lain, antaranya seperti Ema, Syaz, Fatin, Nabil, Eg, Jaja, Ganesan, serta kaum kerabat MIIM yang sudah selamat menempatkan diri dalam dunia media mahupun dunia korporat.

Satu kebanggan bila dapat melihat rakan kita dapat muncul di kaca TV, walaupun sekadar dalam sidanh media, menampakan yang mereka berjaya membentuk diri menjadi insan yang berguna walau berhadapan pelbagai masalah di peringkat pembelajaran.

Well, i hope ill have something more than this to talk about soon. who knows salah seorang berkahwin dengan kerabat diraja macam YM Tuanku Azrinaz. huhuhu... aminkan ajalah kan. Yang penting, siapa juga anda, dimana juga anda berada, jangan lupakan diri saya yang kerdil ini. Dalam masa sama, doakan saya mencapai kejayaan sama, dan jangan segan silu untuk menegur setiap cacat dan cela dalam pekerjaan mahupun kehidupan luar kerja. Jika terlihat saya semacam lupa diri, lupa daratan atau apa saja yang baik, tolong ingat2kan,tolong cuit2kan.

Semoga kita meniti kejayaan secara bersama.

:)

1 comment:

Miss Nora89 said...

bestnye tgk semo da berjaya.
pasni kitorg plak.
hee