Translate

Total Pageviews

Wednesday, December 17, 2008

MUNGKINKAH ESOK?

Sejujurnya.... antara impian kecil aku dalam dunia media melibatkan bertemu idolaku.

Siapa?

1) Tun Dr.Mahathir Mohamad
2) Dato' Siti Nurhaliza Tarudin

Hakikatnya, hari ini, tinggal kurang 24 jam.. aku mungkin akan dapat merealisasikan impian pertama.

Aku telah ditugaskan untuk menghadiri tugasan yang dihadiri Mantan Perdana Menteri Malaysia yang disayangi ramai ini.

Aku sangat teruja bila En. Kamal, editorku berkata-"Kumaran, esok jangan lupa bawak kamera. Ambik gambar dengan Tun Mahathir."

Aku tidak mampu untuk menyorok rasa girang aku ketika itu.. seraya aku menjerit dalam nada yang terkawal.. YES!!!!

Dan terus, tanpa melengah aku panjangkan suara menjerit kecil meminta Ida bawa kamera esok. Malang! Esok Ida bercuti.. ketika ini aku buntu.. entah di mana perlu aku mencari kamera.. aku tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk merakan gambar bersama beliau..

Dan dalam kegirangan ini, ada sedikit kegusaran yang berlegar2 didalam minda.. minta jangan terbatal tugasan ini. Tidak dapat aku nafikan.. aku akan sangat kecewa jika tugasan ini dibatalkan.. OH TUHAN.. Jangan...

Seperti biasa.. aku akan pasti mengantar stu lagi cerita esok tentang bagaimana suasana sebenar pertemuan aku dengan tokoh kebangaan aku itu...

GIRANGNYA!!!! TAK SABAR.....

:)

1 comment:

Abby said...

Tun...my idol!
He's one in a million~