Translate

Total Pageviews

Tuesday, March 10, 2009

PERNAHKAH--TEKSI LA PULAK!

Pernah tak bila anda naik teksi, pemandunya cuba untuk membawa anda melalui jalan jauh, hanya untuk meningkatkan jumlah $$$ di meter?

Aku ada pengalaman itu, dan ianya baru terjadi sekejap tadi.

Seperti kebiasaannya, kerana aku agak lambat masuk kerja, dan beru keluar dari kawasan Flat aku tinggal, ada sebuah teksi lalu.. maka aku mengambil keputusan untuk menaiki teksi saja ke tempat kerja.

Dan kebetulan pemeandunya 'jiran' blok sebelah.

Dengan 'selamba badak'nya, uncle itu mula mengikut jalan yang bukan kelazimannya... aku tanyalah dengan selamba jugak.. "uncle, mau g mana?"

"Jalan Tun Razak kan?" dia jawaab dalam bertanya...

"Ya lah..." aku bals pulak..

"Ini jalan boleh sampai"

Yekew? aku macam tak confident jer...

Sah! Uncle ni memang tak tau jalan atau pun saja nak 'rompak' duit aku...

Dia g ikut jalan lebuhraya Duke....

So, sekali dengan bayaran duit tol.. harga yang perlu aku bayar lebih sekali ganda.. RM 11.40.

GILA!

Tapi mungkin Uncle itu sedar yang aku ni arif tentang hal perihal jalan ini, so, aku dikenakan cas hanya RM 5.. seperti kebiasannya...

BAGUS!!!

Pesanan-- TOLONG TANYA PEMANDU TEKSI ANDA KEMANA HALA TUJU BELIAU KALAU JALAN YANG DIGUNAKAN ADALAH JALAN YANG BUKAN KEBIASAANNYA...

No comments: