Translate

Total Pageviews

Wednesday, February 18, 2009

EARTH HOUR



Bayangkan sebahagian besar Kota Kuala Lumpur bergelap dengan semua lampu utama ditutup selama satu jam. Sebuah kota yang besar dalam kegelapan sudah pasti akan menjadi buah mulut tentang apa yang sedang berlaku, dan kenapa ianya berlaku. Pada 28 Mac, Malaysia akan menyertai pergerakan dunia dalam usaha bersatu dengan 1000 bandar utama, dan penghuninya bagi menyokong program 'EARTH HOUR', dengan menutup lampu yang tidak memberikan kesan (jika ditutup) untuk satu jam, yang berlangsung secara serentak bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam (waktu tempatan). Semuanya untuk menggerakkan suara menyokong kesatuan menghalang perubahan iklim dunia.

'Earth Hour' adalah inisiatif yang dimulakan World Wide Fund For Nature (WWF) di Sydney, Australia pada 2007. Tahun lalu, lebih 50 juta orang melintasi 35 negara mengambil bahagian dalam program sama. tahun ini, WWF menyasarkan 1 Billion orang, dari seluruh dunia-individu, kerajaan mahupun korporat bersatu meyahut seruan WWF ini.

Di Malaysia, WWF menyasarkan 5 juta individu, dan korporat akan tampil meyokong dan mengambil bahagian.

Salah sebuah bangunan yang menjadi perlambangan Malaysia, Menara Kuala Lumpur, dengan berbesar hati menyatakan kehendak dan sokongan bagi menyertai program ini dengan menyediakan ruang bagi melancarkan program serta menjadi sebahagian dari bangunan yang menutup lampunya.

Di samping itu, selebriti pelbagai peringkat dan industri juga bersama-sama menyertai dan memberikan sokongan kepada pergerakan WWF Malaysia ini. Antara selebriti yang tampil memberikan sokongan ini termasuk Zainal Abidin, Alex Yoong, Karamjit Singh, Stephanie Chai, Lina Teoh, Shebby Singh, Daphne Iking, Syarifah Amani, Sarimah, Sazzy Falak, Rina Omar, Aishah Sinclair, dan Lyn Lim. Selebriti ini akan akan mempromosikan usaha ini. Menariknya, Pengarah popular dengan idea menarik dan bernas, Yasmin Ahmad dilantik telah dilantik menjadi duta bagi Earth Hour ini.

Media dibawah Media Prima (rangkaian media terbesar), Astro, serta Kementerian penerangan-bersama BERNAMA TV, menyokong sepenuhnya projek ini.

Jadi TOLONG laksanakan tanggungjawab anda. Jadilah manusia yang prihatin. Buktikan dalam keadaan negara dilanda pelbagai spekulasi tentang perbezaan-perbezaan yang sedang di'highlight' media dunia tentang Malaysia--ini masa dan waktunya untuk kita buktikan bahawa kita BERSATU!

Ingat!

28 MAC, Jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.. tutup lampu untuk menunjukkan anda ada suara!

Peranan anda amat dihargai.

Untuk maklumat lanjut layari--www.earthhour.org
P/S rakan2 yang membaca post ini, tolong forwardkan ke serata pelusuk negara untuk menyambut sokongan mereka dalam program ini..

No comments: