Translate

Total Pageviews

Sunday, March 8, 2009

BERTEMU..PERTEMUAN....

Pada malam 6 Mac.. aku yang sedang bercuti sedang rancak bermain2 dengan benang menjahir manik baju seorang rakan yang menghantarnya kepada aku. Dalam keghairahan menjahit, aku dapat panggilan dari adikku.. YUZZ!!!

"Abang Kumar kat mana?"

"kat rumahlah"

"Yuzz kat CM ni"

"Alah, lambat dah.. lagipun aku tengah menjahit neh"

"owh, yekew.. takper ar!"

"OK!"

Then i was like.. "hurm.. lg sikit nak siap menjahit nie.. apa salahnya g lepak.. lama dah aku tak jumpak dia..."

So, dengan secara terus, cepat saja tangan aku mendail nombor Yuzz semula dan mengajaknya berjumpa jugak.. hehehe..

So, perjumpaan kami sangat lah meriah dengan pelbagai cerita berkisar tentang peribadi, kerajaya semasa dan kehidupan kolej dahulu. Dan tidak ketinggalan, hal perihal berhubung gradusai.. Well, ianya isu yang sangat hangat kerana ketika ini sudah bulan 3 (masa sepatutnya graduasi sudah diadakan).

Selesai bersembang, bergurau..berkenal dengan kekasih hati nya.. aku pulang.. well.. jam sudahpun menunjukkan sekita 4 pagi ketika itu.

Esoknya 7/3... aku masih bercuti.. dan tiba giliran kain net untuk majlis pernikahan kakak kak Effa disiapkan..

Dan sekitar petang itulah aku mendapat panggilan dari EG yang menanyakan tentang kunci bilik di Apartment Jasmin (pernah aku menyewa).

Baru aku teringat yang Eg cuti, dan esoknya Ahad.. dan memandangkan kami sudah lama tidak ketemu.. aku mengambil peluang untuk mengajak beliau!

Dan.. ajakan disambut dengan OK!

Kami keluar.. ditemani Jaja.. dan kami juga tidak terkecuali dari bercerita tentang pelbagai perkara... sesuatu yang sudah lama tidak kami lakukan sejak masing-masing sudah mula ada kerjaya... dan tidak lama kemudian, aku mendapat panggilan dari Tasha.. mahu join sama.. so apa lagi.. ketibaan Tasha menjadi penambah rasa kepada semua cerita2 kami..

Dan lewat 12 malam, aku pulang.. kerana aku bekerja hari ini.. hehe..

2 comments:

Yuzz Yusop said...

"berkenal dengan kekasih hati nya"
hahahaha! harus ke letak?? heeee...~

MR.KUMAR said...

Harus!