Translate

Total Pageviews

Friday, December 12, 2008

ENTRY BOHONG

bulan lalu lepak bersama dua lagi temanku.

1 lelaki: sudah berkahwin. lebih 10 tahun.

1 perempuan: pernah bercinta bertahun.



persamaan kami: disampahkan. faktor: pasangan hilang cinta. thesis: setia itu satu kebodohan yang maderfaker.



wadefak.



apakah ini bermakna perkara ’setia’ itu terlalu diberi bayangan terlalu gah, walhal konsep itu sebenarnya satu mauduk yang sangat bangang?



seperti tiada relevannya rama2 pada tilam basah, atau helmet ketika memandu myvi, juga cermin mata hitam ketika tidur di pekat malam. bermakna, siapa yang setia itu, bangang?



kawan perempuan aku ckp "lelaki mmg begitu. tidak reti setia". aku tepuk kepala dia. aku kata "abih sebelah kau tu perempuan?". dia diam. kawan lelaki aku bilang "isteri aku sudah ada lelaki lain. dan aku sedang mencuba untuk mengambilnya kembali".



aku tepuk kepala sendiri. "kita memang bongok ke haa?" dan di kopitiam itu kami terdiam bertiga. kita setia, dia tidak. tidak ada kaitan dengan faktor usia, jantina, pembesaran, apa2. diri sendiri. kalau tidak dijaga diri itu, memang tidak akan mampu. tidak semua dilahirkan menjadi pecinta tegar. tidak semua berminat. tidak semua ada ingin menetap di satu alamat.



alasan biasa:

1) bosan.

2) lebih bebas.

3) tidak mahu serabut.

4) orang lain nampak bahagia.

5) isi tempat kosong. (semua jawapan bisa dibuat, tiada yang salah kerana semua orang bijak menciptanya)



ada kawan yang berprofession ‘pencari gadis’. ada yang ‘pemangsa lelaki’. ada juga yang ‘pelaksana dendam’. masih ada yang ‘pemuas serakah’. baik lelaki, mahu perempuan. kelakar. apa yang kamu dapat berlari2 mengejar kabus?



sekadar penat. benar, ada sedikit dingin dan nyaman, tapi bila matahari mua muncul dan segala kabus memadam, apa lagi yang kau rasa? tenang? damai?



jangan bohong, kawan2.



melainkan jika kamu itu binatang yang tidak tuhan beri akal dan jiwa, bersifat hati kering itu pasti membahagiakan. kawan perempuan aku kata lagi "sedikit, masih ada harap" kawan lelaki aku menambah "tidak apalah yang sudah berlaku. cukup andai dia ada" aku, seperti biasa, tidak menokok juga menambah. sekadar senyum. aku pun.



tapi tidak boleh dimarah juga mereka2 yang berkarier ‘30 saat mencari cinta’ ini. sebab ada yang murahan memberi lelong. siapa tak suka barang percuma?



konsep ekonomi: demands dan supplies.

tiada pemintaan, tiada bekalan. masalahnya, bekalan besepah.



walaupun cap ayam, tetap orang nak. sebab percuma. tak percaya?

bulan lepas ada lori promosi coca cola di bukit bintang. aku yang tidak minum air karbonat tetap bersama2 manusia2 kedekut duit dan penagih barang percuma di situ. lepas dapat, minum seteguk dua, terus buang. sebab percuma. sebab tidak perlu ongkos sendiri.



bodoh agaknya menjadi pecinta. bukan orang mahu pun. setia adalah satu perkara yang kabur. kalau tidak kantul curang, tetap dianggap setia, bukan?



mungkin aku harus jual lebih murah. menjadi lebih peramah. dan hot. dan gedik melibas2 rambut sambil memintal2 baju ketika berbual. konon2 manis. memuncung2 bibir dan meremit2 hidung sambil malu2 memandang.



semata untuk dipuja dan disms sepanjang malam selama beberapa minggu, kerana aku sunyi. adeh. i’m so much better than that. tapi sampai bila aku nak begini… tersampahkan.



orang sudah bahagia sana sini, telefon gayut hari-hari, bergurau senda geli, aku di sini macam najis. hahahahha.



*gelak dengan airmata* memilih? bukan dr segi material. tp hati. kalau tidak, kenapa matahari yang aku pilih?



padahal ramai lagi di luar sana yang menanti. sehingga hari ini. aku cinta matahari kerana hatinya yang sangat indah. memberi kenyang dalam sekadar pandang. memberi nafas dalam sekadar terbayang. memberi kekuatan meski dia sudah terbang. memberi aku terang seperti bintang.



konsekuensi yang memaksa kejauhan kami adalah suatu yang telah tuhan tulis. terima kasih masa, yang dengan sabar meneman aku untuk gagah. terima kasih kawan2, yang benar2 memaksa diri untuk memahami.



terima kasih para musuh, yang menggalak derita aku. kamu tahu kategori kalian.



*diam. menghirup secawan ketenangan*



nak kirakan, aku la yang paling pathetic. aku setia pada bayang2. ahahahahhhahahhha.



KREDIT TO EYLIN--A Senior who is a friend now at BERNAMA WIRES...nampak sangat yang kenyatan, tulisan, luahan, atau sindiran... apa jua nama barisan perkataan yang dicoret beliau ini, sungguh dekat dihati aku.. dan kepada anda yang mengambil masa membaca entry ini, mungkin perlu meneliti lebih dari sekadar membaca.. mungkin ada kena mengena dengan hidup anda. :)

4 comments:

abbythejournalist said...

Semakin rakus tulisan mu kini, kumar~
hehe...mengenali seseorang itu adalah setiap hari ;)

MR.KUMAR said...

:) bukan tulisan ku abby.. tulisan orang lain yang sangat dekat denganku... yup.. kan? menegnali seseorang setiap hari....dan mengenali seseorang itulah yang membuatkan kita sedar baik buruk dunia ini...

jannah jalidar said...

terpaling paling dalam~

MR.KUMAR said...

Aku paling suka bahagian Alasan Biasa tuh... very the dekat di hati...seringkali pernah ku terima dulu... :D