Translate

Total Pageviews

Sunday, December 14, 2008

REDHA. HIKMAH...

Kalau anda adalah rakan terdekat saya, pasti dua perkataan ini seringkali dapat didengar.

Entah kenapa, sejak beberapa ketika kebelakangan ini... mungkin setahun atau dua.. aku sudah mula memikir dan meletakkan segala apa yang terjadi pasti membawa kepada satu kebaikan yang kita belum pasti.

Kadangkala, ada dikalangan rakan-rakanku sering mengeluh mengatakan diri sering dihimpit malang dan tidak pernah rasa gembira.. well, aku juga pernah merasa begitu.. dan kini, selepas aku mula meletakkan semuanya pada hikmah yang tersedia bilamana apa jua yang berlaku.. aku mula lihat yang sebenarnya semuanya adalah yang terbaik bagi diri aku.

Aku pernah juga dikritik kerana seolah-olah melepaskan kepada takdir apa saja yang berlaku pada diriku.. namun, bukan itu maksud aku bila aku redha dengan kejadian atau bala yang datang mengussik diriku sekali-sekala.

Aku percaya, dengan kita redha dan terima bahawa ada hikmah di atas segala kejadian yang ditunjukkan kepada kita, maka, ada sinar yang akan hadir.

Apa yang paling penting adalah-IM TRYING TO BE POSITIVE, and whenever i do so.. i can see that the bad spirit go away and all the good aura flying to me...

Dan keredhaan ini bukan bermakna kita perlu pasrah dengan segalanya. Keredhaan adalah dengan mencari dimana silapnya kita dan yakin bahawa bila kita pasti bahawa tiada silap yang kita lakukan, maka sebenarnya kita sedang diberikan hadiah paling berharga.. dan mungkin masa yang akan menentukan@ menunjukkannya.

Dan ketika ini, aku sangat bahagia kerana keredhaan yang dicari, dan hikmah yang dipercayai sedang memberikan sinar kepada aku.

Aku cuba sedaya upaya untuk tidak menipu diri aku bahawa segalanya perlu sempurna, dan sentiasa diselimuti bahagia.

Aku belajar dari kesalahan dan redha dengan hukuman dari kesalahan yang dilakukan.

Entry ini, sejujurnya ingin mengajak rakan-rakanku untuk melihat kembali setiap perkara buruk yang berlaku pada diri kita. Ap kita pernah redha dengan apa yang berlaku dan percaya bahawa ada hikmah disetiap kejadian. Jika kita lakukannya, percayalah.. saya sangat pasti bahawa setiap dari kita akan mengecap bahagia.

Jangan sentiasa menyalahkan masa dan keadaan diri kita, kerana saya sangat pasti, bahawa kedaaan yang buruk itu puncanya dari diri kita juga.. kerana kesalahan, kesilapan dan kecuaian kita dalam membuat keputusan yang kurang matang.

Dan hukuman yang diberikan masa itu, ubatnyadengan redha..dan sekali lagi... percaya yang segalanya punya hikmah.

:)

2 comments:

Jannah Jalidar said...

untuk itu. mungkin terkadang kita terpaksa berada d bawah.
adakah hidup ini ada pilihan atau hanya terpaksa ikut saja?

MR.KUMAR said...

Mahu tidak mahu, itulah pilihan yang ada. Kita perlu ikut apa saja yang berlaku dalam hidup kita. Jika usaha sudah disemai, tetapi pokoknya tidak juga tumbuh, maknanya ada salah pada penjagaannya.. mungkin tidak tersiram atau terbaja usaha itu...jadi, dengan redha.. kita belajar kesilapan itu, dan dengan percaya ada hikmah... kita betulkan kesilapan dan kesalahan lalu.. nescaya.. kalau kita belajar dari kesilapan, jalan yang dituju takkan pernah menjadi jalan yang salah.. percayalah...kita terkadang sering lupa melihat yang tidak terlihat dan sentiasa terpedaya dengan apa yang terlihat....