Translate

Total Pageviews

Monday, December 15, 2008

JEJAK KAKIKU DI PARLIMEN


Setiap kali aku melihat dan memerhati bangunan yang menghimpunkan para pemimpin negara ini, aku akan senyum sendiri memikir bila aku akan berpeluang menjejakkan kaki ke sana.


Bukan sebagai seorang pemimpin--tetapi sebagai seorang siarawan yang diamanahkan untuk kesana, membuat liputan berhubung isu yang diusul, dibincang dan diputuskan.


Melihat gelagat sang pemimpin yang pelbagai di kaca TV selama ini.. membuatkan aku berfikir sendiri, apakah ini yang dinamakan barisan hadapan kepimpinan dan inikah tempat yang dianggap berprestij bagi seorang wartawan untuk jejak.


Aku sudah memikir untuk bertugas disana.. membawa pulang berita hasil pembentangan, pertikaman lidah serta 'permainan politik' kalangan pemimpin, baik kerajaan mahupun pembangkang.


Tapi tidak pernah aku sangka yang hari itu adalah esok. Ya! esok aku akan jejakkan kaki buat pertama kalinya ke pintu Parlimen untuk membawa pulang berita.


Aku masih teragak2 apa yang patut aku lakukan dan dimana dan apa yang harus aku lakukan.


Aku akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik..


Dan seperti biasa.. aku sudah redha dengan ketentuan ini dan aku percaya ada hikmah tersimpan dalam lipatan cerita penugasan aku disana.


Apa? Kenapa?


Masa yang akan menentukan...


Aku pasti bahawa, esok.. aku akan titip pengalaman pertamaku disana itu disini.. sangat pasti.. :)

2 comments:

abbythejournalist said...

amboi....
seronokkah berada di Parlimen?
enjoy work, u'll enjoy life ;)

SweetieGoddess said...

beb..if parlimen is harrods..i'm willing to be there 4ever!! ahahaha... thanxs god u r in Bernama n of coz u will be sent there frequently!