Translate

Total Pageviews

Tuesday, March 10, 2009

AKU MASUK BISNES....AGAK BEST LA!

Ntahlah.. baru ditanya Kak Zura (seorang Bj--economy desk) tentang minat aku masuk bisnes.. aku semacam teruja. Dengan hanya perlu membayar 360 Ringgit Malaysia, anda mampu untuk membuat duit minimum 90 Ringgit Malaysia sehari.

Aku tidak suka perniagaan yang memerlukan kita memujuk rayu seseorang dan mampu untuk dicop sebagai penipu.. so, aku tidak pernah masuk mana-mana jualan langsung yang mungkin menyediakan perangkap yang besar tanpa memberikan kita apa-apa pulangan.

Tetapi, mendengar editor aku , Encik ARA..yang sudah menyertai perniagaan ini, aku rasa sedikit yakin. Kak Zura tampak yakin. "adik bagi akak 360 ringgit.. dari duit tu, 300 adik dapat balik dalam bentuk baucer makan.. 60 ringgit kira modal keahlian selama 6 tahun."

Aku nak buat apa makan sampai 300 ringgit... gila ka apo?

Tapi 300 itu bukan untuk kita makan seorang... ianya modal untuk kita mengajak orang lain join sama.

ok.. ini sebenarnya detail bisnes ni..

Sebuah Cafe yang bernama Island Red cafe, mahu mengembangkan perniagaan. Tetapi, mahu mengembangkan perniagaan..perlu ada modal dan orang yang makan disitu. mana kita nak dapat modal dan orang yang sentiasa makan disitu..tanpa putus?

Disinilah perniagaan ini memainkan peranannya.

Contoh, aku yang masuk dengan 360 ringgit modal tadi mendapat semula 300 ringgit dalam bentuk voucher makan dikedai itu. So, disini.. secara terus dan ketara, cafe ini memperoleh modal dan pelanggan tetap.

Jadi, kalau aku mahu mengembangkan perniagaan aku, apa yang perlu dilakukan adalah semudah A, B, C.

A-jak kawan-kawan makan di Island Red Cafe.

B-elanja kawan-kawan anda itu menggunakan voucher 300 ringgit tadi.

C-erita tentang perniagaan yang anda ceburi.

Kalau rakan anda rasakan makanan IRC sedap...maka potensi pelaburan ada. Ajak dia lakukan perkara sama dengan anda, dan anda akan dapat downline yang menyokong perjalanan pendapatan anda.

Sedap ke tak makanan di cafe ni?

Ini persoalan yang penting!

Sebab itu ada A--ajak kawan makan. Ya, aku makan disana dan aku rasa makanannya sedap. Aku yakin dengan perniagaan IRC dan aku melaburkan 360 ringgit aku untuk terus makan (sekurang2nya tengah terdesak, leh g makan kat situ..hehehe) dan sekaligus, membuka peluang perniagaan.

Aku bagaimanapun musykil, kenapa IRC sanggup untuk memberikan pulangan tambahan kepada ahli perniagaan ini.. dengan minima 90 ringgit dan boleh mencapai 700++ sehari (mengikut bintang pelaburan).

Aku tanya soalan ini kepada salah seorang 'pengurus' perniagaan ini. Katanya, perniagaan makanan hanya memerlukan 30% kos dari harga makanan itu dimakan. Jadi dari 70% harga makanan itu yang memberikan keuntungan, selain digunakan untuk 'run' the cafe itself...sedikit keuntungan disalurkan kepada si 'pelabur' ini.

Dan, ketika ini, IRC sedang berkembang pesat dan dijangka menjelang hujung 2009, 100 buah cafe akan dapat dibuka diseluruh negara. Ini adalah kerana, perniagaan ini sedang berkembang, dan perniagaan ini adalah agen yang membantu mengembangkan cafe ini.

Well, aku tidak rasa rugilah.. sebab kalau pun aku 'hilang' duit, aku hanya bakal hilang 60 ringgit, sebab 300 lagi boleh 'dimakan'. And, ketika aku berkunjung buat pertama kalinya, aku dapat melihat bertapa 'lakunya' cafe ini.

Thanks Kak Zura!

Well, anda2 yang berminat.. bagitau saya.. saya belanja anda makan di IRC. Rasa dulu makanannya, lihat dulu perniagaannya, dan labur jika anda benar2 yakin dengan konsep perniagaan ini.

:D

2 comments:

Norafarhanis Rahman said...

abg kumar!!
sy pon pena dapat bisnes ni.
makan enak2. then dapat wang pon enak.
da pena g n d bawak ke IRC di Pandan indah.
huwaaaa sekali masok IRC, punyela ramai org. n semo siap bawak lappy + document diorg.
mule2 xfaham pesal diorg semo nih.
pas makan baru la faham.
heee



kayoooo oh bisnes nih.
just bawak org makan n tarik org makan.
hahahahha

MR.KUMAR said...

Tau tak pa... aku pun g pandan Indah nyer branch jugak.. ramai towl... memang nampak lah pembangunan bisnes nie cam ne... tak per.. kita ikhtiar.. ada rezeki nak buat duit.. kita buat duit.. kalau rezeki kita sekadar dapat makan.. pun x rugi...