Translate

Total Pageviews

Wednesday, March 11, 2009

BERNAMA LAUCH MOBILE NEWSROOM--NEWS

INTRO

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA mengembangkan sayap perkhidmatan, apabila berita terbitannya boleh dilayari menggunakan telefon.

Dengan berita penuh 24 jam setiap hari secara berterusan, maklumat dan berita dari BERNAMA akan disalurkan dengan cepat dan boleh diakses di mana sahaja.

NARATION

Sudah mempunyai pelbagai medium penyampaian berita sebelum ini, Mobile Newsroon dilihat sebagai memudahkan akses berita BERNAMA menggunakan kecanggihan teknologi peranti yang sedang berkembang pesat ketika ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang menyifatkan teknologi ini meletakkan maklumat dalam poket berkata, kemudahan yang diperkenalkan BERNAMA ini perlu dimanfaatkan masyarakat dengan menguasai maklumat yang disediakan.

SOT

Siapa yang lebih kuat menguasai maklumat, dialah menguasai dunia. Sebab itulah negara seperti Amerika, Eropah dan sebagainya, yang teknologi maklumat mereka itu adalah terlalu besar.. mereka adalah negara yang menguasai dunia. Jadi, kalau kita masih lagi diperingkat dulu, kita akan ketinggalan. Jadi, ini adalah perkara yang rakyat mesti sedar, dan rakyat mesti berupaya untuk memiliki apa juga teknologi, gadget, peralatan untuk mendapatkan maklumat yang terkini.
SUPER: Datuk Ahmad Shabery Cheek / Menteri Penerangan

NARATION

Turut mendapat kerjasama agensi Berita Reuters, pelanggan perkhidmatan ini juga bakal disediakan dengan rangkaian berita dari seluruh pelusuk dunia.

Memulakan promosi, perkhidmatan ini julung kalinya diadakan di Parlimen.

Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Yong Soo Heong berkata, pemilihan parlimen sebagai lokasi mempromosikan perkhidmatan ini adalah kerana Ahli Parlimen dilihat sentiasa memerlukan maklumat terkini, dan kesesuaian Mobile Newsroom memenuhi keperluan ini.

SOT

Kita fikir bahawa alat ini boleh, peralatan komunikasi ini amat berguna, berfaedah kepada ahli parlimen semasa mereka bersidang pun, mereka bersidang pun mereka boleh menerima maklumat dan berita. So, dan mereka bolehlah menggunakan berita yang disalurkan oleh BERNAMA which is credible dan sebagainyalah.
SUPER: Datuk Yong Soo Heong / Ketua Pengarang BERNAMA

NARATION

Perkhidmatan BERNAMA Mobile Newsroom boleh dilanggan bermula pada harga 100 ringgit bagi mereka yang sudah mempunyai telefon Blackberry atau Smartphone, manakala bagi mereka yang tiada Balckberry atau smartphone, langganan 350 ringgit sebulan dengan sebuah Blackberry diberikan secara percuma.

Pameran dan promosi perkhidmatan itu dilancarkan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Parlimen pada Rabu.

Maklumat lanjut berhubung BERNAMA Mobile Newsroom boleh dilayari di www dot bernamamobile dot com .

No comments: