Translate

Total Pageviews

Saturday, March 14, 2009

PPSMI

Hurm...

Aku nak bercerita tentang perkara yang sangat serius.

Serius yang amat sehingga pernah mencetuskan rusuhan!

Aku nak bagi pandangan dari kepala hotak aku yang tak lah bergeliga sangat, tapi rasional dari kacamata seorang remaja (remaja lagikah?) yang lahir dalam keluarga India Tamil tipikal, dibesarkan dengan cara yang tipikal dan kini menjawat jawatan sebagai seorang wartawan penyiaran..........

PPSMI, langkah yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad.. PM Malaysia keempat sebelum melepaskan jawatan beliau.

Kenapa langkah ini dilaksanakan?

Bagi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar Malaysia disamping memahami dan mengaplikasikan kesemua ilmu sains dan matematik yang kebanyakkan formulanya adalah dari bahasa inggeris (sebab dijumpai dan diaplikasikan sang2 mamat orang putih).

So, adalah wajar kiranya kita mengaplikasikan pengajaran yang dibuat itu.. namun, kenapa sejak akhir2 ini suara yang menentang semakin lantang, selepas 6 tahun.. banyak juga komen mengatakan yang suara ini sudah menentang selama 6 tahun ini.. tapi.. persoalannya kenapa selepas 6 tahun diaplikasikan baru sekarang ada demonstrasi jalanan yang hebat.. memorandum diserahkan kepada YDP Agong?

Isu yang ditimbulkan adalah, bahasa melayu perlu dimartabatkan... bukankah sudah ada banyak subjek yang sedia mengaplikasikan bahasa kebangsaan kita itu, bukan bahasa itu diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara, bukankah bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar disekolah, bukankah.. bukankah dan bukankah??

Apakah, dengan pelaksanaan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran sains dan matematik, maka akan musnah bahasa melayu..apakah bahasa melayu dalam matematik dan sains menunjukkan budaya bangsa Malaysia--melayu terutamanya..?

Apakah ada formula didalam bahasa inggeris, atau elemen dicipta dalam bahasa melayu itu sendiri? Oksigen yang menjadi nadi utama kehidupan sendiri, dipinjam bahasanya dari Oxygen.. yang saya sangat pasti bukan berasal dari perkataan melayu...

Dan kisah ini tidak berhenti disini...

Baru tadi (14/3/2009), aku berkesempatan berjumpa dengan seorang pensyarah yang berkelulusan master, katanya pernah peroleh A dalam matapelajaran sains dan matematik di sekolah.. tetapi mendapat C dalam matapelajaran bahasa inggeris..

Katanya, sekeras manapun usaha mempelajari bahasa inggeris.. langkah ini tidak pernah berjaya--wajar difikirkan balik kenyataan ini sebenarnya.

Dan beliau menyatakan demikian bagi menggambarkan betapa sukarnya mempelajari matapelajaran lain jika menggunakan bahasa inggeris...

Beliau sempat berkata, beliau mengahadapi masalah mengajar matematik dan sains kepada anak-anak beliau kerana penggunaaan bahasa inggeris.

Aku menjadi pelik.. kenapa?

Katanya, setiap kali mahu mengajar, maka beliau kena menterjemah kepada bahasa melayu, dan kemudian membantu memahamkan anak-anak beliau.

Aku bertambah lagi pelik, bukankah ia sebahagian dari siri pembelajaran.. sampai bila saudara mahu anak saudara tidak fasih berbahasa inggeris. Apa guna pandai semua matapelajaran jika bahasa inggeris tunggang langgang??

Dan apa yang aku perhati, apa yang aku lihat, semakin ramai pelajar yang menggunakan bahasa inggeris dalam menjawab soalan peperiksaan utama sperti SPM dan STPM..

Malah, hebatnya, pelajar luar bandar buat pertama kalinya mencatat sejarah apabila berjaya mengatasi keputusan aliran sains, dengan jumlah kelulusan yang tinggi, dengan peratusan menjawab dalam bahasa inngeris juga meningkat skepada 92% secara keseluruhannya.

Nah.. sekarang ini siapa yang salah, siapa yang lebih sudu dari kuah...?

Mungkin ibu bapa hari ini mendapati agak sukar bagi mereka membantu anak mereka berjaya dalam penguasaan bahasa inggeris... tapi di masa hadapan.. anak2 akan dapat menguasai banyak bahasa dengan mudah..

Contoh terdekat, aku...aku masih menyesal kerana tiada peluang yang cukup untuk menonjolkan kebolehan aku dalam bahasa inggeris. Satu-satunya subjek adalah bahasa inggeris itu sendiri.... mana mungkin kita dapat menguasai satu bahasa penting, yang menajdi bahasa pengantara tanpa ada penguatkuasaan penggunaannya...

P/S--Catatan ini bukan untuk menimbulkan apa-apa isu kaum.. aku menjadikan bahasa melayu sebagai persoalan kerana aku sendiri belajar disekolah kebangsaan.. satu2nya rujukan aku adalah bahasa melayu itu sendiri... dan ini hanyalah pandangan aku. Siapapun boleh beri pandangan atas rasional masing-masing. Anda tidak setuju?? Tidak ada masalah...

Aku pun sayang bahasa melayu jugak.. buktinya, macam2 sijil aku ada..forum remaja, debat, pertandingan puisi, pantun, sajak...esai bahasa melayu.. macam2.. tapi Inggeris... hurm......................................................................

No comments: