Translate

Total Pageviews

Saturday, December 20, 2008

SEMALAM...

Pasukan berkuda di Taman Tasik Titiwangsa...

Ini Tasha dan Ida yang mengedik di Taman Tasik Titiwangsa

Tasha dan Ida sedang berekreasi di Taman Tasik Titiwangsa



Aku dan Ida di Oldtown Ampang


Kami Di Oldtown Ampang

Makanan yang dah aku habiskan.

Ya..
Semalam...

Semalam adalah hari cuti aku. Kebetulan, Si Ida, rakan sekolej, sekelas dan kini sekerja aku cuti juga. Selalunya kami tidak berpeluang untuk bercuti bersama.. jadi peluang yang ada ini digunakan untuk keluar bersama rakan.

Pada mulanya, cadangan asalnya adalah keluar bersama kesemua anggota ZEKTI'S.. tapi kerana Eddy mempunyai masalah untuk hadir berikutan pernikahan anak saudaranya pada hari itu.

Si Zul pula sepatutnya dihubungi oleh Eddy. So, secara tidak langsung kami gagal untuk membawa Zul untuk keluar bersama.

Akhirnya, keputusan dibuat untuk mengajak Tasha sahaja. Jadilah...

So, kami berkumpul di Stesen LRT Wangsa Maju. Aku tidak tahu si Tasha membawa keretanya.. jadi sebaik kami tahu kehadiran Tasha.. kami menuju ke Setiawangsa..Ke MIIM.

Tujuan asal adalah untuk mendapatkan keputusan kami untuk semester 7 dan latihan industri. Tapi, menurut En.Fardil..minggu depan. tak perlah.. dah tahu sangat MIIM ni result selalu not on time, so tak terkilan pun.. hehehehe.

And aku dapat tahu MIIM tahun ini, intake kali ini, tiada induction. Aku tergelak sendiri. Apakah ini kebaikkan, pembangunan dan kehebatan MIIM sekarang. Malas hendak bercakap banyak.. aku meninggalkan MIIM untuk keluar makan.

Kami berhenti di Caltex...memikir arah tuju kami. Yes! kita g Oldtown..kata aku.

Keputusannya, Old town Ampang.

Kami puas bercerita dan makan.

Aku sempat membuat panggilan kepada Zul. Tidak berjawab. Baru aku perasan ketika itu waktu solat Jumaat.

Lama selepas itu...Zul membalas panggilan. Kami bersembang seketika dan bergurau senda. Kami berkongsi cerita dan zul minta kritikan berhubung apa yang kurang pada penampilannya yang kami lihat di kaca TV.

Habis sesi melepak di Old town, kami ke Taman Tasik Titiwangsa. Si Ida menampakkan semarak jiwa kanak-kanaknya. Merengek2 mahu bermain buaian dan makan buah jambu.. hahaha!

Habis meluangkan masa, melepak, bergambar dan bergosip, kami ke Bernama--aku hendak transfer gambar terus, takut tidak berkesempatan hendak berjumpa Tasha.

Kebetulan Syaz sedang menunggu Teksi. Kami mengajaknya untuk turut sama. Aku masuk Bernama TV, Transfer gambar..check assgiment Ida dan turun.

Kami buat keputusan sambung lepak di NZ...sesudah lepak di NZ..aku pulang ke rumah.

Sepatutnya aku dan Tasha keluar bersama dengan EG selepas itu.. tetapi tidak jadi..

Hari yang penuh gembira.

Penuh ceria.

Aku Bahagia.

:)

No comments: