Translate

Total Pageviews

Wednesday, December 17, 2008

SEMBANG PANJANG...

Sekejap tadi.. kurang sejam rasanya.. aku berpeluang bersembang dengan editor tugasan aku, Puan Rafe'aton atau lebih mesra kami panggil dengan gelaran Kak Ton.

Entah dimana kami mulakan.. cerita kami memusing kesegenap penjuru pengalaman, cerita, berita dan gosip yang sedang dan telah kami lalui.

Aku dengan ceritaku mengenai diriku, ibuku, bapaku dan semuanya tentang apa yang sedang aku lalui ketika ini.

Seperti seorang kakak.. sesuai dengan panggilan akak yang sering aku lontarkan kepada beliau, bukan main aysik lagi kami bercerita.

Kenapa perlu aku ceriata tentang 'persembangan' kami tadi?

Ada sebabnya..

aku mahu nyatakan bahawa selama aku bekerja dibawah beliau, saya telah banyak dididik.

Meski ramai yang mengatakan beliau adalah seorang yang tegas dan berterus terang atau ertikata lain laser...aku pasti ramai yang belum mengambil insisiatif untuk mendekati beliau dan memahami apa yang beliau cuba sampaikan.

Ramai yang sebenarnya terlepas pandang tentang input yang diberikan dan melemparkan pandangan tentang ketegasan yang ditampilkan...

Yang pasti...aku akan sentiasa mengambil input dari setiap seorang disini... memahami dan menjalankan tugasku sebaik mungkin...

Thanks 4 the nasihat Akak!

:)

No comments: